Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Thursday 29 March 2012

KEK COKLAT KUKUS SOS BLUEBARRY

Assalamualaikum
~Punya lah malasnya nk menaip...kawan2 minta resepi itu ini..tp izzah masih x N3kan..sian kawan2..maaf ye..entah kenapa kebelakangan ni malas sangat jenguk blog..apalagi nk n3kan apa2.. dah banyak resepi izzah biarkan gitu je....
~Tapi malam ni nak x nak kena juga buat...lau di tangguhkan alamatnya pakai tak buat langsung la..
~Dah malas lg nak celoteh,tengok je la resepinya kt bawah ye...maaf la xde mood ni...
~kita intai resepinya....
BAHAN;-
1 buku buttercup(250 gm)
2 cawan gula halus(tidak suka manis kurangkan sukatannya)
6 biji telur
1 cawan koko serbuk di masak bersama
1 cawan air(sejukkan).
1 camt esen vanilla
21/2 cawan tepung kek blue key.
CARA;-
1).Pukul butter dgn gula sehingga kembang.
2).Masukkkan telur 1 persatu sambil dipukul.
3).masukkan tepung sedikit sedikit hingga habis.pukul lg hingga rata.
4).Masukkan koko yg telah sejuk tadi dan esen vanilla.pukul hingga adunan bergaul mesra.Masukkan adunan ke dalam loyang.
6).Panaskan air dalam kukusan hingga mendidih,kukus kek selama 1 jam.
7).Sementara menunggu kek sejuk sedikit..buatkan filling/topping bluebarrynya dahulu.
8).Setelah siap sos blueberry..curahkan keatas kek hingga rata.
9).Sedia tuk di nikmatiiiiiiiiii..hehehe
FILLING/TOPPING SOS BLUEBARRY
Bahan2nya:-
1 cawan jem blueberry
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
4 sudu makan air panas
Cara2nya:-
-Masukkan jem kedalam mangkuk,masukkan air panas.kacau sehingga pekat.
-Jika filling agak cair,tambahkan bancuhan tepung jagung,(jgn terlalu pekat)agak2 sendiri la.
-Setelah cukup pekatnya boleh la dicurahkan ke atas kek.
  ~~Jika suka cara bakar,boleh di bakar..pastikan oven di panaskan terlebih dahulu selama 10 minit..guna suhu 160'c...bakar kek selama 40 minit @ sehingga masak(ikut kepanasan oven masing2)~~

Thursday 22 March 2012

KETUPAT SOTONG

                        ASSALAMUALAIKUM
Hari ini ada aura "R" sikit melanda dapurku...so terhasil lah satu satunya resepi yg dah lama izzah idam idam kan..KETUPAT SOTONG..sejenis makanan agak popular di negeri cik siti wan kembang (kelantan le)..

Tapi izzah buatnya dah agak terlewat sedikit..so uploadnya pun lewat la..papun belum siap upload lg makanannya dah tinggal kuah je..maklum,dah lama x buat..so anak pun taram x hengat la..xpe janji hati puas...
 Resepinya main agak2 je..maklum resepi turun temurun..Arwah mak buat x pernah sukat2..so izzah pun bedal je la..ni izzah bg pun agak2 aje tau..pandai2 la adjust sendiri ye....hehehe
Bahan2nya:-
1/2 kilo sotong sederhana besar >(ala izzah dpt 5 ekor je)
1 cawan beras pulut
Sedikit santan cair>(untuk tanak pulut)
2 cawan santan sederhana pekat >(untuk kuah)
1 ketul kecil gula melaka>(nak cepat hancur hiris nipis2 dulu baru masukkan dalam periuk kuah)

Sedikit garam
Gula secukupnya 

2 helai daun pandan >(simpul kemas2) 
Beberapa batang lidi>(ikut sotong le-tajamkan ujungnya-nk senang lg guna je pencungkil gigi yg tebal tu)
Cara2nya:-
-Bersihkan beras pulut. Rendam selama 30 minit. Toskan beras.
-Masukkan beras kedalam rice cooker..masukkan santan cair dengan sedikit garam separas pulut..tanak hingga pulut masak.sejukkan.
-Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
-Isikan pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. 

-Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut.
- Masukkan dan susun sotong dalam periuk yang ada santan.
 -Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
-Sesuaikan rasa lemak manisnya mengikut citarasa.
-Setelah kuah benar2 pekat,tutup api,sejukkan & hidangkan.

