RSS

Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Saturday, 20 July 2013

Lontong Ibutok

Salam Alaik..
Salam mesra..diam tak diam dah 11 hari kita berpuasa..tak lama lagi Aidilfitri bakal menjelma..terasa sayu dihati..namun apa pun jua kewajipan terhadap keluarga tidak terabai..
Cuaca hari ini agak panas..tiba2 tekak teringin nak makan lontong..jenguk apa ada dlm peti ais..terus projek berjalan..kebetulan yg nak semua masih ada stock..
inilah resepi lontong gaya saya..anak kelantan bersuamikan orang johor..walau tak ori tapi jadi..hihi
Bahan Utama :-
Beberapa biji/bungkus ketupat segera
[Rebus hingga masak-sejukkan-potong2 dadu]

Masak Lodeh
Bahan -
1 mangkuk kecil udang hidup
2 sudu makan udang kering-[rendam dgn air panas sekejap..tumbuk kasar]
1 biji bawang besar*
2 ulas kecil bawang putih*
2 cm halia*
1 cm kunyit hidup*
3-5 biji cili api*
1 sudu kecil kunyit serbuk*
[Blend hancur semua bahan *]
2 mangkuk santan-dari 1 biji kelapa
1 batang serai-diketuk
4 batang kacang panjang
1/4 biji sengkuang
1/2 biji lobak merah
1/4 biji kobis bunga
1 biji kentang
1 biji lada benggala
[dipotong panjang kira2 5-6 cm]
2 keping tempe-[potong dadu]
Sedikit sohoon + tauhu kering-[rendam hingga lembut & potong pendek2]
**[Pilihan sayur terpulang pada citarasa kita sebetulnya..yg izzah tulis apa yg izah guna]
2 biji lada hidup,merah & hijau-[hiris memanjang halus2]
Garam,gula & serbuk perasa
Caranya :-
>Masukkan santan,udang kering tumbuk & bahan blend kedalam periuk besar..kacau dulu biar rata..jerang diatas api.
>Masukkan udang hidup & serai..kacau dulu sehingga hampir mendidih.
>Masukkan semua sayur2..kacau hingga sayur sedikit layu
>Masukkan tempe sohoon & tauhu kering..kacau sehingga mendidih.
>Masukkan garam,gula & serbuk perasa..perlahankan api..biarkan hingga semua sayur elok empuknya.
>Akhir sekali masukkan lada hidup..gaul sekejap dan boleh la dimatikan api..ketepikan dahulu.

Sambal Tumis Sotong
Bahan-
1 mangkuk sedang sotong kecil-[bersihkan,tp jgn buang dakwatnya-rebus hingga separuh masak]
3 senduk kecil lada kering mesin
2 biji bawang besar- dimayang kasar
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 cm halia*
[Blend hancur semua bahan *]
2 sudu pes asam jawa
Minyak untuk menumis,garam,gula & serbuk perasa
Sedikit air rebusan sotong(untuk memaniskan kuah)
Cara-
>Panaskan minyak,tumis bahan blend hingga kekuningan..masukkan lada mesin..kacau hingga pecah minyak
>Masukkan sotong,garam,gula & serbuk perasa..kacau sehingga bergaul mesra.
>Masukkan sedikit air rebusan sotong,pes asam jawa,garam,gula & serbuk perasa,..sekiranya kuah terlalu pekat..masukkan sedikit air..
>Masak sehingga sotong empuk & cukup lembutnya..setelah cukup rasa garam asamnya boleh la dimatikan api..
**Hidangkan ketupat bersama kuah lodeh & sambal tumis tadi..siappppp untuk dimakan..nyum nyumm



