Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Thursday 28 July 2011

SAMBAL MASAM MANIS KENTANG TEMPE

~~Assalamualaikum~~
>>Happy good friday for our members....cewah skiping london tu.....dah lunch ke???apa lauk,something special???...izzah masak biasa2 aje..sambal kentang + tempe dengan ikan keli goreng je...dah  dkt nak pose ni....jd mls lak nk masak...so apa yg boleh dimakan dan kasi kenyang peyut....memadai lah......tapi bila layan ngan nasi panas2 & lawan lak ikan keli goreng,jd berselera lak...xyah nak lauk sedap2,kena yg sempoi camni pun dah lebih dari mengenyangkan......
>>Lauk ni lau di makan buat sahur...mesti berselera,kan kawan2......rebus lak telur asin...perghhhh..leh kenyang sampai petang kot...hehehe
Bahan-Bahan;-
  • 3 biji kentang >>belah 8(rendam dlm air garam sekejap,goreng hingga masak)
  • 5 bungkus tempe>>potong setebai 2 cm,goreng hingga masak
  • 1/2 mangkuk kecil ikan bilis>>tumbuk kasar
  • 1 camb kismis>>basuh bersih & toskan
  • 2 biji bawang besar>>mayang kasar
  • 3 ulas bawang putih>>dimayang halus
  • 2 cm halia>>mayang nipis
  • 2 senduk kecil lada mesin(cili boh)
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb pes asam jawa>>buat pekat
  • Minyak untuk menumis,garam,gula & serbuk perasa(bg yg suka belacan boleh guna)
Cara-Cara;-
  1. Panaskan kuali,tumis bawang besar,bawang putih dan halia hingga wangi & sedikit garing.
  2. Masukkan lada mesin,ikan bilis & belacan(jika guna),kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan kentang,tempe & kismis,gaul hingga bersalut rempah.
  4. Masukkan sedikit air,pes asam jawa,garam,gula & serbuk perasa.
  5. Kacau sehingga kuah pekat.
  6. Matikan api,dan boleh lah di angkat.
**Jika kawan2 suka nak tambah dengan kacang tanah,kacang peas @ suhuun pun sedap**

Tuesday 26 July 2011

MAKARONI BAKAR

                                                >>Assalamualaikum<<
>>salam hujung minggu & salam ceria tuk kwn2 semua...malam ni terajin la sikit,so repeat masak makaroni yg dah buat semalam,tp x dan nk tayang.....esok hari isnin,anak pg sekolah awal,jd nak kejar masa kena msk mlm ni lg,esok tinggal panaskan balik je....
>>Makaroni ni,hanya boleh dilayan sesekali je,al maklum agak high sikit dia punya kolestrol...tp tuk anak,xpe la..bebudak mmg suka masakan western camni....lau ikutkan diorg hari2 nak...tp kita kena kawal sikit,jgn terlebih makanan yg berkalori tinggi,x elok tuk kesihatan diorang...
>>Kat bawah ni ada izzah tempekkan resepinya.....bg mereka yg gemarkan masakan camni boleh la mencuba,dan di harap menjadi.......
 

Bahan-Bahan;-
(A)

300 gm makaroni>rebus hingga empuk,toskan airnya.
500 gm daging cincang>izah guna 2 dada isi ayam je(cincang hancur)
(B)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 kiub pati ayam >izah x guna
(Blend semua hingga hancur)
(C)
1 cawan susu cair @ susu segar>izah guna susu cair
4 biji telur
(Blend sekejap)
(D)
1 pokok daun bawang>potong halus
1 biji lada merah>cincang halus
Garam & serbuk lada sulah>jika suka tambahkan sedikit serbuk perasa(jika x guna kiub ayam)
1 bungkus keju cheddar parut>untuk tabur atas
 

Cara-Cara;-
1. Tumiskan bahan (B) hingga naik bau,masukkan daging @ ayam,kacau hingga daging masak.
2. Tuangkan bahan (C) dalam mangkuk besar,masukkan makaroni,bahan inti,garam,serbuk perasa(jika guna),daun bawang & lada cincang, kacau perlahan2 sehingga semua bergaul mesra.
3. Sapu loyang dengan sedikit butter @ minyak,masukkan adunan,taburkan dengan keju parut.
4. Bakar adunan pada suhu 180'c selama 40-45 minit @ sehingga keju nampak keperangan.
5. Sejukkan betul2 baru la boleh di potong.
6. Hidangkan bersama sos manis @ jika malas membuat sos,guna je sos cili.....
**Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit sebelum membakar**



>>Makaroni yg baru dikeluarkan dari oven........

Friday 22 July 2011

Asam Pedas Kepala Ikan Mayong

  >>Assalamualaikum.....<<
**Selamat tengahari kawan2....bussy ke??????.....apa menu hari ni????,tentu sedap2 kan,maklum,dah x berapa lama lagi kita akan menyambut Ramadan Al mubarak....pose lak kite...maknanya kita 'rest' la masak tghari..... sebut pasal masak tghari,ari ni izzah nk n3kan 1 lg resepi simple dr dapur izzah,tuk kuarga hari ni....masak asam pedas kepala ikan mayong + belimbing buluh(wuluh)....soooo nice sangat...dah lama teringin nk mkn asam belimbing ni...smlm gi kipmart,jumpa je terus beli....**

