Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Tuesday, 13 December 2011

MASAK LEMAK PUTIH LABU

                                     <<ASSALAMUALAIKUM>>

>Salam ceria pada kawan2....ari ni izzah nak n3kan 1 masakan yg izzah buat,kira2 seminggu lepas..dgn 'mood' internet yg x menentu...menyukarkan kerja..byk yg tertangguh...MASAK LEMAK PUTIH LABU yg izzah hasilkan adalah resepi turun temurun keluarga..masakan org kampung...merupakan kegemaran kami sekeluarga....menu sampingan kira 'wajib' ada bersama lauk ni adalah ikan kering.......
>Pemilihan labu juga penting dalam masakan ini....jika labunya kurang empuk,maka rasanya pasti x mengujakan...izah suka masak putih je sayur camni....
>Di bawah ni izzah tuliskan resepinya...tp sukatan bahan2 izah agak2 je ya.....sbb izah x guna sukatan...main cekup2 je.....

Bahan-bahannya;-
  • 1 biji labu punggi @ kuning>{izzah guna separuh je}
  • 2 mangkuk kecil santan>{dari 1 biji kelapa}
  • 4 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 sudu teh lada hitam biji*
  • 1 ekor ikan selayang @ kembung>ambil isinya sahaja @
  • 2 sudu makan ikan bilis>{ikan xde izzah guna ikan bilis je}*
  • 1 sudu makan kelapa putih>{yg diambil sebelum kelapa diperah}*
  • 1 cm halia*
  • (Semua bahan bertanda * ditumbuk hingga lumat,kecuali ikan bilis..dimasukkan kemudian,tumbuk jgn hancur sangat)
  • 5-6 biji cili api merah & hijau @ 2 biji lada hidup>{di belah 2}
  • 2-3 helai daun kunyit>{di siat siat }
  • Garam,gula & sedikit serbuk perasa
Cara-caranya;-
  1. Labu dibuang kulit,dipotong2 anggaran 5cm.
  2. Masukkan santan dalam periuk,masukkan bahan tumbuk....kacau sehingga kuah sedikit mendidih.
  3. Masukkan labu..perlahankan api,kacau selalu supaya tidak pecah minyak.
  4. Kira2 labu hampir empuk...masukkan lada,daun kunyit,garam,gula & serbuk perasa.
  5. Setelah labu empuk,matikan api & sedia untuk di hidang.
 >Orang tua2 dulu,jika masak masakan menggunakan santan pasti akan guna kelapa kukur...santannya lemak sangat....berbeza dgn kelapa parut yg menggunakan teknologi canggih...semua serba segera.....tanak nasi atas dapur kayu....semerbak bau nasi....berteman pula dgn ikan kering goreng @ bakar @ ikan rebus goreng...'nyakut molek' kata org klate...'sedap sengotiii'<

0 ulasan:

Post a Comment