Sunday, 14 July 2013

NASI DAGANG IBUTOK

BISMILLAHIROHMANNIRROHIM
Panjat syukur kehadrat Allah s.w.t atas limpah kurnianya..memberi kita peluang lagi bertemu dgn Ramadhan yg mulia..hari ini masuk hari yg ke 5 kita berpuasa..Alhamdulillah masih berkemampuan menyediakan iftar2 kesukaan keluarga dengan seadanya..
Hari ini izzah menyediakan hidangan 'Nasi Dagang'..Request dari my lovely 'lokong'..dengan 2 Variasi lauk 'Gulai Berempah ikan Aya aka Tongkol' & 'Rendang Ayam'..manakala hidangan sampingannya adalah 'Acar Mentah Timun + nenas','Telur Rebus' & 'Sambal lada cili'..kalau ikutkan sambal asal nasi dagang adalah sambal kelapa,tp izzah x buat sbb dah terlalu byk menggunakan lemak..
Resepinya biasanya campak2 je,tp disebabkan nk share kt sini hari ni izzah usahakan menyukatnya..kira lebih kurang ok la ya..kalau rasa ada nk tambah & kurangkan..itu terpulang citarasa masing masing ya..
~Resepi Nasinya~
Bahan-bahan 
§   1/2 kg beras nasi dagang(yg merah)
§  1 cawan beras pulut
§  1 1/2 cawan santan sederhana pekat
§  4 ulas bawang merah*
§  2 ulas bawang putih*
§  1/2 inci halia*
[[[dimayang nipis nipis]
§  2 sudu teh halba
§  Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Satukan kedua - dua beras,rendam lebih kurang 5 - 6 jam. Toskan.
  2. Masukkan bahan mayang,halba & sedikit garam kedalam periuk..masukkan santan..masak atas api sedang sehingga keluar wap..matikan api & biarkan sejuk.
  3. Sementara tu jerang air pengukus sehingga mendidih.masukkan beras kedalam redai pengukus.
  4. Kukus sekali lalu nasi sehingga sekali keluar wap.
  5. Masukkan beras tadi kedalam 1 mangkuk besar..sendukkan sedikit2 santan bersama rempah2 tadi ke dalam nasi..gaulkan rata2 sehingga nasi lembut..jgn habiskan santan sekiranya lembutnya sudah mencukupi..cuma tapiskan,ambil rempahnya sahaja,gaulkan kedalam nasi sehingga rata. 
  6. masukkan nasi tadi kedalam pengukus semula..kukus sehingga nasi betul2 masak dalam 20 minit @ sehingga nasi masak bila dipicitkan.
  7. Hidangkan bersama lauk gulai ikan berserta hidangan sampingannya.
~Resepi Gulai Berempah Ikan Aya~
Bahan - bahan:
1 ekor ikan Aya @ tongkol sederhana besar -  dipotong2
4 keping asam keping
Garam & sedikit air
[rebus ikan bersama bahan2 diatas sehingga masak-biarkan semalaman]
Bahan2 untuk Kuah
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
[Blend hancur semua bahan bertanda *]
2 mangkuk kecil Santan
1 keping Asam keping
1/2 keping gula nise @ melaka
1 sudu makan lada mesin#
2 sudu makan serbuk kari ikan#
1 sudu makan serbuk kari daging#
[Satukan semua bahan # masukkan sedikit air..bancuh jadikan pes pekat]
Garam & sedikit serbuk perasa
Sedikit minyak untuk menumis
1 biji lada hijau-belah 2
1 biji lada merah-belah 2
Cara - Cara
1. Panaskan minyak untuk menumis.
2. kemudian  tumis bahan blend  sehingga wangi
3. selepas itu masukkan pes rempah kacau2 seketika
4. masukkan sedikit air, kacau hingga sebati.
5. Masukkan santan dan semua bahan2 lain kecuali lada belah.
6. Masak hingga kuah mendidih dengan api yg sederhana,
7. Apabila mendidih, masukkan ikan, kacau dengan perlahan, takut ikan hancur, kemudian masukkan lada belah tadi. 
8. Perlahankan api..bila kuah sudah sedikit pekat dan rasanya sudah cukup..matikan api dan ketepikan.
~Resepi Acar Mentah~
Bahan :-
1 biji timun batang-hiris memanjang
1/2 biji nenas-hiris memanjang
1 biji bawang besar-mayang nipis
1 biji lada merah-hiris memanjang
1 biji lada hijau-hiris memanjang
1 sudu makan cuka apple
1 sudu makan gula*
1 sudu kecil garam*
1/2 mug air suam*
[satukan semua bahan * kacau hingga semuanya hancur]
Cara :-
Satukan semua bahan..kacau sehingga sebati..biarkan sehingga semuanya bergaul mesra.
~Resepi Sambal lada Cili~
Bahan :-
segengam cili api
3 biji lada merah
1 sudu makan cuka apple
Garam & gula secukup rasa
Cara :-
Blend semua bahan..rasa kan..cukup semuanya hidangkan dengan nasi dagang
Nota :-
**Hidangan Nasi Dagang ini juga sedap dimakan bersama telur rebus..


