Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Saturday 20 July 2013

Lontong Ibutok

Salam Alaik..
Salam mesra..diam tak diam dah 11 hari kita berpuasa..tak lama lagi Aidilfitri bakal menjelma..terasa sayu dihati..namun apa pun jua kewajipan terhadap keluarga tidak terabai..
Cuaca hari ini agak panas..tiba2 tekak teringin nak makan lontong..jenguk apa ada dlm peti ais..terus projek berjalan..kebetulan yg nak semua masih ada stock..
inilah resepi lontong gaya saya..anak kelantan bersuamikan orang johor..walau tak ori tapi jadi..hihi
Bahan Utama :-
Beberapa biji/bungkus ketupat segera
[Rebus hingga masak-sejukkan-potong2 dadu]

Masak Lodeh
Bahan -
1 mangkuk kecil udang hidup
2 sudu makan udang kering-[rendam dgn air panas sekejap..tumbuk kasar]
1 biji bawang besar*
2 ulas kecil bawang putih*
2 cm halia*
1 cm kunyit hidup*
3-5 biji cili api*
1 sudu kecil kunyit serbuk*
[Blend hancur semua bahan *]
2 mangkuk santan-dari 1 biji kelapa
1 batang serai-diketuk
4 batang kacang panjang
1/4 biji sengkuang
1/2 biji lobak merah
1/4 biji kobis bunga
1 biji kentang
1 biji lada benggala
[dipotong panjang kira2 5-6 cm]
2 keping tempe-[potong dadu]
Sedikit sohoon + tauhu kering-[rendam hingga lembut & potong pendek2]
**[Pilihan sayur terpulang pada citarasa kita sebetulnya..yg izzah tulis apa yg izah guna]
2 biji lada hidup,merah & hijau-[hiris memanjang halus2]
Garam,gula & serbuk perasa
Caranya :-
>Masukkan santan,udang kering tumbuk & bahan blend kedalam periuk besar..kacau dulu biar rata..jerang diatas api.
>Masukkan udang hidup & serai..kacau dulu sehingga hampir mendidih.
>Masukkan semua sayur2..kacau hingga sayur sedikit layu
>Masukkan tempe sohoon & tauhu kering..kacau sehingga mendidih.
>Masukkan garam,gula & serbuk perasa..perlahankan api..biarkan hingga semua sayur elok empuknya.
>Akhir sekali masukkan lada hidup..gaul sekejap dan boleh la dimatikan api..ketepikan dahulu.

Sambal Tumis Sotong
Bahan-
1 mangkuk sedang sotong kecil-[bersihkan,tp jgn buang dakwatnya-rebus hingga separuh masak]
3 senduk kecil lada kering mesin
2 biji bawang besar- dimayang kasar
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia*
[Blend hancur semua bahan *]
2 sudu pes asam jawa
Minyak untuk menumis,garam,gula & serbuk perasa
Sedikit air rebusan sotong(untuk memaniskan kuah)
Cara-
>Panaskan minyak,tumis bahan blend hingga kekuningan..masukkan lada mesin..kacau hingga pecah minyak
>Masukkan sotong,garam,gula & serbuk perasa..kacau sehingga bergaul mesra.
>Masukkan sedikit air rebusan sotong,pes asam jawa,garam,gula & serbuk perasa,..sekiranya kuah terlalu pekat..masukkan sedikit air..
>Masak sehingga sotong empuk & cukup lembutnya..setelah cukup rasa garam asamnya boleh la dimatikan api..
**Hidangkan ketupat bersama kuah lodeh & sambal tumis tadi..siappppp untuk dimakan..nyum nyumm



