Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Tuesday 20 November 2012

BUBUR KACANG DURIAN

"Jikalau orang tak suka tak apa..."..yg penting ia pebret keluarga..sana sini sebok orang menjaja durian di tepi tepi jalan..ada yg murah dan ada yg tinggi harganya..pendek kata sekarang musim durian menjadi jadi..izzah cukup suka durian kampung..nak nak yg ada pahit pahit sikit..so hubby belikan 4 biji..ni yg buat bubur kacang buh isi durian..sedap sangatttttttt..lama dah ngidam nk makan..hihi
izzah habiskan sebiji tuk masukkan dalam bubur ni..biar rasa sikit duriannya..alang alang kan..
inilah resepi izzah..izzah tahu semua kawan2 dah pandai buat..saje je nak tulis resepinya..Aura R lebih sikit malam ni..hehehe..
Bahannya:-
2 cawan kacang hijau
>>basuh  bersih..rendam selama 4 jam..rebus sehingga separuh empuk..toskan airnya dan ketepikan dahulu.
1 biji kelapa
>>jadikan 2 mangkuk santan(1 pekat-1 cair)
3 keping nisse(gula merah Kelantan)@
1 ketul gula merah biasa
2 sudu besar gula pasir
4 ulas durian-(suka lebih tambah lagi)
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan-disimpul kemas
Caranya:-
~satukan santan cair,gula nisse,gula pasir dan daun pandan..jerang sehingga mendidih.
~masukkan kacang hijau,durian dan garam..kacau sekejap..masukkan santan pekat dan biarkan sehingga santan masak dan mendidih lagi sekali..kecilkan api...
~rasa lemak manisnya..setelah semua cukup dan kuah pekat..matikan api.
~hidangkan dengan roti @ makan begitu je..sedappppppppBottom of Form
Izzah suka buat pekat pekat bubur nya..nanti bila makan rasa sebati lemak manisnya.. 

Thursday 8 November 2012

PUDING ROTI KUKUS

BAGI KITA KAUM IBU NI..PEMBAZIRAN AMAT  TIDAK DI GEMARI..SO BAGI MENGELAKKAN HAL2 MACAM NI KITA KENA PANDAI MENGOLAH MAKANAN YG TAK HABIS DI MAKAN UNTUK MENJADIKANNYA JUADAH YG DI SUKAI...
TAK TERKECUALI IZZAH..MENGADAPTASIKAN ROTI YG DAH TAK TERMAKAN TUK JADIKAN PUDING YG LEMAK DAN SEDAPPPPPP..
DAH JADI PUDING MACAMNI CEPAT PULA HABISNYA..HEHEHE..SO IZZAH LETAKKAN RESEPI YG IZZAH OLAH SENDIRI UNTUK MENGHASILKAN PUDING ROTI KUKUS NI..

BAHAN2NYA:-
1 BUNGKUS KECIL ROTI SANDWICH-(IZZAH GUNA BRAND GARDENIA)
1/2 CAWAN SUSU PEKAT-(BANCUH DENGAN AIR SUAM DAN JADIKAN 3/4 TIN)
1/2 TIN SUSU CAIR
4 BIJI TELUR
1/2 SUDU TEH GARAM
1 PENUTUP BOTOL ESEN VANILLA @ ESEN ROSE

CARA2NYA:-
*KOYAK2 KECIL ROTI
*BLEND KEDUA DUA SUSU DENGAN ROTI,TELUR ,GARAM DAN ESEN.
*TUANGKAN KE DALAM LOYANG @ BEKAS TAHAN PANAS..KUKUS SELAMA 1 JAM.
*SEJUKKAN DULU BARU LAH DIPOTONG POTONG..NAK SEDAP LAGI,MASUKKAN DALAM PETI SEJUK SEKEJAP BARULAH DI MAKAN..
~BAGI YG KREATIF,BOLEH DI PELBAGAIKAN WARNANYA..TP IZZAH SUKA ORI COLOUR~
Bottom of Form
Bottom of Form