**sesekali dapat makan buah belimbing ni rasa sedap sangat......tp hubby & anak x suka...so izzah je yg makn sorang2,diorang just makan ikannya je......hmm very x sporting...hehe
xpe la janji dapat lepaskan ngencurrr jadi la..... sorang pun sorang la.....so ni la bahannya yg izah guna....**

Bahan-Bahannya;-
  • 2 belah kepala ikan mayong(potong2>>izzah suh je budak jual.. potongkan siap2)
  • 10 biji belimbing buluh(izzah buang atas bawahnya je)
  • 2 cm halia*
  • 1 cm kunyit hidup*
  • 1 camt kunyit serbuk*
  • 2 biji bawang besar*(pilih yg kecil je)
  • 2 cm bawang putih*
  • {Blendkan semua bahan bertanda *}
  • 3 senduk kecil lada mesin
  • 2 camb kerisik
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 ikat daun kucai
  • 3 camb air asam jawa
  • Minyak untuk menumis,garam & serbuk perasa secukupnya.
Cara-Caranya;-
  1. Basuh bersih ikan,rendam dalam air asam jawa & garam kasar.Basuh lagi bagi bersih,toskan airnya.
  2. Panaskan periuk @ kuali,masukkan sedikit minyak,panaskan & tumis bahan blend hingga wangi.
  3. Masukkan lada mesin & daun kari,kacau hingga pecah minyak.
  4. Tuangkan air asam jawa,masukkan ikan,gaul balikkan sekejap bg dia mesra dengan rempah.
  5. Masukkan air tuk jadikan kuah,kira2 tenggelam sedikit ikan.
  6. Biarkan kuah mendidih,masukkan belimbing,kerisik,garam & serbuk perasa.biarkan hingga kuah sedikit pekat.
  7. Setelah kuah agak pekat,masukkan daun kucai,kacau sekejap je,padamkan api.
  8. Biarkan kuah didalam periuk,sehingga habis wap,supaya rempahnya meresap pada ikan.Sesudah itu,bolehlah masukkan lauk dalam mangkuk @ whatever la.....boleh di hidangkan.

**Asam pedas memang sinonim dengan orang johor.....so kat umah izzah boleh di katakan saban minggu akan ada lauk ni...laupun izzah orang klate,tp my hubby org johor....dan semua sukakannya**
 

Wednesday 20 July 2011

UHIBBUKHI FILLAH

 >>>Duhai Ukhti {Hawa}.....
Jangan biarkan kaum Adam menatapmu penuh.
Kerana akan membuatnya mengingatimu.
Bererti memenuhi kepalanya dengan inginkan mu.
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayal seseorang yang tak berhak ke atasmu......

Akhwat sejati bukanlah dilihat dari ketakutannya di goda oleh kaum Adam.
Melainkan nampak dari rasa khuatir bahawa dirinya dapat menggoda kaum Adam.
Dia tak ingin menjadi fitnah bagi mereka.
Dia tak berharap kerana kehadirannya,kaum Adam tak dapat menjaga pandangan mereka.
Ia pun sentiasa MENJAGA IZZAHnya

Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginnya.
Kerana sucimu kau pertaruhkan!!!
Kau hanya akan menjadi wanita biasa dihadapan nya.
Bila kau kalah mempertaruhkan HAWA NAFSU!!!

Tuesday 19 July 2011

Wanita Solehah

Wanita...
Perhiasan indah dunia dengan harta solehah
Iman perisai kebal yang tidak mudah digegar
Kemanisan dan kelembutan bukan kelemahan yang melata
Wanita...
Jadikan akalmu bukan hanya untuk berhias
Menakluk sang Adam
Jadikan kelebihan ini agar dunia boleh kau takluki
Dengan Iman dan semangat yang kau tanamkan dalam jiwa anak anakmu
Agar menjadi pahlawan peneraju dunia
Bukan dengan pedang atau ledakan peluru
Namun dengan ilmu yang tajam
Harta yang mantap dan iman yang teguh,tanpa berbelah bahagi kepada Pencipta
Wanita...
Jangan serahkan cinta sayangmu membabi buta
Ketahuilah yang tiada bezanya kita dan kaum
Adam gagah perkasa.......
Nyata mereka pemimpin yang diutus Maha Esa
Namun kita masih sama di sisi Khaliq Maha Pencipta
Raihlah ilmu agar kita Wanita...tidak cuma 
Menyerah,berserah pada takdir tanpa melawan
**Dunia adalah perhiasan....Sebaik baik perhiasan adalah Wanita Solehah**

Friday 15 July 2011

SAMBAL TEMPOYAK PETAI

                                 ~~ASSALAMUALAIKUM~~
SELAMAT tengahari pada semua kawan kawan...ari ni izzah nk n3kan 1 resepi dari tempoyak,yg dimasak sebagai sambal goreng ...izzah namakan sambal tempoyak petai.....dengan tempoyak yg masih fresh lg & petai,membangkitkan selera untuk menikmatinya dengan nasi yg panas2....ini antara sambal yg paling izzah suka...jika ada petai & tempoyak,mesti izzah buat sambal ni,walaupun hanya layan sorang2 je....my hubby & son x pandang lauk cam gini..xpe...layan sesorang pun sesadar je dah berlalu 2 pinggan....hahaha
Sambal ni kalau kena dengan masaknya..tahan lama gak.....adalah dkt 3-4 hari juga.Izzah biasa buat,banyak2 & letak dlm esbox,ambik sikit2 je tuk sekali makan......baru x membazir........
Kat bawah ni ada izzah tempekkan resepinya yg sempoiiiiiiiiiiiiii......... 

