Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Tuesday 24 April 2012

BENGKANG CRACKERS

                      >ASSALAMUALAIKUM<
Sudah lama x N3kan apa2 kt blog..So ari ni nak tayang la resepi yg izzah buat minggu lepas iaitu BENGKANG CRACKERS.....rasanya sedap lemak manis ......
Rasanya lau nak di comparekan bengkang crackers ni dgn bengkang roti,izzah lebih suka yg ni,tak berapa sangat lemaknya,coz izzah guna susu cair gantikan santan....

Kat bawah ni ada izzah letak resepinya,...
Cubalah pada kawan2 yg sudi........
BAHAN-BAHAN;-
(A)
20 keping biskut cream crackers
10 keping biskut marie
1 tin susu cair
>(hancurkan biskut,rendam dalam susu sehingga kembang)
(B)
1 biji telur
4 camb gula perang
2 camb susu pekat manis(jika suka manis add la sendiri sesedap rasa)
1 camb butter(panaskan)
1/2 camt garam
>(pukul sedikit dgn garpu semua bahan diatas bagi rata semuanya)
CARA-CARA;-
  1. Lanserkan acuan dengan sedikit marjerin.sementara itu panaskan oven selama 10 minit.
  2. Masukkan bahan B ke dalam mangkuk bahan A..kacau sehingga semuanya bergaul rata.
  3. Masukkan ke dalam acuan @ loyang yg telah disapu marjerin tadi.
  4. Bakar selama 40 minit @ sehingga masak pada suhu 160'C @ ikut kepanasan suhu oven masing masing.
  5. Jika suka permukaan yg sedikit garing laraskan api atas bawah selama 10-15 minit terakhir. 
{**Izzah masukkan kek coklat yg tak habis dimakan ke dalam bengkang di atas dengan cara dadukan kek,sendukkan dalam 2 senduk dulu adunan,lapiskan taburan kek dadu tadi,tutup dgn 2 senduk lagi adunan,tabur lagi kek,akhir sekali barulah di tuang semua adunan barulah di bakar**}