BURGER AYAM BOBOY

                               ~BISMILLAHIROHMANIRROHIM~
Resepi asal di ambil dari GOOGLE..izzah olah mengikut selera anak bujang..SNEK kesukaan dia untuk bekpes mahupun minum petang..
Hasil air tangan sendiri tanpa bahan pengawet dan perisa tambahan yg melampau di jamin kebersihannya..sebab tu walau penat macamana pun,izzah selesa sediakan sendiri makanan untuk keluarga..suka dan hilang rasa penat jika hidangan kita berselera dinikmati oleh keluarga..rasa kepuasan yg sukar nak ditafsirkan..hanya yg melaluiya saje yg dapat feel macamni..hihi..melalut pulakkkkkkkk
papun izah bangga dengan hasil airtangan izzah..

~Burger Ayam Boboy~
Ehsan dari Google-tapi izzah tukarkan daging dengan ayam
Bahan-bahan
 ( untuk dagingnya )
• 2 cawan isi ayam-blend kering
• 1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
• 1 labu bawang besar-saiz kecil 
*
• 2 ulas bawang putih
>>{blend kering hingga hancur @ dadukan}
• 1 biji telur
• 1 sudu besar seasoning-(yg ni izzah tambah sendiri)
• ½ sudu teh serbuk lada hitam
• ½ sudu teh serbuk lada sulah
• garam dan gula secukupnya 
(untuk hiasan)
*1 bungkus roti bulat
*1 biji timun-potong nipis
*1 biji tomato-potong nipis
*parutan kobis-(byknya ikut suka)
*mayonis,sos cili & serbuk lada sulah(jika suka extra pedas)

Cara-cara 
(cara membuat dagingnya)
1. Gaul semua bahan-bahan di atas kecuali telur.
2. Pukul telur sekejap. Masukkan sikit demi sedikit. Agak-agak boleh bentuk, berhenti dari masukkan telur.
3. Ambik sedikit dan buat bentuk bulat. Kemudian leperkan/ nipis. Buat sampai habis
4. Lepas tu bolehlah digoreng.
5. Lagi nipis lagi sedap.. untuk dapatkan bentuk yang nipis boleh disimpan dulu dalam freezer. Kemudian potonglah nipis-nipis.masak diatas kuali sehingga daging ayam berubah rupa dan garing.
(cara menyediakan burger)
Buatlah mengikut kreativiti masing masing seperti kita membuat burger biasa..yg izzah tunjuk ni versi xde hiasan..maklum si bujang ni kureng mesra sikit dgn sayur2 ni..hehehe

Thursday 1 November 2012

Kerabu Jantung Pisang

Hari ini izzah menyediakan satu hidangan ringkas untuk juadah tengahari kami,iaitu "KERABU JANTUNG PISANG"...dah lama teringin,tp belum berkesempatan membuatnya..so semalam pegi kipmart terjumpa jantung pisang yg masih baru lg,so beli satu dan buatkan kerabu ni...
siap2 je..izzah meratah gitu je dah habis semangkuk..sedappppppp sangat sangatttttt..hilang rasa kempunan..hehe...
Resepinya izzah letakkan di bawah ini..ikut citarasa izzah(asli kelantan)resepi asal dari arwah mak..semoga ada kawan2 yg teringin mencuba...
Bahan-bahan:-
1 biji jantung pisang
>>(potong bulat..ramaskan dgn sedikit garam utk membuang getahnya..celur hingga empuk..toskan airnya)
1 mangkuk santan>>(yg diperah dari 1/2 biji kelapa dengan air suam)
2 ekor ikan selayang>>(dibakar hingga masak..ambil isinya dan tumbuk hancur)
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu teh lada hitam*
>>(tumbuk lumat bahan bertanda *)
1/2 biji kelapa putih>>(jadikan kerisek)
Garam dan gula secukupnya>>(sesetengah orang perahkan sedikit limau nipis tp izzah tak suka)
Cara-cara:-
Satukan jantung pisang,bahan tumbuk,ikan tumbuk kerisek dan santan.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Gaul semuanya sehingga rata dan sebati
Sedia untuk dihidangkan..sungguh mudah...
Sedap di makan dengan nasi panas2 bersama lauk2 sampingan lain..Ringkas dan sedappppppp