Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Monday 29 October 2012

ROTI BOBOY


ASSALAMUALAIKUM

Salam hujung minggu.......
Di ilhamkan dari ''ROTI JOHN''..diberi rasa kemelayuan maka terhasillah ''ROTI BOBOY'' sempena nama putera ku..roti ini di buat untuk breakfirst nya di hujung minggu...kombinasi kari dan sos manis seperti mayonis dan sos cili benar2 memikat seleranya...tak hairanlah dia boleh layan 2 biji sekali jalan..

So tak nak tulis byk2 lagi...jd inilah resepinya yg izzah buat untuk ROTI BOBOY ni..izzah olah mengikut selera keluarga...

Bahan-bahan

{untuk intinya}:-

1 mangkuk kecil isi ayam>>{diblend dgn blender kering hingga hancur}

1 biji bawang besar>>{dadukan}

3 ulas bawang putih>>{ketuk hancur}

1 sudu makan serbuk kari

1 sudu teh lada mesin>>{tak nak guna pun xpe}

1 sudu makan mayonis

1-2 sudu makan buttercup>> untuk menumis

Garam dan sedikit serbuk perasa
{untuk bahan sampingannya}

3-4 titik seasoning

Serbuk lada sulah>>(ikut citarasa)

Mayonis dan sos cili

Telur >>{bergantung pada roti}

Sedikit butter>>{untuk sapu pada roti

6 keping roti 'finger rolls' >>{roti john}

Kobis @ salad + tomato

Cara-cara


Panaskann butter dalam kuali

Tumiskan bawang putih yang dihancurkan,bawang besar yg di potong dadu,lada mesin dan serbuk kari

Masukkan daging ayam dan letakkan garam dan sedikit serbuk perasa secukupnya hingga masak.

Belah dua roti jangan sampai putus 

Masukkan telor dalam daging cincang Pukul sebentar telur+daging

Panaskan butter dlm kuali Sapukan aduna daging+telur atas roti Terlangkupkan atas kuali

Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar

Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing 

Hiaskan dengan sayuran seperti kobis,tomato, sos cili dan mayonis .