Bahan-Bahan;-
10-12 biji cili api*
sejemput ikan bilis*>dari
1/2 mangkuk ikan bilis>(jgn dibelah,buang kepala & perutnya sahaja)
2 papan petai>(buang kulitnya,belah 2..goreng sedikit)
1/2 mangkuk kecil tempoyak
3 batang serai>(di ketuk)
3 helai daun kunyit>(mayang kasar)
Garam,gula & sedikit serbuk perasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara-Caranya;-
1. Blend bahan bertanda(*)hingga hancur.Pastikan di lebihkan airnya.
2. Tumis bahan blend hingga naik bau.
3.Masukkan serai & petai..masukkan sedikit air kacau hingga kuah mendidih.
4. Masukkan tempoyak,ikan bilis & daun kunyit.Kacau hingga sebati.
5. Masukkan garam,gula & serbuk perasa,kacau sehingga kuah pekat & agak kering.matikan api & boleh dihidangkan.
 kat kipmart masai sekarang,banyak durian segamat....memang sedap...kengkadang,ada jualan murah hingga 5 biji Rm 10.....tp izah beli yg 4 biji Rm 10.....izzah beli 20 henggget semata2 tuk buat tempoyakkkkkkk.

~~JIKA KAWAN KAWAN SUKAKAN JERING..BOLEH JUGA TUKARKAN DENGAN PETAI..SEDAP JUGA..NAK NAK JERING TUA YG DI TANAM DALAM PASIR..ORG KELANTAN PANGGIL JERING CAMBAH..DIA RANGGUP..KRUK KRUK KRUK~~

Thursday 14 July 2011

KERAS KERAS SI TANGAN KASAR....

                                    ~~Assalamualaikum~~
Hai kawan2...tentu kawan2 heran dgr tajuk izzah di atas......tp itu adalah hakikatnya..tangan x berseni ni nak cuba buat CC(cupcake)& gula2 dari fabrik yg kawan2 dok pakat buat tu.....
pestime buat ni.....sebetulnya dah lama berhajat nk membuatnya...tp asyik bertangguh.Berkat tunjuk ajar dr seorang kwn fb,akhirnya dapat izzah siapkan projek ni dgn jayanya...laupun x secantik yg kwn2 yg dah xpert membuatnya...tp izzah banggga....keras kasar tgn ni menjadi gak....hehe
pandangan dr atas...boleh la....dari xde....
ni yg tengah...dekonya simple je.....
ni yg paling bawah.....
yg ni pulak....gula gula....tp baru siap separuh...kehabisan alat,so kena hentikan dulu la projekkkkkk...
melekakan jika dah mula membuatnya.....dpt la hilangkan keboringan yg dah tahap gaban ni.....ceh...ayat cam bebudak muda la plak....x sador diriiiiiiii...hehehe
yg ni pulak CC pandangan dr depan.....pada kengkawan yg suka & minat pada seni gubahan camni cuba la buat...dah buat & menjadi....kita rasa happy sangat....

Tuesday 12 July 2011

KARI MAMAK IKAN PARI

>>Assalamualaikum.......izzah nak n3kan lauk yg izzah masak semalam....juadah tuk berbuka.....kebelakangan ini izzah jarang masak kari biasa yg guna santan.......jaga kesihatan beb....so.. ni izzah tunjukkan masak kari mamak yg x guna santan langsung...cukup menyelerakan....
Di bawah ini ada izzah tuliskan resepinya......jom kita intai.....
bahan-bahannya;-
2 kelar isi ikan pari(potong kecil)
1/2 mangkuk kecil pes asam jawa
1 senduk kecil lada mesin(cili boh)*
2 camb rempah kari ikan*
1 camb rempah kari daging(kedua rempah ada dijual di kedai india)*
(semua bahan bertanda * digaul dgn sedikit air & dijadikan pes pekat)
(A)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
(bahan A dimayang)
(B)
2 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kayu manis
1 camb halba campur(penting utk kari mamak)
1 kuntum bunga sireh
4 tangkai daun kari
(C)
6 batang sayur bendi(buang hujung & pangkalnya sahaja)
2 biji tomato(belah 4)
(D)
Air biasa,garam,serbuk perasa & gula secukupnya.
Minyak untuk menumis.


Masakan ini sesuai untuk yg nak berdiet.....coz rendah kolestrol & rendah lemak.....
cara-caranya;-
1. panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan B dulu...hingga naik bau.
2. masukkan bahan A,kacau hingga wangi.masukkan pes kari & kacau hingga pecah minyak.
3. masukkan sedikit air dulu,masukkan ikan.kacau hingga ikan bergaul dengan rempah.
4. biarkan sekejap.masukkan pes asam jawa,bahan C,hanya bendi je dahulu...garam,gula & serbuk perasa berserta dengan air secukupnya.
5. biarkan kuah mendidih...baru di masukkan tomato.kacau sekejap saja,bila kuah dah cukup pekat matikan api...jgn sampai tomato hancur.
SIAP UNTUK DI HIDANG..........SELAMAT MENCUBA PADA KAWAN2 YG SUDI.....

ROTI PISANG

                                 ~ASSALAMUALAIKUM~

>>ROTI ni di buat tuk buka pose semalam....tp agak busy sikit,so skrg baru boleh n3kan.....mmg resepi ni mencipta kelainan dlm segi pembuatan & rasanya......combign 3 rasa,pisang,mentega kacang & jem stoberi,menerbitkan rasa kelainan yg mengujakan....penyediaannya pun very the simple.....hanya masa membakarnya je yg agak mengambil masa sikit....resepi ini izzah ambil dr 1 program masakan kt tv(tp maaf dah lupa nama rancangannya).......inilah bahan2nya.....

