Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Monday 19 December 2011

BLACKPAPER CHICKEN SAUCE

<<ASSALAMUALAIKUM>> 

Salam ceria kawan2..hari ini izzah nak n3kan satu menu yg izzah hidangkan tuk lunch...''AYAM SOS LADA HITAM''@ kata omputeh ''CHICKEN BLACKPAPER SAUCE''....resepi izzah..VERRY THE SIMPLE....mudah di sediakan & jimat masa penyediaan..amat sesuai tuk ibu2 yg bekerjaya...
.
izzah masak lauk ni request dari anak bujang..ikutkan tekak ni tak berapa gemar dgn makanan makanan moden ni..maklum tekak di besarkan dengan budu,tempoyak,sambal belacan & ulam ulaman.. jd kena hadap benda2 camni rasa tak 'jeliro'...tp apa pun alasan kita kehendak anak ni kena juga kita ikut..dah deme lahir zaman milenium..kena la ikut rentak nya....ok la tak nak dah taip banyak2..mata pun mcm dah nak katup je ni..izzah letakkan resepi yg izzah guna alam penyediaan resepi AYAM SOS LADA HITAM  ni...zassss



BAHAN-BAHAN;-
  • 1/2 ekor ayam>(potong,basuh bersih...letak sedikit garam & kunyit serbuk,goreng separuh masak)
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • (blend hancur bahan*)
  • 1 biji bawang besar>mayang bulat
  • 2 biji tomato>belah 4
  • 2 biji lada merah>belah 2
  • 2 biji lada hijau>belah 2
  • 5 sudu makan blackpaper sos
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan kicap >ikut suka
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/2 kiub chicken stock>(izzah guna stock ayam yg buat sendiri)
  • 1 sudu makan tepung jagung>bancuh dgn sedikit air
  • minyak untuk menumis
  • Garam,gula & serbuk perasa(jika suka)>(izzah dah x letak coz sos dah byk perasanya)
CARA-CARANYA;-
  1. Tumiskan bahan blend hingga naik bau.
  2. Masukkan kesemua sos...masukkan juga sedikit air,supaya rempah tak kering.
  3. kacau sebati.masukkan ayam.
  4. Masukkan semua serbuk serbuk,kiub ayam & air secukupnya untuk buat kuah.(izzah suka banyakkan dulu air,dan biarkan kuah mendidih lama sikit supaya rempah2 akan meresap dlm isi ayam.kacau sesekali,biarkan ayam betul masaknya.
  5. Masukkan bawang,lada, garam,gula & serbuk perasa(jika guna).
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  7. Akhir sekali,matikan api,masukkan tomato,biarkan terendam dalam kuah,nt ia masak dengan sendirinya....kepekatan kuah terpulang pada citarasa kita.

 ~~Jika suka masakan ini sedikit pedas,masukkan lada mesin semasa menumis bahan blend~~

0 ulasan:

Post a Comment