Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Wednesday 28 December 2011

KARI KERISIK AYAM KAMPUNG

 ~~assalamualaikum wbt~~
>izzah nak n3kan menu hidangan keluarga izzah tuk hari ni..izzah buatkan khas tuk makan dengan lempeng kelapa...tp terlanjur dah msk lebih,boleh jadikan menu tambahan tuk lunch @ dinner izzah sekeluarga ptg nanti..
>rumah izzah jarang makan tengahari tpt timenya...biasanya kami makan sekali sehari je..dlm area kul 5-6 pm(ptg) izzah akan makan dulu tuk lunch merangkap dinner sekali..hubby & anak akan makan malamnya...sebab izzah x makan malam...
Bahan-bahan;-
1 ekor ayam kampung muda-potong 12
1 biji kelapa-jadikan 2 mangkuk santan
{1 mangkuk santan pekat...1 mangkuk lagi santan cair}
2 sudu makan kerisik
2 sudu makan lada mesin
4 sudu makan rempah kari
4 tangkai daun kari
Bahan tumis;-
5 biji bawang kecil-di mayang
2 ulas bawang putih-di mayang
2 cm halia- dimayang nipis memanjang
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu teh cengkih
1 sudu teh lada hitam
Bahan sampingan;-
4 biji kentang –di belah 4
1 keping asam gelugur@keping@ 1 sudu makan air asam jawa(jgn terlalu pekat)
Garam.gula merah,gula pasir & perasa.
Minyak untuk menumis & sedikit air.
Cara-caranya;-
·       Siang bersih ayam,gaulkan sedikit garam...goreng sehingga separuh masak.
·       Panaskan minyak,tumis bahan tumis dahulu,dimulakan dgn bawang putih,bawang merah,halia & barulah masukkan semua rempah ratus.
·       Tumis hingga kekuningan & berbau wangi.
·       Masukkan daun kari,kacau lagi sekejap,barulah masukkan lada mesin.
·       Masukkan bancuhan rempah kari,kacau sehingga pecah minyak.
·       Masukkan ayam goreng berserta sedikit air,kacau2 hingga sebati.biarkan sekejap.
·       Masukkan santan cair dahulu berserta kerisik,asam keeping & kentang.
·       Setelah kuah dah mendidih baru masukkan santan pekat.
·       Masukkan garam,gula merah,gula pasir & perasa.kacau sekejap supaya rempah & santan bergaul rata.
·       Perlahankan api ,biarkan kuah pekat sedikit.masak lah sehingga ayam & kentang benar2 empuk.
·       Rasa garam gulanya,dah cukup semuanya & kuah pun dah elok pekatnya.matikan api.
·       Sejukkan & boleh lah dihidangkan dengan nasi @ lempeng.
·       Izzah hidangkannya dengan lempeng kelapa.
 >sungguh sedap lempeng kelapa di cicah dengan kari ayam kampong ni..nak nak di buat pekat pekat..mablessss<

LEMPENG KELAPA

                   ~~assalamualaikum wbt~~


Salam ceria dipagi kamis ini...
Izzah ingin berkongsi 1 menu tuk sarapan izzah sekeluarga iaitu lempeng kelapa muda...
Aroma kelapanya terbit begitu membangkit kan selera tatkala lempeng ini dibakar...
Nak dapatkan kelapa muda bukannya mudah,sib baik dapat lak hari ni..so izzah lau dgn kelapa tua ni,jrg sgt nk membuat kuih..nak nak cam lempeng ni bkn apa rasanya dah lain...

Tak nak byk ngomel,so izzah nk tulis resepi mudah yg izzah gunakan tuk membuat lempeng kelapa ni...verry the mudah..janji kelapanya kelapa muda........

Bahan-bahannya;-
4 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa muda parut
1 biji telur
1 mug air suam
1 sudu teh garam
Cara-caranya;-
·         Kacau garam di dalam air suam sehingga larut.
·         Masukkan ke dalam blender.Bersama bahan lain blend adunan hingga hancur & tidak berketul.
·         Jika adunan masih terlalu pekat,masukkanlagi air suam sedikit sedikit sehingga adunan sesuai untuk membuat lempeng.
·         Panaskan pan(lau boleh yg non-stick punya la)laserkan dgn sedikit minyak tuk permulaan sahaja.
·         Sendukkan 1 senduk adunan,masukkan dalam pan,ratakan bulat2,tunggu sehingga tepung menjadi sedikit kering,balikkan ke sebelah lagi.
·         Setelah masak,angkat & gulung kemas kemas.buat sehingga habis adunan.
·         Setelah semua siap hidangkan bersama kari ayam @ sambal tumis.
 >>Coce kt luar pun mendung je..makin bertambah enak makan lempeng ni lwn lak dgn air teh kurang manis.......<<