Bahan-bahannya;-
1 bgks roti sandwich>izah guna 8 kpg je(secukup loyang)
6 biji pisang berangan>potong potong sebesar 2 cm
2 biji telur*
2 camb tepung kastad*
3 camb jem strawberry*>nak guna jem lain pun boleh-ikut citarasa
1/2 cawan air panas*
1/2 camt garam*
(blend hingga hancur & sebati bahan bertanda *)
Mentega kacang(peanut butter) secukupnya


Cara-caranya;-
1. sapukan loyang dengan sedikit marjerin@butter(guna loyang 4 segi).
2. sapukan mentega kacang pada roti.bahagikan pada 2 bahagian sama banyak(lau loyang izah,ngam2 4 kpg bawah & 4 kpg atas).
3. susun dulu roti pada bahagian bawah,susun potongan pisang diatasnya hingga habis.
4. bahan blend di bahagi 2,curahkan seperuh dulu kt atas lapisan pisang,rata ratakan dgn spatula ke apa2 la,janji sos tu rata.
5. tutup adunan dengan sebahagian lg roti yg telah bersapu mentega tadi(pastikan yg disapu mentega berada di bahagian bawah).
6. curahkan lebihan sos tadi,ratakan.biarkan selama 10-20 minit.bagi roti kembang sedikit.
7. sementara menunggu roti kembang,panaskan oven pada suhu 170'c selama 10-15 minit.
8. setelah roti kembang,bakar la selama 40 minit @ sehingga bahagian atsnya garing sedikit.
9. sejukkan baru boleh dipotong.


**jika x nak guna jem,kawan2 boleh gak guna coklat masakan(tp jgn campur dgn sos lain,asingkan)
caranya......ambil 1 kpg coklat masakan,2 camb milo & 2 camb susu segar@cair,cairkan guna reboiled hingga hancur & pekat.sejukkan,setelah sejuk baru campurkan dengan sos lain & buatla cam cara diatas**



Sunday 10 July 2011

SAMBAL KUPANG

Asyik makan sambal bilis,udang sotong & sardin je.....sesekali tukar selera ngan kupang lak,sedap gak....nak nak buat pekat2 camni lawan ngan lempeng lenggang @ nasi.....izzah buat lauk ni tuk menu lunch ari ni...hubby & anak ada kt umah....dapatla masak sedap2 sikit...lau x dok adap sorang2 jd xde selera.....
Ni izzah letak bahan bahannya.......

BAHAN-BAHANNYA;-
2 kg kupang>rebus & kopek kulitnya
(A)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering>sebelum diblend,rebus dulu hingga lembut
2 cm halia
15 biji kismis
(blend semua bahan hingga hancur)
(B)
1 biji bawang besar>dimayang bulat
1/2 camb air asam jawa
2 camb sos cili
  Garam & serbuk perasa secukupnya

CARA-CARA;-
  1. Panaskan minyak dalam kuali,masukkan bahan (A),kacau sampai pecah minyak.
  2. Masukkan kupang,air asam jawa & sedikit air.....kacau sekejap,biarkan .
  3. Masukkan pula kesemua bahan (B)....rasa garam asamnya,bila dah cukup,pekatkan kuahnya.
  4. Setelah kuah pekat,matikan api & sejukkan.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
**Jika kawan2 suka akan manis kulitnya,sambal ni juga sedap di masak bersama2 dgn kulitnya**

LEMPENG EPAL KISMIS

>>Menu sempoiiiii pagi minggu.....lempeng epal kismis....lawan lak dengan sambal tumis sotong,cukup menyelerakan....makan panas2....dapat sorang sekeping dah kenyang...apa x nya punya gedabak setiap satu tu...kije orang malasssss...jom tengok bahannya....
BAHAN-BAHANNYA;-
  • 1 mangkuk sedang tepung kek
  • 1 biji telur>pukul sedikit dengan hujung garpu
  • 1 camb buttercup>cairkan dahulu
  • 1 camb kismis>basuh bersih*
  • 1 biji epal hijau buang kulitnya>cincang kasar*
  • 1 biji bawang besar>mayang kasar*
  • 1 mug air suam dibancuhkan sedikit garam didalamnya
  • Air biasa secukupnya
CARA-CARA;-
  1. Masukkan semua bahan kedalam blender..blend sehingga sebati.
  2. Sediakan pan yg nonstick....griskan sedikit minyak,bg kilat lempeng.
  3. Tuang 2 senduk kecil adunan,lenggangkan seluruh  pan,biarkan lempeng masak dengan menggunakan api perlahan.
  4. Buat sampai habis adunan.Hidangkan dengan cara tersendiri(izzah gulung je cam buat laksam,gunting2kan).
  5. Sedia di makan dengan sambal sotong @ sambal bilis biasa.

TOMYAM KUPANG

Salam sejahtera......Nak tanya kawan2...biasa x makan tomyam kupang....rasanya memang sedappp...nak2 lau kupang tu masih segar lagi....ari ni izzah ada masak tomyam kupang,cukup menyelerakan di makan dgn nasi......x yah byk2 lauk....cukup ngan lauk ni je.....2 pinggan jalan
 Dimakan dengan mehoon @ kuey teow pun sedap......

