Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Tuesday, 4 December 2012

PETAI JERUK

SEBUT PASAL PETAI JERUK NI ..BEGITU BANYAK KENANGAN PAHIT MANIS TERPAHAT DI MEMORI..
TERINGAT MASA KECIL2 DULU..SERING AYAH KE HUTAN MENCARI "PETAI HUTAN"..BAWAK BALIK...MAK BERJAJA KELILING KAMPUNG MENJUAL PETAI..JIKA TAK HABIS MAK REBUS JADIKAN JERUK..BERBOTOL BOTOL..KDG2 BERTAHUN TAK HABIS MAKAN..SEDAP BETUL LAWN DENGAN NASI PANAS DAN IKAN KERING @ PEKASAM GORENG..
SELAIN NASI..JERUK PETAI INI JUGA SEDAP DINIKMATI DENGAN REBUSAN UBI,KELEDEK &KELADI  BERSULAMKAN IKAN KERING GORENG..SEBUT JE SEMUA TU KENCUR LIURRRRR..HEHE..DAH ITU MAKANAN KAMI ANAK KAMPUNG...TIADA PIZZA,KFC,MC'D MENEMANI SANTAPAN KAMI..HANYALAH JUADAH RINGKAS INI YG MAMPU KAMI NIKMATI..NAMUN KAMI TAK PERNAH MERUNGUT..MALAH KAMI BANGGA DENGAN MAKANAN RUTIN KAMI..WARISAN NENEK MOYANG KAMI..
DIBAWAH INI IZZAH KONGSIKAN DENGAN KAWAN2 CARA2 PEMBUATAN 'PETAI JERUK' INI..
Bahan dan Cara pembuatan nya:-
1)-Petai (banyak-ikut suka) di rebus@celur separuh masak-buang kulitnya..
2)-Masukkan biji petai ke dalam bekas..
3)-Masukkan air sehingga menutupi biji petai..biarkan semalaman
4)-Basuh petai bersih2..buangkan segala kekotoran yg ada..toskan hingga tiada air
5)-Masukkan balik ke dalam bekas..gaulkan biji petai dengan garam sehingga bergaul mesra dan secukup rasa(biar masin sedikit..ini bg mengelakkan petai cepat rosak)
6)-Perapkan dalam 3-4 jam..
7)-Masukkan dalam botol yg sesuai..
8)-Masukkan air suam sehingga menutupi biji petai tadi..tambah lagi sedikit garam(se eloknya guna garam kasar dalam 1 sudu kecil)
9)-Tutup kemas2 dalam 2 hari..buka dan kacau2 kan supaya bergaul rata..tutup semula.
10)-Dalam 3-5 hari jeruk dah boleh dimakan..
11)-Untuk tahan lama..sebulan sekali tukar air garamnya(jika petainya banyak)
12)-Untuk menukar airnya buat seperti no 8 & 9(tp x perlu tambah lagi garamnya)
13)-Seeloknya masukkan dalam peti sejuk barulah kualitinya tak terjejas..jika kena buatannya boleh tahan berbulan malah bertahun..
NOTA:- 
**SEMOGA KAWAN2 DAPAT MENGENALI LEBIH DEKAT LAGI DGN MAKANAN KESUKAAN IZZAH DARI KECIL SEHINGGA SEKARANG..ANAK KAMPUNG KU ANAK KAMPUNG TIDAK TERPADAM YA YA YA YA..HEHE**



3 ulasan:

zieyla said...

Cili api letak masa bila? Waktu nak makan atau masa menjeruk?

Izzah Azie{Kelantan} said...

Puan zieyla said...
Cili api dimakan semasa menghidang ya..jgn masukkan dalam petai jeruk nt rosak petai

esmerelda q-late said...

BAGUS SANGAT PUAN IZZAH, MAKANAN KAMPUNG, MENYIHATKAN, BANDING MAKANAN DIBANDAR YANG SEGERA2 NI, SEPERTI KFC, MCD, PIZZA N ELSE ... SUAMI SAYA ORANG KAMPUNG, SIHAT SELALU JE DIA.

Post a Comment