Sunday, 30 June 2013

KARI KERISIK UDANG GALAH

SALAM ALAIK KAWAN KAWAN..
Hari ini izzah nak N3kan juadah santapan keluarga izzah semalam iaitu kari udang galah..walahhhh..'terangkat ujung beranda'..kata orang utara..hehe..bukan nak kata kita terpandai masak tau..maluuu..sebab kawan2 lg terror nanti di kata orang perasannn..malah bukan masuk bakul pun sbb takut berat nak angkat sendiri,maklum bambam bino..hahahaha,tp mmg izzah hantu lauk udang ni..masak apapun..mmg superb la..nak2 udang galah yg besau2 ni..
So izzah nak sharekan kt sini dengan kawan kawan..harap2 ada yg sudi menjengah..
Resepinya macam masak kari biasa cuma Addkan kerisik & buah keras..bg rasanya lebih terangkat..
Bahan2nya :-agak2 aje tau(main campak2)
Bahan A :-
1/2 kg udang galah
1 biji kelapa
{jadikan 2 mangkuk santan-1 santan pekat(perahahan pertama dgn sedikit saja air)..1 santan cair(yg 2 kali perahan tu)}
2 sudu makan kerisik
1 mangkuk sos(anggaran 4 sudu makan) rempah kari makanan laut-(kalau xde guna je rempah daging)*
3 sudu makan cili boh(lada kering mesin)*
1 biji buah keras-(ditumbuk hingga hancur)*
(Satukan semua bahan * campurkan sedikit air..jadikan pes pekat)
Bahan B :-(4 sekawan)
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil cengkih
Bahan C :-(blend hancur)
3 cm halia
4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Bahan D :-
3 ulas bawang merah-dimayang halus
5 cm halia muda..dihiris nipis-(kalau tak suka xyah buh)
1 sudu kecil halba campuran
Bahan Sampingan :-
4-6 biji kacang bendi-(belah 2 jgn putus)
2 biji lada hijau-(belah 2 jgn putus)
2 biji lada merah-(belah 2 jgn putus)
1 keping asam gelugur
1/4 ketul gula merah kelantan(nise)
1 sudu kfc gula pasir
Minyak masak untuk menumis,garam kasar & sedikit serbuk perasa
Daun kari-(ikut suka)
Caranya :-
>>Panaskan minyak,tumiskan bahan D terlebih dahulu diikuti bahan B..kacau sehingga bawang kekuningan.
>>Masukkan bahan C & daun kari..kacau lagi hingga naik bau ..masukkan pes kari(bahan bertanda * tadi)..kacau hingga pecah minyak.
>>masukkan sedikit air(anggaran 1/2 cawan)..sebatikan rempah betul2..baru masukkan udang..kacau sehingga udang bersalut rempah..
>>Masukkan santan cair ,asam keping/gelugur,gula nise,gula pasir & garam kasar..kacau sekejap2,biarkan hingga kuah mendidih..
>>Masukkan santan pekat,kerisik,s.perasa ..biarkan sekejap..
>>Akhirnya masukkan kacang bendi & kedua lada..biarkan sampai semuanya masak boleh lah di angkat/sejukkan dan hidangkan..
>>Kepekatan kuah terpulang citara masing masing..
Nota :-
~Kalau ikut citarasa izzah..masakan ni tidak sesuai menggunakan kentang,nanti akan hilang kemanisan udang..sebab fungsi kentang itu sendiri meresap apa yg ada dalam masakan tu..jika tiada sayuran kita boleh gantikan dengan lobak merah~



