Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Thursday 11 April 2013

Kari Kering Ayam Kampung Dengan Ubi Itik Sri Tasek

Assalamualaikum
Salam khamis untuk semua..
Sudah lama benar tidak kemari untuk meng N3kan apa2..bukan malas,tp kesihatan kurang mengizinkan..
Baru selesai menjalani pembedahan pada 26.3.2013..Alhamdulillah sudah beransur baik dan masih diberi kesempatan untuk berkongsi resepi ringkas izzah disini..
Hari ini..buat pertama kalinya dapur rumah berasap setelah sekian lama sejuk dingin sahaja..masakan yg nak izzah share kan hari ini adalah hasil kerjasama denga lovely hubby..dia buat,izzah cuma jadi tukang arah saje..kami masak kari kering ayam kampung dengan ubi itik..sejenis ubi yg terdapat di negeri kelahiran izzah..kelantan..rasanya sedap,lemak seakan kentang juga..pada kawan2 yg kenal dgn ubi ini,boleh la mencuba resepi izzah ini..mudah je..
Tak nak la celoteh lama2..badan masih lemah lagi,so dibawah ini izzah tempekkan resepinya

Bahan-Bahan:-
Bahan A:-
1 ekor ayam kampung-belah 4 @ 12(basuh bersih rebus hingga separuh empuk)
4 biji ubi itik-Rebus ubi dalam periuk berlainan sehingga empuk..toskan.
2 sudu besar lada mesin
3 sudu besar rempah kari daging-Jadikan pes
1 mangkuk santan pekat dari 1 biji kelapa
1 mangkuk santan cair-(setelah mendapat santan pekat,perah lagi untuk dapatkan santan cair ini)
1 keping asam gelugur @ keping
¼ keping nise(sejenis gula merah dari Kelantan)
Bahan B:-(untuk menumis)
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5-7 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga
4 ulas bawang merah-mayang nipis
2 biji bawang putih-mayang nipis
4 cm halia-mayang nipis
Bahan C:- (diblend)
1 biji buah keras-blend kering hingga hancur
1 biji bawang besar-blend biasa hingga hancur
Bahan sampingan:-
Garam,gula,& sedikit serbuk perasa
(gula putih tu sedikit saja sebab dah ada nise..kalau x letak pun  xpe)
Sedikit  minyak untuk menumis
Cara caranya:-
>>Toskan ayam yg telah direbus.
>>Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan menumis hingga naik bau.
>>Masukkan lada mesin dan kedua bahan blend..kacau hingga garing..Masukkan pula pes kari,kacau hingga rempah pecah minyak.
>>Masukkan ayam,santan cair dan asam keping..gaul hingga rata dan kuah pekat.
>>Masukkan santan pekat,garam ,nise,gula(jika suka) dan serbuk perasa..kacau  hingga sebati..biarkan hingga kuah pekat.
>>Akhir sekali,masukkan ubi itik yg telah direbus tadi..kacau hingga semuanya bersalut rempah..biarkan kuah pekat & kering barulah dimatikan api..sejukkan dan hidangkan dengan nasi putih @ dimakan dengan ketupat nasi pun sedapppp...
**Ubi itik adalah sejenis ubi yang terdapat di negeri Kelantan..isinya putih dan kecik2 je**