BAHAN-BAHANNYA;-
1 kg kupang,>bersihkan & toskan airnya
1 mangkuk kecil udang kecil
1 mangkuk kecil sotong kecil>x nak letak pun xpa
3 batang serai>lau serai besar memadai dgn 2 je>ketuk
2 cm lengkuas>dihiris hiris
6 biji jagung muda>belah 2
1 biji lobak merah>potong sepanjang 3 cm,belah 8
1 biji bawang besar>mayang bulat kasar
2 ulas bawang putih>diketuk
3-4 tangkai cili api>diketuk
2 camb pes tomyam
1 camb jus limau kasturi @ limau nipis
2 biji tomato>belah 4
4 helai daun limau purut>koyakkan kasar
   Garam,gula,serbuk perasa secukupnya

CARA-CARANYA;-
  1. Basuh bersih semua sayur,toskan.
  2. Masukkan 2 camb minyak masak dlm kuali besar,panaskan & tumis bawang putih sekejap.
  3. Guna api perlahan.Masukkan pes tomyam & cili api.
  4. Kacau sekejap,masukkan air separuh kuali.
  5. Masukkan semua lauk,serai,lengkuas,daun limau purut,bawang besar & semua sayuran(kecuali tomato).
  6. Biarkan sehingga kuah mendidih....masukkan jus limau,garam,gula & serbuk perasa secukupnya.
  7. Rasa asam garamnya...setelah semuanya cukup,masukkan tomato,biarkan sekejap.
  8. Tutupkan api setelah kupang dah masak & sayur dah empuk.

Friday 8 July 2011

PUDING COKLAT

 Assalamualaikum......cuaca kt luar cukup panas..tekak lak asyik haus je....terfikir,lau ada yg sejuk2 masuk tekak time time gini,sedapnya....izzah kedapur intai apa2 yg ada,yg boleh di buat....alih2 terpandangkan milo dlm balang...ni lau buat puding coklat,sedap gak,lgpun puding ni kesukaan anak...izzah buat lebih sikit,coz nk letak dlm esbox....asal teringin je boleh ngapp...hehe......kita layannnnnn
ini la ropanya puding coklat izzah........
Bila bukak je puding ni dari acuan,tengok ia basah berkilat,dan dan liur jadi meleleh,so apa lagi potong & ngap la.......


 BAHAN-BAHAN:-
13 gm agar agar tali{rendam hingga lembut,toskan}
700 ml air
3 camb gula pasir @ gula perang
2 senduk kecil susu pekat
1 camb susu tepung
1 biji telur{pukul sedikit dengan garpu}
1 camb serbuk koko di campur dengan
2 senduk kecil milo{jadikan pes,dengan di bancuh dengan sedikit air suam}
1/2 camt garam
1 helai daun pandan{Basuh bersih & simpul kemas}


CARA-CARA:-
  1. Jerang agar agar,air,gula dan daun pandan hingga semuanya hancur.
  2. Setelah agar agar mendidih,keluarkan daun pandan.
  3. Masukkan semua susu,garam dan telur,kacau hingga sebati.
  4. Matikan api,keluarkan 3 senduk kecil agar agar,masukkan kedalam  1 bekas.
  5. Masukkan pes coklat kedalam periuk agar agar kacau hingga rata dan sebati.
  6. Masukan 2 senduk bahagian coklat ke dalam acuan,ratakan.
  7. Masukkan pula 1 senduk bahagian putih.
  8. Ulang langkah sama sehingga habis semua agar agar tadi.
  9. Sejukkan sekejap,masukkan kedalam peti ais.
  10. Potong setelah puding benar benar beku.
  11. Jika tiada acuan,boleh gunakan loyang sahaja.

PUDING BETIK














SALAM CERIA........pada semua member2,hari ini,izzah buat puding betik..sungguh nyaman rasa tekak,selepas makan tghari,jamah pula puding betik yg menggunakan betik asli seperti ni.......

















Pada kawan2 yg suka pada puding @ agar agar,boleh la cuba resepi ini,izah jamin kawan kawan akan suka kannya......
BAHAN-BAHAN:-
2 biji betik masak{buang kulit & potong bulat}
10 gm agar agar serbuk{warna hijau}
5 gelas air
2 camb gula organic{guna gula perang @ biasa pun boleh}
1/2 cawan susu pekat
1/4 camt garam
1 gelas jus betik{buat pekat-guna gelas yg buat sukat air}
3 titik pewarna oren
1 camb campuran milo & serbuk koko{jadikan pes pekat}
CARA-CARA:-
  1. Betik yg telah di potong bulat tadi di buang bijinya dengan menggunakan permukaan gelas.betik yg lebih tu jadikan jus betik,untuk di masukkan ke dalam puding nanti.
  2. Masak agar agar,air, gula & garam hingga mendidih,masukkan susu,kacau lagi supaya tidak membuak.
  3. Ambil kira kira 1 senduk agar agar,masukkan pes coklat tadi,jika nak lebih pekat warnanya masukkan sedikit nescafe,kacau hingga rata.Bekukan.
  4. Sementara itu,masukkan jus betik & pewarna kuning ke dalam puding yg di dalam periuk,kecilkan api,biarkan sekejap sehingga agar agar hitam tadi beku.
  5. Setelah agar agar hitam beku,potong kecil kecil & cincang halus bg nampak seperti biji betik.
  6. Atur betik yg telah siap dipotong tadi kedalam dulang @ loyang besar,perlahan lahan curahkan agar agar di dalamnya.Taburkan sedikit agar agar hitam kedalam puding{kira cam biji betik la}.buat yg sama hinga habis.
  7. Sejukkan sekejap barulah di masukkan ke dalam peti sejuk.
  **gabungan warna hijau & oren akan menghasilkan warna seperti isi betik yang asal**