Wednesday, 26 June 2013

LEMAK KUNING LABU

SALAM 18 SYA'ABAN..
Izzah nak N3kan menu kesukaan izah yg izzah masak semalam..'LEMAK KUNING LABU'..izzah ni penggemar LABU..x kiralah dimasak apa sekalipun tetap layan dgn sepenuhnya..hihi..
Sedap kan makan nasi panas2 dgn lauk ni berserta ikan kering goreng dan sambal..tak kiralah apa2 sambal pun..kalau ikutkan selera tekak..mau sebelah piuk nasi boleh habis..tp kena fikirkan buruknya juga..so kena berpada la..
Bahan izzah guna senang je..campak2 je mana ada kt dapur..xyah adakan yg xde..
Bahan2nya :-
1/2 biji labu punggi(labu kuning)-buang kulit,potong dadu
1/2 biji kelapa-jadikan 1 mangkuk sedang santan
2 biji lada merah
2 biji lada hijau
(belah dua )
2 helai daun kunyit disiat siat-izzah x buh sbb xde stock
1 batang serai-diketuk
Bahan kisar :-
2 cm halia
1 cm kunyit hidup
1 sudu teh serbuk kunyit
5 biji bawang kecil @1 biji besar bawang besar
1 ulas bawang putih
(blend hancur semua bahan diatas)
1 genggam ikan bilis yg dah disiang bersih-basuh,toskan & tumbuk kasar
Garam,gula & sedikit perasa
Cara2nya :-
>>Satukan santan dengan serai & bahan kisar ke dalam periuk..jerang sekejap
>>Masukkan labu & ikan bilis tumbuk berserta daun kunyit(jika ada)..kacau sehingga kuah mendidih.
>>Kecilkan api,masukkan lada,garam,gula & s.perasa..masak lah sehingga labu empuk.
>>Siapppp..sedia untuk dihidangkan.
NOTA :
**Masak labu ni juga sedap di masukkan udang..nt kuahnya jd lebih manis**


Friday, 21 June 2013

NASIK MANIS BERAS GORENG

ASSALAMUALAIKUM
Lama sungguh x N3kan apa2 kt blog kecilku ini..bukan xnak tp masa tidak mengizinkan
tapi hari ni izzah terbuat 'nasik manis' @ wajik kata orang jowo..tp nasik manis ni kelantan style,malah rasanya mungkin berlainan cara dgn wajik johor..
resepi ini adalah temurun dari orang2 kelantan dulu dulu..izzah buat cara izzah..mudah & cepat disediakan
so tataplah resepinya ya..
Bahan2 utama :-
1 mangkuk kecil beras pulut
(Basuh bersih,toskan..sangaikan atas api kecil sehingga beras berderai{tp jgn perang}so api kena jaga betul2-izzah buat sehari sebelumnya)
Bahan Asas :-
1/2 kg beras pulut-(basuh bersih..toskan)
1 biji kelapa-(jadikan santan pekat)
3 biji nise-(gula merah kelantan)*
3 sudu makan @ 1 senduk kecil gula pasir*
2 cawan air*
(satukan bahan * kedalam 1 periuk..masak sehingga gula hancur)
(Bagi yg suka manis..sesuaikan sendiri kemanisannya)
1 sudu teh garam
2-3 helai daun pandan-(siat2kan)
Cara2nya :-
-Penuhkan lebih setengah air dalam periuk pengukus..masukkan daun pandan yg disiat..tutup pengukus & biarkan sehingga air mendidih.
-sementara itu masukkan pulut kedalam rak pengukus..bila air dah mendidih..kukus pulut sehingga berwap.
keluarkan dan biarkan seketika.
-Tapiskan air gula tadi ke dalam kuali besar..tamabh air dalam 2 cawan..masukkan pulut,kacau sehingga rata.
-Tapiskan santan ke dalam pulut berserta dgn garam..dengan api sederhana kacaulah pulut sehingga kental & berkilat.
-Akhir sekali masukkan beras sangai..gaulkan rata rata..matikan api..masukkan kedalam loyang @ dulang..sejukkan.
-Setelah nasik betul2 sejuk barulah dipotong @ dibentuk mengikut suka..Siappppppp
***yg menciptakan kelainannya adalah beras gorengnya..bila kita makan terasa keriuk2 berasnya..tu yg sedappp*** 