Sediakan untuk di ngappppppp

Sedap juga di nikmati di waktu petang dengan segelas sirap bandung




BAKSO AYAM


Buat untuk makan petang tadi...lately ni badan asyik tak sehat je..selera makan pun tak menentu..so kena cari jalan la untuk menaikkan balik selera..maka terhasil lah BAKSO AYAM ni....
Biasanya kita dengar bakso diperbuat dari bebola daging sapi @ lembu..tp izzah tak makan daging..so kena la olah sendiri menggunakan ayam..
Tapi feel dia tetap juga mengujakan..perghhh masuk bakul pulakkkk..hahahaha..tp yg syoknya ttg bakso ku ini ialah tang kuahnya..biasanya bakso yg ku makan kuahnya xde la pekat..cair je..tp aku suka suki je buat ikut tekak kami sekeluarga lebih2 lg putera ku..dia cukup suka cara camni..baru rasa rempahnya(katanya)hehe…hmmmm perasan lagi aku…ada aku kesahhhhhhhhh
So ni la resepi citarasa kami sekeluarga..
Bahan2nya:-
1 bungkus bihun>>(rebus hingga lembut dan toskan)
(A)-(untuk bebola ayam)
1 mangkuk kecil isi ayam>>(blend dgn blender kering hingga hancur)
1 biji bawang besar>>(diblend)
2 biji bawang putih>>(diblend)
1 sudu makan tepung ubi
1/2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu kecil seasoning
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam
Cara membuatnya:-
-Gaul semua bahan2 hingga menjadi doh.
-Doh kelihatan lembik dan melekat di tangan..tak mengapa..jika doh keras nt bila bebola masak juga akan keras. (Cuma jika terlalu lembik tambahkan sedikit  je tepung jagung).
-Jerang air dalam periuk setengah penuh..biarkan mendidih..
-Bulat2kan doh menjadi bebola kecil..masukkan ke dalam air mendidih..biarkan sehingga ia timbul di permukaan boleh la di angkat..itu menandakan ia telah masak.
-Masukkan ke dalam air sejuk sekejap barulah di toskan airnya..buat sehingga habis doh..
(B)-(untuk kuah):-
Tulang2 ayam di potong kecil2..di rebus dengan sedikit halia & bawang putih hingga empuk..ketepikan (airnya jangan dibuang untuk dijadikan stock)
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
5 cm halia*
>>(semua bahan * dimayang nipis)
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
10 biji cengkih
>>(4 sekawan)
1 bunjut rempah sup
2 sudu makan rempah kurma
1 kiub pati ayam
Minyak untuk menumis,garam,gula dan sedikit serbuk perasa
Cara  membuat nya:-
- Panaskan minyak dalam periuk..tumis bahan mayang dan 4 sekawan hingga wangi dan sedikit garing.masukkan rempah kurma..kacau sehingga sebati.
-Masukkan air stock,air biasa,rempah bunjut dan ayam..biarkan mendidih.
-Masukkan kiub ayam,garam,gula dan serbuk perasa..kacau sehingga sebati.
-Akhir sekali..masukkan bebola ayam..biarkan sekejap..setelah cukup rasanya boleh lah di angkat..
(C)-(untuk sambal kicap):-
Cili api
Lada basah
Bawang besar
Bawang putih
Kicap manis ABC
>>(kuantitinya ikut selera masing masing)
Cara membuatnya:-
-Goreng semua bahan(kecuali kicap)hingga layu dgn sedikit minyak.
-Tumbuk @ blend kering semua bahan kecuali kicap.
-Dah lumat barulah di bancuhkan dengan kicap..sedia untuk dinikmati.
(D)-(bahan sampingan lain):-
Taugeh >>(celur sedikit)
Kobis>>(di hiris rampai)
Daun sup/bawang-jika suka>>(izzah tak letak pun)
Cara2 menghidangnya:-
- Masukkan sedikit bihun ke dalam mangkuk..curahkan kuah berserta bebola ayam..masukkan sambal dan sayur2..Siapppppppp..boleh di ngappppp..
~SELAMAT MENCUBA~




Sunday 28 October 2012

NASI PAPRIK

Keboringan melanda..nak berkomentar xde mood..so izzah nak N3kan le juadah keluarga di hari minggu ni di sini untuk dikongsikan dengan kawan2 di blog kecilku ini...iaitu NASI PAPRIK......
izzah buat cukup simple..guna je apa yg ada kt esbox..janji dpt mengenyangkan perut cukup la...
sebetulnya aktiviti masak memasak ni kena ada mood juga..kalu dah ilang mood "R" apa pun tak menjadi..so masak pun ala kadar je la..tp sesekali layan menu sempoi ni berbaloiiiiii..licinnnnnn sepinggan nasi..ekstra kan pula dgn sambal tumis udang..hehe....mablesss..layannnnnnnnnn
tak nak la byk bebel...ni izzah buh resepinya..

Bahan-Bahan:-
Nasi putih
Bahan mayang:-
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia>>(kalau dapat yg muda lg sedap)
Bahan ketuk:-
2 batang serai
5 biji cili api
Bahan sos:-
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Bahan sayuran:-
Jagung muda>>(izah guna yg dlm tin)
Cendawan butang>>(juga dalam tin)
Kacang buncis>>(potong 3 bahagian @ ikut suka)
>>(kuantitinya ikut selera sendiri-suka byk bubuh le byk)
Bahan lauk:-
Udang
Ayam>>(izah guna hati pedal je-yg direbus empuk dan dihiris2)
Bahan sampingan:-
Stok ayam,garam dan sedikit s.perasa
Sedikit tepung jagung(anggaran 1 sudu kecil) + sedikit air>>(kacau rata)
Sedikit minyak untuk menumis
Cara membuatnya:-
*Tumiskan bahan mayang hingga naik baunya
*Masukkan lauk2 dgn sedikit air..kacau sekejap.
*Masukkan semua sayur..tambah lagi air..biarkan sehingga kuah mendidih.
*Masukkan kesemua sos,garam,stok ayam dan serbuk perasa.
*Akhir sekali,bila semua rasa dah mencukupi masukkan air tepung jagung..kacau sehingga rata.
*Matikan api..biarkan kuah pekat sedikit baru la di angkat dan dihidangkan.
                 ~~{Makan dengan nasi panas panas sedapppppp..mau berpeluh..hehe}~~