Sunday 14 July 2013

NASI DAGANG IBUTOK

BISMILLAHIROHMANNIRROHIM
Panjat syukur kehadrat Allah s.w.t atas limpah kurnianya..memberi kita peluang lagi bertemu dgn Ramadhan yg mulia..hari ini masuk hari yg ke 5 kita berpuasa..Alhamdulillah masih berkemampuan menyediakan iftar2 kesukaan keluarga dengan seadanya..
Hari ini izzah menyediakan hidangan 'Nasi Dagang'..Request dari my lovely 'lokong'..dengan 2 Variasi lauk 'Gulai Berempah ikan Aya aka Tongkol' & 'Rendang Ayam'..manakala hidangan sampingannya adalah 'Acar Mentah Timun + nenas','Telur Rebus' & 'Sambal lada cili'..kalau ikutkan sambal asal nasi dagang adalah sambal kelapa,tp izzah x buat sbb dah terlalu byk menggunakan lemak..
Resepinya biasanya campak2 je,tp disebabkan nk share kt sini hari ni izzah usahakan menyukatnya..kira lebih kurang ok la ya..kalau rasa ada nk tambah & kurangkan..itu terpulang citarasa masing masing ya..
~Resepi Nasinya~
Bahan-bahan 
§   1/2 kg beras nasi dagang(yg merah)
§  1 cawan beras pulut
§  1 1/2 cawan santan sederhana pekat
§  4 ulas bawang merah*
§  2 ulas bawang putih*
§  1/2 inci halia*
[[[dimayang nipis nipis]
§  2 sudu teh halba
§  Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Satukan kedua - dua beras,rendam lebih kurang 5 - 6 jam. Toskan.
  2. Masukkan bahan mayang,halba & sedikit garam kedalam periuk..masukkan santan..masak atas api sedang sehingga keluar wap..matikan api & biarkan sejuk.
  3. Sementara tu jerang air pengukus sehingga mendidih.masukkan beras kedalam redai pengukus.
  4. Kukus sekali lalu nasi sehingga sekali keluar wap.
  5. Masukkan beras tadi kedalam 1 mangkuk besar..sendukkan sedikit2 santan bersama rempah2 tadi ke dalam nasi..gaulkan rata2 sehingga nasi lembut..jgn habiskan santan sekiranya lembutnya sudah mencukupi..cuma tapiskan,ambil rempahnya sahaja,gaulkan kedalam nasi sehingga rata. 
  6. masukkan nasi tadi kedalam pengukus semula..kukus sehingga nasi betul2 masak dalam 20 minit @ sehingga nasi masak bila dipicitkan.
  7. Hidangkan bersama lauk gulai ikan berserta hidangan sampingannya.
~Resepi Gulai Berempah Ikan Aya~
Bahan - bahan:
1 ekor ikan Aya @ tongkol sederhana besar -  dipotong2
4 keping asam keping
Garam & sedikit air
[rebus ikan bersama bahan2 diatas sehingga masak-biarkan semalaman]
Bahan2 untuk Kuah
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
[Blend hancur semua bahan bertanda *]
2 mangkuk kecil Santan
1 keping Asam keping
1/2 keping gula nise @ melaka
1 sudu makan lada mesin#
2 sudu makan serbuk kari ikan#
1 sudu makan serbuk kari daging#
[Satukan semua bahan # masukkan sedikit air..bancuh jadikan pes pekat]
Garam & sedikit serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menumis
1 biji lada hijau-belah 2
1 biji lada merah-belah 2
Cara - Cara
1. Panaskan minyak untuk menumis.
2. kemudian  tumis bahan blend  sehingga wangi
3. selepas itu masukkan pes rempah kacau2 seketika
4. masukkan sedikit air, kacau hingga sebati.
5. Masukkan santan dan semua bahan2 lain kecuali lada belah.
6. Masak hingga kuah mendidih dengan api yg sederhana,
7. Apabila mendidih, masukkan ikan, kacau dengan perlahan, takut ikan hancur, kemudian masukkan lada belah tadi. 
8. Perlahankan api..bila kuah sudah sedikit pekat dan rasanya sudah cukup..matikan api dan ketepikan.
~Resepi Acar Mentah~
Bahan :-
1 biji timun batang-hiris memanjang
1/2 biji nenas-hiris memanjang
1 biji bawang besar-mayang nipis
1 biji lada merah-hiris memanjang
1 biji lada hijau-hiris memanjang
1 sudu makan cuka apple
1 sudu makan gula*
1 sudu kecil garam*
1/2 mug air suam*
[satukan semua bahan * kacau hingga semuanya hancur]
Cara :-
Satukan semua bahan..kacau sehingga sebati..biarkan sehingga semuanya bergaul mesra.
~Resepi Sambal lada Cili~
Bahan :-
segengam cili api
3 biji lada merah
1 sudu makan cuka apple
Garam & gula secukup rasa
Cara :-
Blend semua bahan..rasa kan..cukup semuanya hidangkan dengan nasi dagang
Nota :-
**Hidangan Nasi Dagang ini juga sedap dimakan bersama telur rebus..