Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Sunday 14 August 2011

NASI AYAM PENYET

                          ~~Assalamualaikum~~
>Salam pagi isnin pada kawan2....hari ni izah nak n3kan 1 resepi kegemaran keluarga izzah,iaitu 'nasi ayam penyet'.....tp izah buat x berapa nak lengkap,maklum pestime buat...ni juadah berbuka keluarga izzah yang semalam punya,tapi tenet asyik buat hal je,sekarang baru boleh publishkan....
>Ayam penyet ni,kesedapannya terletak tang sambalnya,lau kurang pada sambalnya,maka cacat lah pada masakan tu..izzah belajar resepi sambal ni dgn org restoran gak,bagi izzah rasanya dah ok,x tau la lau kawan2 ada yg lebih baik lg,boleh kita kongsi bersama.....
>Ayam ni kalau diperap lagi lama lagi sedap,biar semua rempahnya betul2 mesra dan meresap ke isinya....
>Tang sup pula,izzah ikut cara buat sup nasi ayam...sup O kata org...ayamnya pula izzah buat ayam goreng berempah,lau kt kedai tu ayam gorengnya biasa je cam ayam goreng kunyit je....ini la resepinya style izzah.....
Bahan-Bahanya;-
>>Nasi putih secukupnya untuk keluarga<<
{A}>>Bahan Untuk Sup:-
  • 4 biji bawang merah>mayang nipis2
  • 2 ulas bawang putih>mayang nipi2
  • 2 cm halia muda>mayang nipis2
  • 2 batang kecil kulit kayu manis*
  • 2 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 6-7 biji bunga cengkih*
  • 1 biji bunga sireh*
  • 1/2 cm lada hitam*
  • 2 biji kentang>potong kiub
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 liter air
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam,gula,sedikit serbuk perasa & serbuk lada sulah
  • Minyak nutrel untuk menumis
  • Daun sup+daun bawang>hiris2 untuk tabur atas sup{izzah x tabur,coz ank x suka}
  • Bawang goreng>juga untuk tabur atas sup
Cara-Caranya;-
  1. Panaskan minyak dlm periuk,tumiskan set bawang2 dulu hingga kuning.
  2. Masukkan semua bahan bertanda * kacau hingga wangi.
  3. Masukkan air,kentang & sup bunjut.
  4. Biarkan kuah mendidih,masukkan garam,gula & serbuk perasa.
  5. Akhir sekali perahkan asam limau kasturi.
  6. Biarkan dahulu,setelah nak menghidang barulah di masukkan daun2 & bawang goreng.
{B}>>Bahan Untuk Ayam:-
  • 1 ekor ayam>belah 4,rendam dgn sedikit tepung gandum+limau nipis
  • 3 batang serai*
  • 1 cm kunyit hidup*
  • 1 camt kunyit serbuk*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 camt ketumbar biji*
  • 1 camt jintan manis*
  • 1 camb madu*
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam & sedikit serbuk perasa 
 Cara-Caranya;-
  1. Blend hingga hancur semua bahan,lumurkan pada ayam,perahkan limau kasturi,masukkan juga garam,sedikit gula & serbuk perasa.
  2. Perapkan selama 5-6 jam>izzah perap dari kul 11 pg hingga 6 ptg
  3. Goreng ayam dlm periuk dgn menggunakan minyak yg banyak.
  4. Goreng hingga masak dengan api sederhana{jgn guna api yg kuat,nt ayam x masak sekata}
  5. Setelah ayam masak,angkat & toskan minyaknya betul2.
  6. Letak ayam diatas papan pemotong daging,dengan menggunakan pisau pemotong daging @ ayam,penyek2 kan ayam.ketepikan.

{C}>>Bahan Untuk Sambal:-
  • 10 biji cili api>campuran merah hijau{boleh krgkan jika x suka pedas}
  • 2 biji lada hidup hijau
  • 2 biji lada hidup merah
  • 1 camb penuh belacan
  • 7 ulas kecil bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • Garam,gula merah,gula pasir & s.perasa
  • 2 batang serai>ketuk hancur
  • Minyak untuk menumis
 Cara-Caranya;-(Ada dua langkah)
(Pertama)
  1. Blend semua bahan,kecuali serai & minyak masak.
  2. Panaskan minyak dalam kuali,masukkan bahan blend & serai.
  3. Masukkan garam,gula merah,gula pasir & sedikit s.perasa.
  4. Kacau sehingga pecah minyak.
  5. Dah sebati semuanya,boleh lah di angkat.
(Kedua)

  1. Panaskan sedikit minyak..goreng semua bahan(kecuali serai)sehingga semua empuk.
  2. Blend semuanya dengan blender kering hingga lumat.
  3. Masukkan garam,gula,gula merah dan serbuk perasa.
  4. jika suka masam perahkan sebelah limau kasturi ke dalamnya
  5. Sambal sedia di hidangkan.

{D}>>Bahan Untuk Sampingan:-
  • 5 keping tempe>hiris dlm 2 cm,basuh,gaul sedikit garam+s.kunyit{goreng hingga garing}
  • 4 keping tauhu> slices dlm 3 cm,goreng hingga garing
  • 1 ikat daun ulam raja>basuh bersih,toskan
  • 1 ikat kacang panjang>potong dlm 6 cm,basuh bersih,toskan
  • 1 biji timun>potong 6 cm,belah 4{jgn buang kulitnya}
  • 1 kelopak daun salad kobis{sayangnya umah izzah xde so x taruk la}
Cara-Cara Menghidangnya;-
**Hidanglah semua bahan dengan nasi putih biasa.Seperti kita menyediakan hidangan nasi ayam**
    >Nasi ayam penyet ni mmg sesuai untuk masa berbuka,ia membangkitkan selera kita....
    **Jadi,pada kawan2 yg suka ingin mencuba resepi ini,silakan la...dan pada yg lebih arif lg,izzah mohon share la dgn kami semua resepi kawan2.....**

    0 ulasan:

    Post a Comment