TEMPE GORENG TEPUNG

Salam pagi jumaat........izzah nk n3 1 bekpes yg sempoi je tuk tatapan kawan2 pg ni...tempe goreng tepung...rangup & menyelerakan....laupun ni makanan org jawa tp izzah lak yg terlebih minat...sebut je apa resepi dari tempe ni,semuanya sedap..nak2 tempe sira pedas,buat kudapan time tgk tv....mablesssssss..tp tu cite lain yg kita nk tgk la ni adalah tempe goreng tepung ni....muga ada kawan yg sudi mencuba resepi ini....kita tgk bahannya.....ni resepi izzah sendiri,x cedok dari mana2 resepi.....
BAHAN-BAHAN;-
( A )
5 Keping tempe ( potong 2 )
( B )
3 Senduk kecil tepung beras
1 Cambtepung ubi
1 Camb tepung jagung
2 Camb tepung blue key @ gandum
2 Keping biskut marie @ cream crackers ( blend kering hingga hancur )
1/2 Camt kunyit serbuk
1 Biji telur
  Garam secukupnya dan sedikit serbuk lada sulah
( C )
7 biji cili api
2 biji lada hidup (hijau dan merah )
5 ulas bawang putih
3 biji buah kurma ( buang biji,potong kecil2 )
1/2 cawan kicap pekat manis
CARA-CARA;-
1). basuh tempe dan toskan airnya.
2). Campurkan kesemua tepung dan biskut blend dlm 1 bekas,gaul rata.
3). Blend telur,serbuk kunyit,garam dan sedikit air suam,hingga berbuih.
4). Satukan semua bahan (B),bancuh hingga sebati( jika adunan terlalu pekat,tambahkan sedikit air suam )
5). Panaskan kuali,masukkan tempe ke dalam tepung dan goreng hingga kekuningan.
6). Angkat dan toskan.( ketepikan dahulu )
7). Blend kering semua bahan (C) sehingga hancur>kecuali kicap.
8). Masukkan bahan blend dan kicap ke dalam mangkuk,gaul hingga rata.
9).Hidangkan bersama tempe goreng tadi.
**Jika bg mereka yg sukakan rasa yg lebih manis pada sambal kicap,boleh la tambahkan gula sesedap rasa**

Thursday 7 July 2011

PudinG SuSu KeK CoklaT

~~Assalamualaikum~~
  **Puding ini terhasil dek kerna sayangkan kek yg x habis...nak biarkan takut rosak lak,so timbul la idea mencipta masakan recycle ni dlm otak kepalaku.......tgk dlm stock,'beleda' tali ada lagi,so aku cipta la puding ini,x sangka pulak sodappppppp rasanya,nak nak makan time cuaca panas2 gini.....tengok la coraknya sekali pandang cam dam lak......
yg ni belum potong sepenuhnya.....nampak susunya aje,tp bila dah potong baru nampak kek kt dalamnya.........jom intai bahan bahannya......
BAHAN-BAHAN;-
( A )

25 Gm agar agar tali ( rendam sampai lembut )
1/2 tin kecil susu pekat di bancuh dengan air suam,jadikan
1400 Ml air bancuhan( susu )
2 Camb gula pasir
1 Camt esen vanila
2 helai daun pandan ( disimpul kemas2 )
1 Biji telur ( dipukul sedikit )
( B )
1/2 Buku buttercup
1 Cawan gula halus
3 Biji telur
1/2 Cawan koko serbuk di masak bersama
1/2 Cawan air ( sejukkan )
1/2 penutup esen vanila
1 3/4 Cawan tepung kek
1 Camb susu tepung
CARA-CARA;-
1). Buat bahan B dulu seperti membuat kek biasa,bakar hingga masak.Sejukkan.
2). Keluarkan dr acuan dan potong dadu kek td.ketepikan.
3). Masukkan bancuhan susu dlm periuk.Toskan agar2 dan masukkan sekali.
4). Jerang di atas api,masukkan gula pasir,kacau hingga agar2 hancur.
5), Masukkan telur yg telah di pukul sedikit,esen vanilla dan daun pandan.Kacau lagi hingga mendidih.6). Matikan api.Sejukkan sedikit.( keluarkan daun pandan dari periuk ).
7). Sementara itu,sediakan acuan,masukkan kek( dadu ) kedalam acuan.
8). Tuangkan puding kedalam acuan hingga penuh.Bekukan dlm bekas yg berisi air.Setelah agak beku sedikit,masukkan dlm peti sejuk (puding ini sedap di makan sejuk sejuk ).
***Puding ini cukup senang,tuk di sediakan,cuma membuat kek je agak mengambil masa sedikit...saya sarankan jika kawan2 ingin mencuba resepi ini,adalah lebih baik keknya di buat awal.Tapi izzah just guna kek yg tak habis makan je......dari di buang kan sayang,so recycle camni  boleh elakkan pembaziran....jd jika ada kt rumah puan kek yg tak habis di makan jgn di buang...guna la kreativiti sendiri tuk menjadikannya boleh di makan semula*** 
Recycle pun lau kena caranya so mablessssssss......