Thursday 22 December 2011

KUIH KOSUI

assalamualaikum 
>>Salam pagi jumaat pada semua kawan kawan...coce kt luar nampaknya agak terang sedikit..tak la hujan je...dapat la keringkan sedikit pakaian yg dah berapa hari di sidai..sambil pantau coce...izzah nak n3kan sarapan pagi yg izzah buat hari ni iaitu...'KUIH KOSUI',,,lama betul izzah x membuatnya..bkn tak de masa tp izzah tak boleh layan sgt kuih2 manis ni atas faktor kesihatan...tp ni teringin sgt nk makan,so izzah buat la..
>>kt bawah ni izzah letak resepinya...semoga ada yg sudi menjengahnya...terima kasih kerna sudi  melihat2 resepi2 kt blog izah........ 
 Bahan-bahannya;-
1 buku kecil gula Melaka
½ cawan gula pasir
800 ml air
(jerang atas api & jadikan air gula,tapis & sejukkan)
2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
1 sudu teh kapur makan>(bancuh dgn sedikit air jadikan ½ cawan,larutkan.
½ cawan air kelapa
Kelapa parut putih + sedikit kelapa..gaul rata & kukus sekejap untuk melembutkannya.
Cara-caranya;-
·    Jerang air dalam pengukus sehingga mendidih.
·    Satukan kedua tepung dalam satu bekas.
·    Masukkan air gula,kacau sehingga sebati.
·    Tapiskan air kapur kedalam adunan,masukkan pula air kelapa,kacau adunan sehingga sebati & tepung tidak berketul.·    Sapu loyang dengan sedikit minyak.tuangkan adunan & kukus selama 45 minit. bila kuih telah masak,angkat & sejukkan.potong kuih,salutkan dengan kelapa putih.Hidangkan.
>>kuih kosui yg telah siap di potong & sedia tuk dihidangkan.

Wednesday 21 December 2011

CHAPATTI

~~ASSALAMUALAIKUM~~
""Boring nya hari ni..perut dah kenyang...baru lepas pekena mehun sup....makan tuk bekpes, merangkap lunch sekali...dah 2 hari tak makan nasi..saje..kurangkan sikit kalori2 yg dah bertimbun kt badan..hahahaha..so dari xde buat apa2 baik izzah n3kan menu bekpes izzah semalam iaitu 'CHAPATTI'..izzah suka roti ni,coz dia x muak bila kita makan,laupun lebih sikit....
 ""Izzah buat kuah dhal + sambal tumis je tuk di makan bersama chapati ni...makan time panas2 izzah boleh habiskan 3 keping.opppss...kata diet..hmmmm...ok izzah tuliskan resepi gaya izzah untuk membuat chapati ni...tp jika kawan2 nak lagi mudah...beli je tpg atta jenama ALAGAPAS..kt situ pun dah ada cara2 memasaknya..lg mudah...
 ""Ha kat bawah ni izzah tempek kan resepi yg izzah selalu guna tuk buat chapatti......
Bahan-bahannya;-
2 cawan tepung ATTA
1 sudu makan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
2 sudu makan minyak sapi @ butter
1 sudu makan minyak>(jika tak suka tak yah masukkan)
1 mug air suam + 1 sudu teh garam>(larutkan)
Cara-caranya;-
1.    Satukan kesemua tepung...gaul hingga rata.
2.    Panaskan butter @ minyak sapi & minyak hingga cair.
3.    Semasa masih panas,curahkan butter dlam tepung.
4.    Dengan cepat,gaulkan tepung dengan senduk tahan panas.Gaul hingga tepung jadi berderai & bila di kepal dia melekat.
5.    Masuk kan air sedikit sedikit sambil di gaul hingga adunan membentuk doh.
6.    Jika adunan sudah terbentuk & air masih ada,jangan di habis kan.
7.    Teruskan menguli sehingga doh lembut.
8.    Basahkan sehelai  towel bersih,tutupkan doh selama 1 jam.
9.    Canaikan doh,bulat bulatkan biarkan sekejap lagi.
10.  Setelah itu baru lah boleh di goreng diatas kuali leper.balik balikkan sehingga chapatti masak.
11.  Hidangkan bersama kuah dhal,kari & sambal tumis.
12.  Makan panas2 mmg sedap...garing je...
 ""Tepung ATTA ALAGAPAS adalah pilihan izzah,coz tepungnya lembut ...""