-Jika ada lebihan pulut,boleh la dimasukkan kedalam kuah & di makan dgn ketupat sotong..
>>Sesetengah resepi,beras pulut tu x perlu di tanak terlebih dahulu,masukkan je terus dalam sotong,tapi izzah lebih suka tanak dulu sedikit,nt pulutnya boleh dimakan dengan kuah jika x habis digunakan..Terpulang citarasa masing2<<

Wednesday 21 March 2012

LENGKONG JAGUNG

                              ~assalamualaikum~
Dah lama blog terbiar x berusik..mood menulis xde..nak2 dgn line yg terkemut2 cam kekure ni..
Lengkong Jagung ni pun dah lama di buat tapi malas nak mengN3kan nya..peruk je dlm document..
Tiba tiba mlm ni jd terajin sikit..so jadilah N3 ni..hehe....
Bahan2 Lengkong yg izzah buat ni verry the simple,cekup2 campak dah jadi......
 Ni hah Resepinya..

BAHAN-BAHANNYA:-
10 gm agar agar serbuk
700 ml campuran susu cair (1 tin)& air
1 tin jagung dalam tin di campur dengan
150 ml air-(blend hancur)
5 sudu  makan gula pasir
Sedikit garam
2 helai daun pandan yg disimpul kemas
Sedikit pewarna hijau & kuning
CARA-CARA:-
·         Satukan 700 ml campuran susu cair & air tadi kedalam periuk bersama sama dengan serbuk agar2 & gula pasir.
·         Masukkan juga simpulan daun pandan.
·         Masak sehingga agar2 & gula larut.
·         Masukkan jagung yg telah diblender.
·         Setelah agar2 tidak berketul lagi,keluarkan dalam 1 senduk agar2,buhkan pewarna hijau.kacau hingga sebati.
·         Letak acuan yg berbentuk jagung ke dalam Loyang yg berisi air sejuk.
·         Dengan menggunakan sudu kecil,sudukan sedikit2 adunan kedalam bentuk kelopak kulit jagung(hati2 jgn sampai terkeluar nt x cantik).isikan pada kesemua kelopak.
·         Masukkan pewarna kuning kedalam agar2 di dalam periuk.
·         Perlahan lahan tuangkan kedalam acuan sehingga habis.
·         Sejukkan di luar sekejap.masukkan pula dalam peti sejuk,biarkan sehingga sejuk.
·         Tunggu sehingga lengkong benar2 sejuk baru terbalikkan dan bersedia di potong dan boleh lah di ngappppppp.
~ ~Lengkong jagung ni sesuai juga digunakan dgn apa2 acuan pun,tidak semestinya acuan berbentuk jagung~



Thursday 1 March 2012

PUDING KOKTAIL BUAH BUAHAN

                  ~~Assalamualaikum~~
Dipagi jumaat yg mulia ini mood meng n3 kan resepi yg dah sepekan terperuk datang dengan tiba2..jd x boleh dilengahkan..jika tidak alamatnya berlama lg la baru di n3kan semula...
Resepi ini asalnya dari kawan fb juga iaitu Puan Zuraini Alias..tp izzah dapatkannya dari Puan Rabiatul Mohammad..izzah olah & derhakakan mengikut citarasa sendiri..malah resepi asalnya adalah 'JELLY KAREMEL BUAH2AN'..Tp izzah x guna karemelnya so izzah tukarkan namanya kepada 'PUDING KOKTAIL BUAH2AN'..Apapun terima kasih pada mereka berdua kerna memberi ilham pada izzah..sekarang izah akan copypaste kt sini pula untuk berkongsi dgn kawan2....
BAHAN2NYA:-
10 gm serbuk jelly @ agar2
400 ml susu cair
450 ml campuran air buah2an dgn air masak biasa
3/4 cawan gula
11/2 cawan tepung custard>(izzah buh 3/4 cawan je)
1 sudu kecil vanilla
1/2 tin buah buahan dalam tin(koktail)
CARA2NYA:-
*Masak jelly @ agar2 seperti biasa dengan 450 ml campuran air buah2an tadi.
*Masukkan gula,susu cair dan bancuhan tepung custard..kacau sehingga semuanya hancur.
*Masukkan buah buahan kedalam acuan.
*Tuangkan jelly @ agar2 tadi ke dalamnya.
*Biarkan betul2 sejuk dahulu baru dikeluarkan dari acuan..
*Jika suka hidangkan puding dengan sos kastard.
                     **Puding ini juga sedap di hidangkan dengan ais kiub..sejukk je**


