Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Tuesday 9 August 2011

KUIH SAGU MATA IKAN

 Assalamualaikum
 >>hai kawan2...apa cer ari ni,bizi ke ngan anak2..maklum sekolah cuti,ank2 semua kt rumah,yg dok kt asrama pun ttunya balik juga,so berdouble2 la kebiziannya kan...yg paling ketara bab masak la....apa x nya semua request yg best2 aje...tp izzah,ank dah mmg dok ngan kite so x terasa la sgt suasana tu.... tp ari ni teringin la plak nk mkn 'kuih sagu mata ikan'so buatla 1 loyang...jamu famly di hujung minggu....jom kita layan.....
>>Ha kawan2...ini lah 'kuih sagu mata ikan' izzah....biasa buat kaler merah je,tp la ni,dpt idea dari seorang kwn fb juga iaitu kak kam..tgk dia buat warna hijau,nampak menarik pula..so izzah try buat warna hijau...ternyata bau dia lagi wangi dari yg merah..coz izah guna paste asli daun pandan.....jom kita intai resepinya.......

BAHAN-BAHAN:-
2 cawan sagu biji mata ikan* (basuh bersih,toskan airnya)
3/4 cawan gula perang*
2 cawan air*
3 helai daun pandan* (basuh bersih,hiris kasar & blend dengan sedikit air biar pekat,tapis & ambil jusnya)
1/4 penutup pewarna hijau*
kelapa putih parut + sedikit garam(gaul rata2,masukkan dlm loyang,kukus sekejap,elak dari cpt basi)
2 helai daun pandan(koyak koyakkan,masukkan dlm air kukusan)
CARA-CARA:-
Jerang pengukus sehingga mendidih.
  1. Masukkan bahan bertanda* dalam 1 mangkuk,gaulkan hingga rata.
  2. Jerang bahan2 diatas api sederhana sehingga separuh masak.
  3. Masukkan pula ke dalam loyang yg telah di sapu sedikit minyak.
  4. kukus lah selama 30-40 minit @ sehingga kuih betul2 masak.Sejukkan.
  5. Potong kuih dan golek golekkan dalam kelapa yg telah di kukus sedikit tadi.
  6. Sedap di nikmati semasa minum pagi @ minum petang......
 >>Kuih sagu mata ikan yg baru dikeluarkan dari pengukus,lihat warna hijaunya yg cantik,meleleh liur..xpe jap lg dah gaul ngan kelapa,boleh la di ngap....hehehe.....
**Hari ini kamis {09/02/2012} izzah buat lagi kuih sagu mata ikan ni tp versi biasa iaitu merah..juadah ni izah buat tuk hidangan berbuka puasa sunat kamis...enak sangat**

0 ulasan:

Post a Comment