Al kisah my hubbyku

                              <<BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM>>
~~Tanggal 12.10.2011...aku dimasukkan ke wad 6B hospital sultan ismail..untuk menjalani satu pembedahan.. komplikasi HERNIA..bermakna mulai tanggal itu semua urusan rumah diambil alih oleh hubbyku sepenuhnya....dari menbasuh,mengemas & yg pentingnya memasak makanan pun dia yg terpaksa uruskan...bercerita tentang masakan...suamiku jenis yg suka masak sendiri di rumah dari membelinya di kedai...melainkan kalau dia tak sempat...kesian aku tengok dia..terkejar2 dengan masa...yg lebih menambahkan lagi bebanan dia adalah kerana anak bujang kami juga sakit.....baru juga lepas menjalani pembedahan...kerana kemalangan jalanraya...patah kaki kiri...terpaksa di masukkan 1 besi dgn 9 skru...sekarang pun masih lagi bertongkat....yg memeningkan ayahnya adalah kerenahnya...minta yg bukan bukan...nak lauk itu nak lauk ini...sian si ayah..nak tak nak ikutkan juga...seperti baru baru ni...ada kawan ayahnya beri kami 2 ekor ikan siakap yg lumayan juga besarnya...wah...dia apa lagi mintak ayahnya masak kan macam2....tp tak boleh nak layan sepenuhnya...mana aci..maknya pun nak juga ikut seleranya...hehe...tp 2 jenis masakan  yg ayah dia buatkan untuknya adalah 'siakap steam' & siakap tigarasa'...izzah hanya 'guide'kan dari belakang je..semua dia buat sendiri..akhirnya terhasil la masakan2 yg izzah postkan kt bawah ini.........semuanya hasil 'AIR TANGAN HUBBYKU'.....

"SIAKAP STEAM......penuh dengan sayur sayuran...(ni mak dia yg minta,coz izzah suka byk sayur)...makan dengan nasi sedikit sahaja...lebihkan 'meratah' gitu je..lawankan dengan sambal kicap...sedapppppp.....buat pedas2 dgn bykkan cili potong...

"SIAKAP TIGA RASA.....kuahnya pekat melekat.. bila dia mesra dengan isi ikan menerbitkan rasa yang enak sekali...pun sama dengan masak steam..banyak 'meratah' je...coz penuh dengan isi..lau nak lawankan dengan nasi saja mmg tak terlawan..sudahnya makan gitu je la........sedap pulak dah kena dgn kuahnya yang pekat tu...
"AYAM MASAK KICAP....ni antara pebret dia  la...lau ikutkan kehendaknya hari hari masak lauk ni pun dia boleh layan......kita pulak yg tak berselera...lau asyik ngadap lauk yg sama hari hari.......hmmmmmmm
"GORENG PEDAS PUCUK PAKU DENGAN CENDAWAN..ha ..yg ni permintaan ibunya...izzah cukup suka sayur pucuk paku...nak2 masak goreng belacan..tp izzah tak boleh makan belacan so gantikan la dengan goreng pedas camni. makan panas2 dengan ikan sepat goreng..

Jika nak di postkan..masih banyak lagi hasil tangan hubbyku yg terhasil selama aku kurang sihat...tp tak dapat di snap picnya kerna masakan kebanyakkannya berulang2 menu yg sama..hahaha....bukan saja lauk pauk..masakan sarapan pagi kami pun hubbyku mampu adakan untuk kami...yg paling aku tak boleh lupakan...dia mampu siapkan menu 'laksam' dengan jayanya laupun hasilnya tak la setanding org pompuan..tp aku bangga sangat..aku cuma arahkan itu ini je...selebihnya dia yg buat.....
"LAKSAM....ini lah hasilnya kreativiti hubbyku...menghasilkan masakan tradisi negeriku cik siti wan kembang...begitu juga dgn kuahnya..semua dia yg buat,aku cuma pantau & tunjukkan mana yg dia tak faham.......
 "KUAH LAKSAM....Hah izzah tunjukkan live dari atas dapur lagi... mmg la izah yg buat kuah ni,tpp yg menggodaknya dia...so izah just tengok2 kan je...
 "KARIPAP....Yang ini pun..izah cuma masukkan dlm inti dan goreng..uli tepung & mesin sampai jd pastry dia yg buat...lau tanpa pertolongannya rasanya tak terbuat kot...





 Jika  nak bercerita tentang apa yg dia masak..besok pun x habis...malah sewaktu izzah menulis n3 ni pun dia tgh 'prepare' bahan2 tuk izzah buat mihun sup besok pagi...izzah sekarang dah terlebih manja..semua dia yg uruskan...sbb tu bila dia pegi mana2 izzah risau sgt..x tau nak buat apa...