Sunday 21 October 2012

DAGING BURGER BOBOY


Salam hujung minggu untuk semua kawan kawan…
Hari ini izzah nak n3kan satu lagi hasil airtangan izzah yg amat di sukai oleh anak bujang izzah iaitu DAGING BURGER AYAM..
Kalau 2 ekor ayam yg izzah buat dia boleh habiskan dalam 2 hari saje…rasa amat berbesar hati bila hasil usaha kita dihargai oleh keluarga…resepinya izzah ambil dari GOOGLE ..Cuma di olah mengikut citarasa si bujang…
Sekarang izzah COPY PASTE kan kt sini..semoga empunya resepi ini menghalalkan resepinya untuk kita kongsikan bersama..Top of Form
Inilah rupanya daging burger ayam yg izzah bentukkan....
dan inilah resepinya yg izah copy paste kan kt sini... 
Bahan-bahan ( 15-20 keping )
• 2 cawan daging cincang >>{izzah guna isi ayam}
• 1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
• 1 labu bawang besar-saiz kecil *
• 2 ulas bawang putih*
>>{blend dengan blender kering hingga hancur bahan *}
• 1 biji telur >>{jika tak nak guna pun xpe}
• 1 sudu besar seasoning>>{yg ni izzah add sendiri}
• ½ sudu teh serbuk lada hitam
• ½ sudu teh serbuk lada sulah
• garam dan gula secukupnya
Cara-cara
1. Gaul semua bahan-bahan di atas kecuali telur.
2. Pukul telur sekejap. Masukkan sikit demi sedikit. Agak-agak boleh bentuk, berhenti dari masukkan telur.
3. Ambik sedikit dan buat bentuk bulat. Kemudian leperkan/ nipis. Buat sampai habis
4. Lepas tu bolehlah digoreng.
5. Lagi nipis lagi sedap.. untuk dapatkan bentuk yang nipis boleh disimpan dulu dalam freezer. Kemudian potonglah nipis-nipis.(izzah x potong nipis pun just goreng satu2 gitu je…sedappppp rasa daging ayamnya)
                                              Live dari atas dapur...masa ni xde la buat bulat2 cantik..just leper leperkan cam tu je...hehe
NOTA:-
               **Semasa menggaul doh,pastikan bread crumbs tidak dituang sekali   gus..curahkan sedikit sedikit sehingga doh boleh dibBottom of Formentuk..jika masih lembik lagi boleh ditambah lagi bread crumbs sehingga mencukupi untuk membentuk doh itu.



Thursday 11 October 2012

URAP PEGAGA


Hari ni nak Entrykan satu resepi ringkas dari dapur izzah untuk hidangan tengahari iaitu URAP PEGAGA..
Izah cukup suka urap urapan macam ni..walaupun ringkas tapi dapat menerbit kan selera makan kita time badan kurang sehat..
Urapan izzah hari ini agak terlebih sedikit kelapanya,so pegaganya hanya mengintai dari celah2 nya sahaja..hehe papun tetap lagi sedappppppp..
So inilah resepinya yg izah guna untuk masakan urapan ini...
Bahan2nya:-
1 mangkuk sedang pegaga>>(Hasil dari kebun kecil)
½ biji kelapa parut
3 helai daun cekur>>(hiris rampai kasar)
3 biji isi cekur>>*(kikis bersih kulitnya)
2 biji bawang besar*>>(yg sedang sahaja)
2 ulas kecil bawang putih*
6-7 biji cilia pi*
½ mangkuk kecil ikan bilis @ udang kering*
>>(Semua bahan bertanda * di tumbuk hingga lumat)
2 sudu makan lada mesin>>(Tak nak bubuh pun takpe)
Garam,gula & serbuk perasa