PUDING ROTI MARBLE

>>Assalamualaikum<<
Dah lama pic ni kt phone....baru hari ni sempat din3......puding ni,request dr my only son,malah dekonya pun dia yg buat,nampak comot sikit......tp rasa dia not bad la...resepinya izzah dapat dr member fb gak,tp lupa siapa orangnya...apapun terima kasih kawan.....ni la resepinya,kita share lak kt sini......
BAHAN-BAHAN:-
1 Peket agar agar serbuk-(20 gm)
6 Cawan air
200 Gm gula pasir-(1/2 cawan)
1 Tin susu cair
6 Keping roti-(koyak koyakkan)
1 Biji telur
3 Jenis pewarna-(ikut suka-saya guna coklat,pink & warna asal)
1 Camt esen vanila
2 Helai daun pandan-(di simpul kemas)

CARA-CARA:-
  1. Roti yg telah dikoyak,di rendam dalam susu cair.
  2. Sementara itu,jerang agar2 dengan 6 cawan air,gula dan daun pandan sehingga larut dan gula hancur.
  3. Setelah roti kembang,masukkan ke dalam blender bersama dengan 1 biji telur yg dipukul sedikit dengan garpu dan juga esen vanilla.
  4. Perlahankan api,keluarkan daun pandan dari periuk,dan masukkan bahan blender.Kacau hingga sebati.Matikan api.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak,warnakan 2 bahagian,yg satunya biarkan pada warna asal.
  6. Masukkan kedalam acuan agar agar @ loyang,dengan menyenduk sedikit adunan dari mana mana bahagian,letakkan ditengah tengah acuan,ratakan hingga penuh acuan,letak lagi 1 bahagian ditengahnya juga,buat langkah yg sama sampai habis semua adunan.
  7. Sejukkan sekejap di luar,masukkan kedalam peti sejuk bg mendapatkan puding yg benar benar beku.
  8. Setelah itu,bolehlah di potong dan di hidangkan.
 Tengokla hasil tangan anak bujangku......comotttttttt...ni puding baru siiap di deko....nak tunggu beku dulu
 
**NOTA.....jika gunakan agar agar tali,perlu di rendam dahulu sehingga lembut,baru la di masak.

EPOK EPOK ROTI BERINTI

                    ~~Assalamualaikum~~

>>Salam pagi ahad pada semua kawan kawan.....pagi ini izzah buat epok epok @ karipap roti berinti sambal bilis,tuk sarapan.....asyik mkn roti sapu butter,roti sandwich & roti bakar je,naik jemu gak....so, dalam blur blur x tau nak buat sarapan apa,timbul idea tuk buat karipap dengan roti,tu yg jadi epok epok @ karipap roti berinti ni....kita tengok bahan bahannya..........  

BAHAN-BAHAN:-
1 bungkus roti wholegrain{guna roti sandwich biasa pun boleh}
2 biji telur{1 biji diasingkan putihnya}
BAHAN INTI:-
{SAMBAL BILIS}
1 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
1 camt kismis*
{Bahan bertanda * diblend hingga halus}
1 camb ikan bilis kecil{yg dibuang kepalanya}
1 biji bawang besar{Di mayang & dicincang}
2 camb lada mesin{Jika suka pedas,lebihkan sedikit}
1 camb kismis{basuh bersih toskan}
  garam,gula organic{guna gula pasir biasa pun  boleh},serbuk perasa & air asam jawa secukupnya

Ini la rupanya epok epok yg telah siap,tinggal nak menggorengnya je lagi......di sebabkan xde serbuk roti,izzah salut je dengan telur,dan goreng........so nice.  

CARA-CARA:-
  1. Buat intinya dahulu.......panaskan sedikit minyak,tumiskan bahan blend hingga kekuningan.masukkan lada mesin.
  2. Kacau sehingga pecah minyak.Masukkan ikan bilis,kismis,air asam jawa & sedikit air suam.kacau & biarkan sekejap.
  3. Masukkan garam,gula organic & serbuk perasa,biarkan hingga naik minyak sambil sesekali dikacau.
  4. Matikan api, buang minyaknya dan masukkan inti ke dalam mangkuk.ketepikan dulu.
  5. jerang air setengah periuk hingga mendidih.guna tapis santan besi @ redai,letakkan diatas periuk.Apabila air dah mendidih,perlahan kan api,letakkan roti di atas penapis @ redai,biarkan sekejap hingga roti lembut.
  6. Angkat & giling roti dengan kayu giling,hingga roti nipis.letakkan dalam acuan karipap,seperti kita membuat karipap biasa.gunakan telur putih yg di keluarkan dari 2 biji telur tadi untuk membuat gamnya,dengan meletakkan sekeliling acuan.
  7. Masukkan inti,tekan kuat sedikit acuannya,dan keluarkan dari acuan.Buat langkah yg sama pada semua roti hingga habis.lebihan roti jgn di buang,boleh recycle jdkan puding or whatever la ikut citarasa masing masing.
  8. Panaskan minyak yg byk dlm kuali,celupkan roti ke dalam telur yg telah di pukul sedikit dengan garpu tadi.
  9. Goreng hingga kekuningan dengan api perlahan,angkat & toskan minyaknya.
  10. Sedia untuk di santap ngan  apa saja air.Lau izah semestinya green tea kurang manis punya.......CAYUKKKKKKKKKKKK.