"SYUKUR KEHADRAT ALLAH SUBHANAHWATA'ALA ATAS ANUGERAHNYA"

Monday 19 December 2011

BLACKPAPER CHICKEN SAUCE

<<ASSALAMUALAIKUM>> 

Salam ceria kawan2..hari ini izzah nak n3kan satu menu yg izzah hidangkan tuk lunch...''AYAM SOS LADA HITAM''@ kata omputeh ''CHICKEN BLACKPAPER SAUCE''....resepi izzah..VERRY THE SIMPLE....mudah di sediakan & jimat masa penyediaan..amat sesuai tuk ibu2 yg bekerjaya...
.
izzah masak lauk ni request dari anak bujang..ikutkan tekak ni tak berapa gemar dgn makanan makanan moden ni..maklum tekak di besarkan dengan budu,tempoyak,sambal belacan & ulam ulaman.. jd kena hadap benda2 camni rasa tak 'jeliro'...tp apa pun alasan kita kehendak anak ni kena juga kita ikut..dah deme lahir zaman milenium..kena la ikut rentak nya....ok la tak nak dah taip banyak2..mata pun mcm dah nak katup je ni..izzah letakkan resepi yg izzah guna alam penyediaan resepi AYAM SOS LADA HITAM  ni...zassss



BAHAN-BAHAN;-
  • 1/2 ekor ayam>(potong,basuh bersih...letak sedikit garam & kunyit serbuk,goreng separuh masak)
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • (blend hancur bahan*)
  • 1 biji bawang besar>mayang bulat
  • 2 biji tomato>belah 4
  • 2 biji lada merah>belah 2
  • 2 biji lada hijau>belah 2
  • 5 sudu makan blackpaper sos
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan kicap >ikut suka
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/2 kiub chicken stock>(izzah guna stock ayam yg buat sendiri)
  • 1 sudu makan tepung jagung>bancuh dgn sedikit air
  • minyak untuk menumis
  • Garam,gula & serbuk perasa(jika suka)>(izzah dah x letak coz sos dah byk perasanya)
CARA-CARANYA;-
  1. Tumiskan bahan blend hingga naik bau.
  2. Masukkan kesemua sos...masukkan juga sedikit air,supaya rempah tak kering.
  3. kacau sebati.masukkan ayam.
  4. Masukkan semua serbuk serbuk,kiub ayam & air secukupnya untuk buat kuah.(izzah suka banyakkan dulu air,dan biarkan kuah mendidih lama sikit supaya rempah2 akan meresap dlm isi ayam.kacau sesekali,biarkan ayam betul masaknya.
  5. Masukkan bawang,lada, garam,gula & serbuk perasa(jika guna).
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  7. Akhir sekali,matikan api,masukkan tomato,biarkan terendam dalam kuah,nt ia masak dengan sendirinya....kepekatan kuah terpulang pada citarasa kita.

 ~~Jika suka masakan ini sedikit pedas,masukkan lada mesin semasa menumis bahan blend~~

Sunday 18 December 2011

KaripaP CitaK

"Assalamualaikum"

 >>selamat petang...izzah nak x3kan menu bekpes izzah pagi tadi.."karipap Citak"...nak tahu sebab apa izzah panggilnya karipap citak..coz izah buatnya menggunakan acuan je..x mcm kwn2..buat kelim tepinya guna tangan..izzah mengaku..mmg failed dalam bab mengelim tepi karipap ni..sebab tu izah lebih selesa guna citak(acuan).......x memeningkan kepala....yg penting bagi izzah adalah rasanya....nak tengok ke kipap yg izzah buat tanpa citak..jgn gelak tau.....tengok la keliman tepinya....opps ujung dah tertanggei ropenya..haha
 >> Izzah jika buat pastry tuk karipap ke,sardin roll ke @ makanan bersalut tepung  suka gunakan campuran  tepung2..malah buat laksam pun izah campurkan tepungnya..nt rasanya pasti lebih sedap...bahan asas pastrynya semuanya sama..cuma sukatan yg kita guna tu menentukan rapuh liatnya kulit tu nt...jika x kena sukatannya karipap kita akan jadi liat bila sejuk...tp izzah Alhamdulillah..laupun jarang2 buat....rasa pastrynya x berubah....ada sesetengah resepi menggunakan air dari dlm peti ais...sebab apa ya...izah x tahu apa kelebihannya....sbb izah x pernah guna....izzah buat simple je..janji cukup sukatannya,cukup mengguli dohnya(yg sebenarnya somi izzah yg uli doh tu..izah dah x kuat)....insyaAllah menjadi....inilah bahan yg izah gunakan...