Cara2nya:-
~~Celur pegaga sekejap bg melembutkannya..toskan airnya..hiris rampai kasar2...
~~Satukan kelapa,bahan blend dan lada mesin  di dalam kuali...
~~Kacau hingga rata..setelah semua bergaul rata,nyalakan api yg sederhana..kacau sekejap..
~~Masukkan garam,gula dan serbuk perasa..gaul hingga bercampur rata..
~~Akhir sekali,masukkan pegaga dan daun cekur..kacau sehingga sebati..biarkan sekejap..rasa garam gulanya..setelah cukup rasanya boleh lah di angkat dan di hidangkan...
***URAPAN INI BOLEH DI BUAT DENGAN BERBAGAI JENIS SAYURAN..MEMANG SESUAI DI HIDANGKAN SEBAGAI MENU SAMPINGAN***

Wednesday 10 October 2012

PUDING MILO COFFEMATE


SELAMAT PETANG DAN SELAMAT BERSANTAI...
HARI INI TAKDE APA AKTIVITI NAK DI BUAT..SO DARI MEMBESARKAN BADAN DENGAN BERLENGKOR JE BAIK IZZAH POSTKAN 1 RESEPI SEMPOI YG ANAK BUJANG IZZAH SUKA LAYAN IAITU “PUDING MILO COFFEMATE”
CARA MEMBUATNYA VERRY THE SIMPLE..TP RASANYA NOT BAD JUGA..LAGI2 DI MAKAN TIME BARU KELUAR DARI ICE BOX..SEJUK NYAMANNNNN JE..HAHA
SO INILAH RESEPINYA YG IZAH OLAH SENDIRI...
PUDING MILO COFFEMATE
BAHAN-BAHAN:-
1 BUNGKUS AGAR AGAR SERBUK
1 TIN SUSU CAIR
750 ML AIR
3 SUDU MAKAN GULA PASIR
1 CAWAN MILO#
½ CAWAN COFFEMATE#
>>(SATUKAN BAHAN # & BANCUHKAN DENGAN SEDIKIT AIR SUAM SUPAYA JADI PES PEKAT)
¼ SUDU TEH GARAM
CARA-CARA:-
*MASAK AGAR AGAR DENGAN AIR & GULA PASIR SEHINGGA LARUT DAN GULA HANCUR.
*MASUKKAN SUSU CAIR,PES MILO & GARAM..KACAU SEHINGGA SEMUNYA SEBATI.HATI2 JGN SAMPAI KUAH MEMBUAK & BERKETUL KETUL.
SEDIAKAN ACUAN @ LOYANG..TUANG ADUNAN KE DALAM ACUAN @ LOYANG..BIARKAN SEJUK SEDIKIT DAN MEMBEKU.
*MASUKKAN KE DALAM PETI AIS..BIARKAN BETUL2 BEKU BARULAH DI HIDANGKAN.
IZZAH BUATKAN BENTUK IKAN...ANAK SUKA LA MACAM NI SENANG NAK MAKAN KATANYA..HEHE..LAYAN JE LA..

