Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Thursday 22 December 2011

KUIH KOSUI

assalamualaikum 
>>Salam pagi jumaat pada semua kawan kawan...coce kt luar nampaknya agak terang sedikit..tak la hujan je...dapat la keringkan sedikit pakaian yg dah berapa hari di sidai..sambil pantau coce...izzah nak n3kan sarapan pagi yg izzah buat hari ni iaitu...'KUIH KOSUI',,,lama betul izzah x membuatnya..bkn tak de masa tp izzah tak boleh layan sgt kuih2 manis ni atas faktor kesihatan...tp ni teringin sgt nk makan,so izzah buat la..
>>kt bawah ni izzah letak resepinya...semoga ada yg sudi menjengahnya...terima kasih kerna sudi  melihat2 resepi2 kt blog izah........ 
 Bahan-bahannya;-
1 buku kecil gula Melaka
½ cawan gula pasir
800 ml air
(jerang atas api & jadikan air gula,tapis & sejukkan)
2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung ubi
1 sudu teh kapur makan>(bancuh dgn sedikit air jadikan ½ cawan,larutkan.
½ cawan air kelapa
Kelapa parut putih + sedikit kelapa..gaul rata & kukus sekejap untuk melembutkannya.
Cara-caranya;-
·    Jerang air dalam pengukus sehingga mendidih.
·    Satukan kedua tepung dalam satu bekas.
·    Masukkan air gula,kacau sehingga sebati.
·    Tapiskan air kapur kedalam adunan,masukkan pula air kelapa,kacau adunan sehingga sebati & tepung tidak berketul.·    Sapu loyang dengan sedikit minyak.tuangkan adunan & kukus selama 45 minit. bila kuih telah masak,angkat & sejukkan.potong kuih,salutkan dengan kelapa putih.Hidangkan.
>>kuih kosui yg telah siap di potong & sedia tuk dihidangkan.

0 ulasan:

Post a Comment