BAHAN-BAHANNYA;-
{Untuk Pastrynya}
  • 500 gm tepung gandum
  • 2 sudu sup melamine tepung beras
  • 2 sudu sup melamine tepung ubi
  • {Campurkan dalam 1 bekas,gaul rata & ayakkan tuk buang tepung yg berketul)
  • 1 mug air suam + 1 1/4 sudu kecil garam>(kacau hingga garam larut)
  • 2 sudu makan butter>(izzah guna planta je)
  • 2 sudu makan minyak masak>(izah guna minyak NUTREL)
  • Satukan kedua bahan butter & minyak dalam kuali..cairkan.
Cara membuat kulit@Pastry karipap;-
  1. Masukkan campuran butter yg masih panas ke dalam campuran tepung.Dgn menggunakan senduk kayu @ sudu besar..gaul & pecah2kan tepung hingga menjadi berderai.
  2. Setelah yg berketul dah tak ada,masukkan bancuhan air garam,sedikit sedikit sambil meramasnya hingga boleh membentuk doh.
  3. Untuk pastikan adunan doh dah mencukupi,pastikan tepungnya tak melekat di tangan.
  4. Uli hingga doh menjadi betul betul lembut.
  5. Rehatkan doh sekejap.
  6. Canai & terapkan dengan acuan karipap(izzah panggil citak).
  7. Sedia untuk di gorreng bila2 perlu.
>>Yang ni karipap dah siap di proses..tunggu untuk di leburkan dalam kuali je....sebelum tu kita layan bahan2 yg izzah gunakan tuk membuat intinya....idea izzah sendiri tau..xde cedok2 dari org punya..lebur je sesuka suki izzah.....

{Untuk intinya};-
  • 2 biji kentang>(didadu kecil2)
  • 1 mangkuk kecil isi ayam cincang
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*
  • (Blend hancur bahan * )
  • 2 sudu makan rempah kari ayam dicampur
  • 1 sudu makan rempah kurma>(jadikan pes pekat)
  • 1 sudu makan lada mesin
  • 2 sudu makan mayonis
  • Garam & sedikit serbuk perasa
  • 1 pokok daun sup>(potong halus halus)
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-Caranya;-
  1. Tumiskan bahan blend hingga kekuningan.
  2. Masukkan lada mesin,kacau lagi sekejap.
  3. Masukkan rempah kari...kacau hingga pecah minyak & berbau wangi.
  4. Masukkan ubi kentang dan air yg banyak..kira2 3/4 kuali.kacau selalu supaya rempah tak berkerak.
  5. Kacau sehingga ubi menjadi benar2 empuk.
  6. Jika masih lagi belum elok empuknya..tambahkan lagi air.
  7. Setelah kuah hampir pekat baru masukkan mayonis,garam & serbuk perasa.
  8. Akhir sekali masukkan daun sup.kacau sehingga intikering.
  9. Setelah cukup semua rasa & inti pun dah sempurna keringnya..angkat & sejukkan.
  10. Sedia untuk di masukkan ke dalam kulit karipap.
  11. Maka jadi lah 1 hidangan karipap .

>>begini la ropenya inti karipap izzah....amacam kawan2....lulus tak..apapun dah selamat pun masuk peyutttttt...<<








    KARI IKAN KACI

    "assalamualaikum"

    >KARI IKAN KACI......yg izzah buat semalam..dah lama tak mengari..sesekali layan makanan berlemak ni kira boleh la..izah ni lau ikutkan lebih suka kari mamak..iaitu kari yg x menggunakan santan....tp anak bujang request nakkan kari kuah santan...so izah buatkan la....Agaknya ada x kawan2 kita yg x kenal dgn ikan kaci...sama macam izzah..dulu masa dok klantan x pernah jumpa ikan pelik2 ni.....dah dtg dok johor ni baru jumpa...lau gi kt kipmart tu..mcm2 ikan yg pelik2 bg izzah dpt izzah tgk kt situ..yg ada tu sampai kita nak makan pun rasa x berselera..ni izzah tunjukkan ikannya.....
    >Hah...kawan2..kenal x..? inilah rupa ikan kaci..izzah beli yg dah dipotong2 camni....senang..nak masak,tinggal ceraikan ia rendam air asam jawa + garam buku,basuh bersih & toskan airnya.....boleh la di masak.....ni izzah letakkan resepi yg izzah guna tuk masak kari ikan kaci ni......