Tuesday 9 October 2012

HIASAN KAIN FELT KU

{Sebelum ini izzah pernah N3kan hasil kerja tangan izah di masa sengkang iaitu "FABRIC CUP CAKE &  CANDY"..tp hari ini izzah nak berkongsi hasil dari KAIN FELT pula..iaitu "FELT DONALT,MINI ROUND CAKE,BOWL COVER & TISSUE COVER"..}
{Semua ini adalah aktiviti izzah di masa sengkang...izzah mmg minat seni2 craft ni...nak2 yg di dapati dari hasil tangan senndiri..
Bercerita pasal 'KERAS TANGAN' ni rasanya tak ramai yg berminat..tp mungkin juga ada yg suka...so itu semua depend pada minat masing2..asal kita tak kacau orang rasanya semuanya ok2 aje...hehe}
>>FELT DONALT..Walaupun nampak simple tp nak membuatnya perlukan kesabaran yg tinggi...
>>MINI ROUND CAKE...So sweet..yg paling izzah suka...
>>BOWL COVER...Dijadikan penghias meja untuk mengisi kuih muih di hari raya & majlis2 tertentu
>>TISSUE COVER...Yg paling latest hasil KERAS TANGANKU...senada dgn BOWL COVER...

{Inilah sebahagian dari KOLEKSI kesayangan izzah...dengan hanya banyak menghabiskan masa di rumah...inilah sahaja aktiviti yg mampu izzah buat bagi menghilangkan rasa keboringan...Harap2 ada yg sama minat dengan izzah...boleh la kita kongsikan..}

Monday 8 October 2012

GULAI MASAM PEDAS UBI CAMPUR IKAN PATIN

Tercapai sudah hajat hati....dah lama dok teringin nak makan GULAI MASAM PEDAS UBI KAYU CAMPUR IKAN..Tak kiralah ikan apapun asal sesuai..Sudahnya hari ini izzah buat dengan menggunakan ikan PATIN...
Sebetulnya izzah ‘ON DIET’ sekarang..dah lebih 2 minggu tak jamah nasi..kononnya nk kurangkan berat badan yg dah ‘terover’ ni...btp dek kerana terjumpa ubi yg empuk...izzah ‘KORBANKAN’diet izzah untuk malam ni..hahaha
GULAI MASAM PEDAS UBI ni adalah makanan kesukaan izah masa budak2 dulu..Arwah mak suka masakkan masakan ni..kerna dia tahu izzah suka sangat...yalah dulukan kita susah..so inilah makanan yg kita selalu hadap...
Sekarang izzah nk kongsikan dengan kawan2 yg tak pernah jamah..mungkin dgr nama pun pelik kan???masakan izah yg cukup mudah ini...ini izah letakkan resepinya...kurang lebih la ya...
BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ikan patin sedang
>>Di siang,rendamkan dalam air asam jawa yg bercampur air beras.
2 ketul ubi kayu sederhana besar
>>Diragi cik2 dalam 5 cm,basuh bersih dan toskan.
5 ulas bawang merah#
2 ulas kecil bawang putih#
2 cm kunyit hidup#
5-7 biji cili api#-(bagi yg suka pedas boleh lebihkan)
1 sudu makan nasi#
>>Blend  kesemua bahan bertanda # sehingga hancur dan pekat..
2 helai daun kunyit
>>Di siat siat...
2 keping asam gelugur @ keping
Garam dan sedikit serbuk perasa
Air secukup untuk kuah..
CARA-CARA:-
1.  Jerang air dalam periuk..masukkan bahan blend & daun kunyit.
2.  Masukkan ubi & asam keping..kacau bagi rata..biarkan sehingga ubi separuh empuk.
3.  Masukkan ikan..jika kuah terlalu sedikit tambah lagi sedikit air(masakan tak perlu byk kuah nt kurang sedapnya)sebab fungsi nasi itupun adalah untuk memekatkan kuah.
4.  Kacau kuah sehingga ubi empuk.masukkan garam & sedikit serbuk perasa.
5.  Setelah semua masak boleh lah di matikan api...sejukkan dan hidangkan.

***MASAKAN YG CUKUP MUDAH UNTUK DI SEDIAKAN..HANYA MENGAMBIL MASA TAK SAMPAI PUN 30 MINIT..***