CUCUR EPAL


 Apa kabar pagi ni.....dah kenyang ke.....sekarang tentu kawan kawan tgh bussy menyediakan lunch tuk kluarga..menunya mesti sedap sedap kan????....izzah lum pikir lagi,nak masak apa....ntah la badan rasa lain macam je...pegal linu kata org jowo...so bekpes pun makan sikit je....ni izah n3 kan bekpes izah td pagi....Menu sempoi dan mudah.......
Bahan-Bahannya;-
2 cawan tepung gandum>izah guna tepung blue key
3 keping biskut cream crackers>blend hancur
1 camt soda bicarbonate>jika guna tpg b.key x perlu masukkan
1 biji telur>x guna pun x pa
1 biji epal hijau>buang kulitnya & cincang halus
1 biji bawang besar>mayang halus
1 camb ikan bilis>siang,tumbuk kasar
1 camb udang kering>rendam hingga lembut & tumbuk kasar
3 camb air panas + garam>bancuh hingga garam hancur
  Air biasa & sedikit serbuk perasa secukupnya

Cara-Caranya;- 

  1. Campurkan tepung,biskut & soda,gaulkan hingga rata.
  2. Pecahkan telur dalam mangkuk,pukul sedikit dengan garpu,masukkan dalam bekas tepung.Gaul rata.
  3. Masukkan semua bahan bahan lain.gaulkan hingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan air biasa,bancuh la seperti kita membuat cekodok biasa....
  5. Perapkan sekejap,goreng hingga kekuningan & masak.
  6. Hidangkan dengan sos cili @ pencicah keropok.
     **Makan panas panas dengan green tea kurang manis......cukup sedappppp**

 

Roti Bakar Bersos Strawberry

~~ASSALAMUALAIKUM~~

>>Selamat pagi jumaat pada semua
>> Roti bakar ini sedap dinikmati dengan sos strawberry,sos coklat,sos kastard @ sos butter kacang.tp izzah memilih sos strawberry coz sukakan rasanya,lagipun menghabiskan stock jem yg terakhir izzah buat sebelum berpindah ke johor...sebelumnya izzah tinggal kt gua musang kelantan,so dah dkt dgn cameron highlands,yg terkenal dgn strawberrynya.Apa guna tinggal dekat lau x mengunjunginya,sedangkan pelancong dr jauh boleh sampai...jd izzah manfaatkan peluang yg ada dgn membeli byk2 strawberry yg segar dr ladang dan olah sendiri menjadi jem.......maka terhasil lah jem strawberry ini......byk pula celoteh izzah,so jom kita intai resepinya yg izzah cipta sendiri...sesuai tuk sarapan dan minum petang.......
>>Melihat lelehan sos stoberi,melata merah di pinggan membuat liur mengencur.....jom kita layan bahannya.....
BAHAN-BAHAN;-
1 bungkus kecil roti wholmeal(roti biasa pun boleh)
1 tin susu cair
4 camb susu pekat
2 camb susu tepung
1/4 camt garam
3 biji telur
2 keping biskut marie di blend hancur(untuk di tabur diatas puding)
BAHAN UTK SOS STRAWBERRY;-
1/2 cawan jem strawberry
2 camt tepung jagung(di bancuh dgn sedikit air)
1 cawan air masak.
2 camb gula pasir(jika suka manis)
CARA MEMBUAT SOS;-
Masukkan jem ke dalam periuk,dan masukkan air dan gula,kacau hingga jem cair dan tidak berketul.
Perlahankan api dan masukkan bancuhan tepung jagung.kacau hingga larut dan pekat.matikan api dan ketepikan.
BAHAN UNTUK SOS COKLAT;-
4 kepingan coklat masakan
2 camb milo
2 camb susu pekat manis
1 camt tpg kastad@jagung(bancuhkan sedikit dengan air masak)-(jika sos sudah pekat x perlu digunakan)
1/2 camt butter
1 cawan air suam
CARA MEMBUAT SOS;-
Cairkan coklat masakan dan milo hingga betul2 cair dan tidak berketul.Masukkan butter dan susu,kacau lagi.
Masukkan air suam,kacau lagi .jika masih cair lg masukkan bancuhan tpg jagung td,jika sudah pekat x perlu la di masukkan(terpulang pada citarasa masing2).Setelah sos benar2 sebati,matikan api dan ketepikan.
CARA MEMBUAT ROTI;-
1). Koyak koyakkan roti dan masukkan kedalam bekas.
2). Tuangkan susu cair,gaulkan dan biarkan ia kembang sekejap.
3). Sementara itu,blend telur hingga kembang.masukkan susu pekat,susu tepung,butter dan garam.blend lg hingga kembang.
4).Tuangkan ke dalam adunan roti tadi,kacau hingga sebati.
5). Masukkan adunan ke dalam loyang yg telah disapu marjerin terlebih dahulu.
6). Perapkan adunan sehingga kembang.
7). Sementara itu,panaskan oven pada suhu 150'c selama 10 minit.(gunakan api bawah sahaja).
8). setelah adunan kembang,taburkan serbuk biskut marie di atas permukaannya hingga rata.
9). Bakar selama 30-40 minit @ sehingga masak.
10). Sejukkan dahulu baru la di potong,dan di curahkan sos di atasnya.bg yg tidak suka sos, roti ini juga sedap di makan begitu saja,ia lemak dan x manis.
ini roti bakar yg baru dipotong sedikit......sempat lagi pose.....hehe,(jika kawan kawan x suka taburan biskut marie di atas roti x payah gunakan)

   **JIKA KAWAN KAWAN SUKA NAK MENCUBA RESEPI INI SILA KAN...SELAMAT MENCUBA**