    Bahan-Bahannya;-
    • 1 ekor ikan kaci>(rendamkan dalam air asam jawa + sedikit garam buku)
    • 2 mangkuk santan >(dari 1 biji kelapa)
    • ( A )-bahan tumis;-
    • 5 biji bawang merah kecil>(mayang nipis)
    • 2 batang kecil kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • 3 biji buah pelaga
    • 10 biji cengkih
    • 1 sudu teh lada hitam biji
    • 1 sudu teh halba campur
    • 2 cm halia>(dimayang nipis2 ,potong halus2 memanjang)
    • 4 tangkai daun kari>(izzah suka daun kari yg banyak..wangii)
    • ( B )-bahan blender;-
    • 1 biji bawang besar
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 cm halia
    • 1 sudu makan kismis
    • (blend hingga hancur)
    • 2 sudu makan lada mesin
    • 3 sudu makan rempah kari ikan>(izzah campur kedua rempah kari dalam masakan ini)
    • 1 sudu makan rempah kari ayam>(kedua rempah disatukan + sedikit air-jadikan pes pekat)
    • 1 sudu makan kerisik
    • 2 biji kentang>(belah 4)
    • 2 biji tomato>(belah 4)
    • 2 biji lada hidup>(dibelah 2 tp x putus-izzah x buh pun)
    • 1/2 sudu makan gula merah
    • 1 keping asam gelugur @ keping
    • Garam & sedikit serbuk perasa
    • Minyak untuk menumis
    Cara-Caranya;-
    1. Panaskan minyak..tumiskan bahan (A) sehingga berbau wangi(izzah tumiskan bawang dulu sekejap,kemudian rempah ratusnya,daun kari & baru la masukkan halia..kacau hingga bawang sedikit garing.
    2. Masukkan bahan (B),kacau lagi hingga rata.
    3. Masukkan lada mesin diikuti dengan bancuhan rempah kari.jika rempah terlalu kering,masukkan sedikit air.kacau hingga rempah pecah minyak.
    4. Masukkan ikan..kacau hingga ikan bergaul dgn rempah.Masukkan sedikit air,supaya tak terlalu kering.Biarkan sekejap.
    5. Masukkan santan & kentang..kacau sehingga rata.kecilkan sedikit api..biarkan kentang & ikan separuh masak.
    6. Masukkan kerisik,garam,gula merah,asam keping & serbuk perasa....Biarkan kuah mendidih,sambil sesekali dikacau..supaya kuah x berkerak di bawahnya.Pastikan kentang sempurna empuk & ikan elok masaknya...rasa kuah..jika sudah cukup semuanya matikan api.
    7. Masukkan lada hidup(jika guna) & tomato..biarkan kuah sejuk dgn sendirinya.
    8. Sedia untuk di hidangkan bersama menu yg lain.
       >Izzah hidangkannya bersama solok lada,sawi jepun goreng & ikan kapak kering goreng(tp ikan kering x sempat enterframe,coz goreng dah last minit)<

      Saturday 17 December 2011

      SOLOK LADA IZZAH

      ~~bismillahirrahmannirahim~~
      >Dengan nama ALLAH yg maha pemurah lagi maha penyayang.......
      Assalamualaikum...salam pagi ahad yg tenang..izzah nak entrykan masakan kegemaran izzah & suami..SOLOK LADA KELANTAN..tp solok ni agak kurang Ori sikit..coz x menggunakan lada 'golok' siam yg berwarna hijau muda yg memang digunakan untuk membuat solok ni.....al maklum,duk JB ni..mana nak cari lada tu..lau kt kelantan byk la..so..dah teringin nak mkn terpaksa la guna lada hidup biasa...xpe la dari xde....nak tunggu balik kelantan lagi tak tahu bila......solok ni biasanya di makan bersama nasi kerabu..izzah pun pada mulanya bercadang nak buat 'nasi kerabu kuning'..tp bahan pentingnya 'budu' pula dah habis..jd terpaksa postpond dulu la projek meganya....huhuhu...byk lak melalut..jom lah kita layan bahan2 & cara2nya...semoga dapat jd panduan bg mereka yg ingin mencuba...

      Bahan-Bahannya Berserta Caranya sekali;-
      • 7 biji lada hidup>(izzah campur hijau & merah-belah tengahnya..jgn sampai putus-buang bijinya..tp jgn buang tangkainya..basuh bersih & toskan airnya)

      •  1 biji kelapa>(parut putih-bahagi 2....separuh jadikan santan pekat anggaran 1 mangkuk sedang santan,separuh lagi di goreng tanpa minyak hingga sedikit kuning)...ada sesetengah org menggoreng kelap hingga garing seperti membuat kerisik..tp izzah tak suka mcm tu..dah hilang rasa lembut kelapanya..izzah hanya goreng seperti gambar dibawah sahaja...ikut cara arwah mak......