Monday, 10 June 2013

AGAR AGAR JAGUNG

ASSALAMUALAIKUM
SALAM SYAABAN BUAT SEMUA..
Izzah nak N3kan 1 lagi resepi penyejuk tekak yg izzah buat siang tadi..AGAR AGAR JAGUNG
Izzah sekarang sedang alami sakit gigi yg agak teruk juga..so yg dapat layanz hanyalah makanan yg lembut2 je..sbb tu terajin nak membuat agar2 ni..hehe
Resepinya verry the simple..so izzah tempekkan kt bawah ni
Bahan Bahannya:-
1 tin jagung krim dalam tin
(blend hancur & tapiskan)
20 gm serbuk agar agar
3/4 cawan gula pasir
7 gelas air
1 tin susu cair
1/4 sudu kfc garam
2-4 titik pewarna merah ros
Cara Caranya:-
Jerang agar2,air & gula sehingga gula hancur.
Masukkan susu,garam,pewarna merah & jagung blender..kacau sehingga sebati.
Sediakan acuan @ loyang..masukkan ke dalam bekas berisi air.
Tuangkan agar2 kedalam acuan@loyang..sejukkan sehingga beku.
Untuk makan sejuk,masukkan agar agar ke dalam peti ais.
Setelah betul2 sejuk baru la dipotong dan dihidangkan.
Nota:
Maaf pic kurang memuaskan..maklum guna phone je..murah lak tu..

Sunday, 9 June 2013

MINI POPIA HOMEMADE

ASSALAMUALAIKUM
SALAM HUJUNG MINGGU..
Hari ini izzah nak kongsikan snek kudapan hujung minggu yg izzah buat untuk keluarga iaitu MINI POPIA INTI SERUNDING IKAN..Permintaan anak yg dah berkurun memintanya..
Nak membuatnya tidak lah menggunakan banyak bahan..sekadar sediakan kulit popiah,inti serunding(ikut citarasa,nak daging,ayam,udang @ ikan)..izzah just gunakan ikan je,sebab tu je yg ada dalam simpanan,bancuhan tepung gandum(untuk gam) dan minyak masak yg banyak untuk menggoreng..tp rumit & lenguh pinggang je nak sudahkan nya nak2 takde sape membantu.
Namun dalam gitu2 siap juga 1 bungkus kulit popiah tu menjadi mini popianya..hehe
berangan,lps ni nak buat popia nestum lak..tp entah bila la menjadinya..asyik dililit duri 'M' je manjang..nak2 gigi lak asyik buat hal..huhuhu..apapun layanzz la mini popia ni dulu..
NOTA @ TIPS:-
~~Untuk menghasilkan mini popia yg rangup & sedap..semasa membuatnya,pastikan kulitnya dipotong siap2 pada 4 bahagian,letakkan dalam dulang..basahkan sehelai kain cotton,tutupkan atas kulit tadi..keluarkan sedikit sedikit supaya kulit tetap kekal lembap..agar senang dibentuk dan akan melekat elok~~