ROJAK MAMAK VERSI MELAYU

                   ~ASSALAMUALAIKUM~
**Bila sebut pasal rojak..ramai sudah tahu membuatnya..dgn bermacam variasi..ikut selera tekak masing2..x ketinggalan juga izzah..ia adalah salah satu menu kesukaan tuk di nikmati waktu santai bersama keluarga..nak2 wekend..lau xde aktiviti lain..
**izzah jenis kurang gemar memasukkan mee kuning ke dalam rojak..rasa cam x feel je..hehe..so setiap kali membuatnya izzah x pernah addkan nya..nt membazir,coz xde yg makan..so rojak izzah kali ni verry the simple ingredients...semua citara my hero....
**So inilah bahan2nya...Bermula dgn bahan untuk kuahnya dahulu..
BAHAN2NYA:-
Bahan A: (untuk kuah)
4 biji kentang>(Buang kulit rebus hingga empuk-nak cpt empuk,belah 4 dulu baru rebus)
1/2 cawan gajus>(Sangai sekejap)
1/2 cawan kacang tanah>(Goreng dgn sedikit minyak)
(Blend dgn air semua bahan di atas hingga hancur)
2 sudu makan bawang merah mesin
3-4 sudu makan lada kering mesin>(jika nak pedas lagi addkan sedikit lagi ladanya)
1/2 cawan gula merah
1 sudu makan gula pasir
2 sudu teh garam
 CARA2NYA:-
  • Satukan semua bahan dalam satu periuk besar.
  • Addkan sebanyak mana air untuk kuahnya mengikut citarasa-(jika izzah..suka bykkan dulu air,biar ia pekat sedikit2 sehingga kepada kepekatan yg kita mahu..ini akan mengenakkan lagi rasa kuah)
  • Jerang kuah sehingga mendidih,baru masukkan gula merah,gula pasir & garam..biarkan kuah pekat barulah di matikan api.(Perlu diingatkan..kerapkan mengacau kuah supaya tidak membuak & tertumpah)
  • Sejukkan & sediakan bahan sampingannya...
Bahan B:(untuk bahan sampingannya)
Cucur bijan:-(izzah x sempat buat,coz kesuntukan masa)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu teh baking powder>(Serbuk penaik)
3 sudu makan bijan
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning (jika suka)
Cara2nya:-
  • kacau gula & garam didalam satu cawan air panas.
  • Masukkan kedua tepung & serbuk penaik ke dalam 1 mangkuk.
  • Curahkan air garam tadi kedalamnya..addkan lagi air masak biasa,bancuhkan sehingga menjadi seperti kita membuat cekodok biasa.
  • Akhir sekali addkan bijan..perap selama 1 jam baru lah di goreng hingga habis.
  • Ketepikan.
  • (Boleh juga buatkan cucur sayur,udang & cucur kosong biasa)
4 keping fishcake(kek ikan)
4 keping chicken cake(kek ayam)
4 keping tauhu>(goreng biasa dahulu)
4 keping tempe
4 keping fishfillet(fillet ikan)
12 biji fish ball(bebola ikan)
4 biji vegeball(bebola sayuran)
4-5 biji kentang>(buang kulit..rebus dulu sehingga empuk-jgn terlalu empuk)
3-4 biji telur rebus
(boleh juga guna bahan sampingan mengikut catarasa sendiri-yg izzah tulis ni bahan yg izzah guna)
1 biji timun batang@sayur>(jgn buang kulit,basuh bersih2 & dihiris ikut citarasa)
4-5 biji lada hijau hidup>(hiris2 setebal 1 cm)
Bahan C:(untuk tepung gorengannya)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
sedikit bijan (jika suka-izzah x letak pun habis stock)
Garam & sedikit gula
  Cara2nya:-
  • Bancuhkan semua bahan seperti membuat bancuhan goreng pisang.
  • Panaskan kuali..goreng semua bahan * diatas sehingga masak.
  • Sejukkan & hidangkan bersama kuah,timun & lada hijau.
  • Selamat menjamu selera....