      • 3 ekor ikan >(boleh guna ikan kembung,selayang(sardin),selar & lolong(mata besar)-izzah guna ikan selar,coz izah x boleh mkn ikan yg gatal2...rebus ikan,ambil isinya...(tp maaf picnya kurang memuaskan sikit)...

      • 6 biji bawang merah(kecil)>(izzah guna 1 biji bawang besar)*
      • 2 ulas bawang putih*
      • 1/2 sudu makan lada hitam biji
      • 1 cm halia*
      • Garam secukup rasa
      • Sedikit gula & serbuk perasa
      • (Blend dulu bahan bertanda * kemudian tumbuk lada hitam,dah hancur..masukkan isi ikan,tumbuk sampai habis...tumbuk sedikit kelapa mesin tadi,x perlu lumat..kira recah2 je..masukkan dalam mangkuk..satukan semua bahan..gaul hingga sebati...masukkan garam,gula & serbuk perasa....nt akan menjadi seperti yg di bawah.........

      • Ambil sedikit inti..sumbatkan(masukkan) ke dalam lada yg telah dibelah tadi..buat sehingga habis.. nt ia akan jadi seperti yg di bawah ini......

      • Setelah itu..masukkan sedikit lagi garam dalam santan,kacau hingga rata....susun lada dalam periuk (kira2 muat tuk buh lada)...perlahan lahan curahkan santan sehingga menutupi lada(tp awas,jgn sampai terkena lada,nt intinya akan tertanggal-mesti buat dgn berhati2 sikit)..seeloknya curahkan pada tepi periuk yg x kena pada lada...tutup periuk..jerang atas api perlahan..biarkan ia hingga hampir kering(tp kena selalu pantau,jika x ia akan hangus)...setelah masak,alihkan dari periuk,dan susun la dalam pinggan....serdak yg ada dlm periuk jgn dibuang...masukkan dlm bekas & makan la bersama solok tadi...

      >Maka terhasil la satu menu tuk pelengkap hidangan keluarga izzah di hari sabtu yg indah...ngeeeeeee...izzah lengkapkan hidangan tengahari izzah semalam dengan kari ikan kaci..lada solok..sawi jepun goreng & ikan kapak kering goreng(tp ikan kering x sempat enterframe,coz di goreng last minit)....
      >Menjamu selera sekeluarga di hujung minggu dgn 'air tangan' kita sendiri dgn di bantu suami tersayang... adalah saat yg menggembirakan bagi kita para ibu..tengok suami & anak berselera menikmatinya hati jadi suka,perut cepat kenyang....syukur Alhamdulillah...izzah berkesempatan lagi untuk menyediakan semua ini...walaupun suami yg byk membantu....TERIMA KASIH...<< ABANG>>........hanya kau yg mengerti siapa aku....
      ""Jika nak solok ni ada rasa berkuah sikit...lebihkan santan..jerang pun,jgn sampai kering sangat...dah masak,sejukkan sekejap terus di angkat ladanya..jgn biar terendam dalam kuah..nt intinya akan terkeluar""







      Thursday 15 December 2011

      PANCAKE MAYONIS BERSOS

                                <<assalamualaikum>>
      ~Salam ceria pagi jumaat..pada semua kawan2...hari ni izzah masak 'pancake' lagi tuk bekpes kami sekeluarga...kali ni izzah buat 'pancake mayonis' lak...bersoskan campuran kaya & jem buah buahan...cam biasa la...rumah izzah mmg penggemar berat dgn pancake ni....tp tak boleh selalu layan al-maklum.....
      ~pancake mayonis ni mmg sedap....nak nak kita layan masa panas2 lagi...makoiiiiiiiiiii dah tak toleh kanan kiri lagi...nyum nyum nyum...hehehe....la ni nak letak la resepi yg izzah buat....cukup mudah tp mablesssss

