Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Thursday 15 December 2011

PANCAKE MAYONIS BERSOS

                          <<assalamualaikum>>
~Salam ceria pagi jumaat..pada semua kawan2...hari ni izzah masak 'pancake' lagi tuk bekpes kami sekeluarga...kali ni izzah buat 'pancake mayonis' lak...bersoskan campuran kaya & jem buah buahan...cam biasa la...rumah izzah mmg penggemar berat dgn pancake ni....tp tak boleh selalu layan al-maklum.....
~pancake mayonis ni mmg sedap....nak nak kita layan masa panas2 lagi...makoiiiiiiiiiii dah tak toleh kanan kiri lagi...nyum nyum nyum...hehehe....la ni nak letak la resepi yg izzah buat....cukup mudah tp mablesssss

Bahan-bahannya;-
  • 1 3/4 cawan tepung top flour*
  • 1/2 sudu makan baking powder*
  • 1/2 sudu teh garam*
  • {ayak 2 kali bahan di atas}
  • 1 biji telur >{jika boleh yg gred A}
  • 1 sudu makan butter>{dicair & di sejukkan}
  • 2 camb gula perang
  • 1 sudu teh esen oren @ esen vanilla
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sudu makan susu tepung + 1/2 cawan air masak suam>{bancuhkan}
  • {1 gelas air suam-jika perlu-depend pada kepekatan adunan}
Cara-caranya;-
  1. Pukul telur,gula & butter dulu sehingga sedikit kembang & rata.
  2. Masukkan susu cair,bancuhan susu tepung & mayonis.diselang selikan dengan tepung sedikit sedikit sehingga tepung habis.
  3. Masukkan esen oren,pukul lagi sehingga sebati.
  4. Jika adunan masih pekat,tambahkan air suam sedikit sedikit sehingga sesuai kepekatannya.
  5. Perapkan adunan kira kira 20-30 minit.
  6. Lanserkan minyak dalam kuali menggunakan 'tisu dapur'.masukkan 1 senduk besar @ 2 senduk kecil adunan..tutup kuali,biarkan sehingga adunan naik menggelembung & masak permukaannya.
  7. Masak semua sehingga habis.Gunakan api yg perlahan sahaja,supaya pancake tidak hangus.
  8. Hidangkan bersama sos campuran kaya & jem buah buahan.
    >>Panaskan 1 gelas air dalam periuk kecil.Masukkan 3 sudu makan kaya,3 sudu makan jem buah buahan campuran & 3 sudu makan mayonis.kacau sehingga adunan mendidih.Bancuhkan 1/2 sudu teh tepung jagung dengan sedikit air,masukkan ke dalam sos...jika mahu sos sedikit terang dari warna asal..masukkan 1/2 penutup pewarna pink ke dalam sos..kacau sehingga sos menjadi pekat.matikan api & sejukkan....

    ~Letakkan sos di atas pancake semasa menghidang amat sedap sekali.....biarkan sekejap supaya ia meresap dlm pacake....cayalah....nikmatinya dengan green tea tanpa gula dicampur seketul kecil kulit kayu manis...supaya dapat menutralkan kalori yg kita ambil....Cayuk Cayukkkkk
    **Mayonis yg izzah guna adalah air tangan izzah sendiri...semenjak izzah pandai membuat nya izzah x pernah lagi beli mayonis di kedai ..Alhamdulillah**

    0 ulasan:

    Post a Comment