      Bahan-bahannya;-
      • 1 3/4 cawan tepung top flour*
      • 1/2 sudu makan baking powder*
      • 1/2 sudu teh garam*
      • {ayak 2 kali bahan di atas}
      • 1 biji telur >{jika boleh yg gred A}
      • 1 sudu makan butter>{dicair & di sejukkan}
      • 2 camb gula perang
      • 1 sudu teh esen oren @ esen vanilla
      • 1 cawan susu cair
      • 2 sudu makan susu tepung + 1/2 cawan air masak suam>{bancuhkan}
      • {1 gelas air suam-jika perlu-depend pada kepekatan adunan}
      Cara-caranya;-
      1. Pukul telur,gula & butter dulu sehingga sedikit kembang & rata.
      2. Masukkan susu cair,bancuhan susu tepung & mayonis.diselang selikan dengan tepung sedikit sedikit sehingga tepung habis.
      3. Masukkan esen oren,pukul lagi sehingga sebati.
      4. Jika adunan masih pekat,tambahkan air suam sedikit sedikit sehingga sesuai kepekatannya.
      5. Perapkan adunan kira kira 20-30 minit.
      6. Lanserkan minyak dalam kuali menggunakan 'tisu dapur'.masukkan 1 senduk besar @ 2 senduk kecil adunan..tutup kuali,biarkan sehingga adunan naik menggelembung & masak permukaannya.
      7. Masak semua sehingga habis.Gunakan api yg perlahan sahaja,supaya pancake tidak hangus.
      8. Hidangkan bersama sos campuran kaya & jem buah buahan.
        >>Panaskan 1 gelas air dalam periuk kecil.Masukkan 3 sudu makan kaya,3 sudu makan jem buah buahan campuran & 3 sudu makan mayonis.kacau sehingga adunan mendidih.Bancuhkan 1/2 sudu teh tepung jagung dengan sedikit air,masukkan ke dalam sos...jika mahu sos sedikit terang dari warna asal..masukkan 1/2 penutup pewarna pink ke dalam sos..kacau sehingga sos menjadi pekat.matikan api & sejukkan....

        ~Letakkan sos di atas pancake semasa menghidang amat sedap sekali.....biarkan sekejap supaya ia meresap dlm pacake....cayalah....nikmatinya dengan green tea tanpa gula dicampur seketul kecil kulit kayu manis...supaya dapat menutralkan kalori yg kita ambil....Cayuk Cayukkkkk
        **Mayonis yg izzah guna adalah air tangan izzah sendiri...semenjak izzah pandai membuat nya izzah x pernah lagi beli mayonis di kedai ..Alhamdulillah**

        Wednesday 14 December 2011

        MAYONIS HOMEMADE

                                                       <<ASSALAMUALAIKUM>>
        --Hari ini izzah ada membuat MAYONIS tuk dimakan bersama roti @ di masukkan dalam masakan... semakin dah berumur ni pemakanan kena kawal..so jika teringin makan benda yg pelik2 sikit kena la cari inisiatif tuk buat sendiri....sebagai contohnya MAYONIS ni.....
        --Pembuatannya pun x le susah mana...bahannya pun simple je..so izzah buat 1 adunan...simpan dlm botol & masukkan dalam peti sejuk...tahan lama.
        --Bukan la izzah nak kata yg beli kt kedai tu x bagus...sebelum pandai dulu pun izzah makan yg beli juga...tp bila dah boleh buat sendiri izah suka buat je dari beli...rasa terjamin sikit dari segi kebersihan..malah yg paling penting tiada bahan sampingan seperti pengawet,garam & gula tambahan.....

        Bahan-bahannya;-
        • 450 ml minyak sayuran>(izzah guna minyak NUTREL je)
        • 1 biji telur>(gred A)
        • 1 biji lemon>(perah ambil airnya-jika tidak suka terlalu masam,ambil separuh je)
        • 1 sudu teh garam
        • 1 sudu teh gula

        Cara-caranya;-
        1. Pukul telur dahulu sehingga kembang....tambah 'speed' mixer pada setiap 30 saat..sehingga ke laras 5.
        2. Kekalkan 'speed' sekejap....turunkan sedikit sedikit sehingga laras 3.
        3. Masukkan jus lemon sedikit2 berselang seli dengan minyak.
        4. Setelah kedua bahan habis...masukkan pula garam & gula.
        5. Naikkan semula 'speed' satu satu sehingga 5 balik.teruskan putaran sehingga adunan kelihatan pekat & berbentuk seperti mayonis yg kita lihat di kedai.
        6. Setelah adunan kita rasa elok pekatnya...turunkan 'speed' dari 1 tahap ke 1 tahap sampai habis.
        7. Matikan & masukkan mayonis dlm bekas kedap udara...simpan dalam peti sejuk.keluarkan jika mahu digunakan.

         --Mayonis yg baru dimasukkan dalam botol....

        **MAYONIS AKAN TAHAN LAMA JIKA SENTIASA BERTUTUP & BERADA DALAM PETI SEJUK.JIKA KAWAN2 SUKA RASA PEDAS,MASUKKAN SEDIKIT CILI SERBUK SEMASA MEMBUATNYA TADI**