Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Thursday, 8 December 2011

LEMPENG BERINTI PEDAS

                                   ~~Bismillahirrahmanirrahim~~












>assalamualaikum....izzah nak n3kan sarapan izah tadi pagi.lempeng berinti pedas.request dari anak bujang.very the simple penyediaannya.makan sementara masih panasssss..cukup mablesss...


>fishball & fishcake,lebihan dari masak mee aritu masih ada lagi,nak masak makaroni lak,alang2 je....so izzah buat la inti.lenggang lempeng atas kuali,tabur je inti...dah jadi lempeng berinti.izzah buat pedas pedas....

Bahan-bahannya;-
  • {untuk lempeng}
  • 2 cawan tepung blue key>{tepung kek}
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan gula perang
  • 2 camb susu tepung
  • 1 mug besar air masak
  • 2 camb air panas + 1 camt garam>{larutkan}
  • 1 camt soda bikarbonate
  • (blend semua bahan,jika terlalu pekat,tambahkan dengan air suam,blend lagi sehingga adunan sesuai untuk memasak lempeng.Perapkan seketika.sementara itu buatkan intinya)
  • {untuk inti}
  • 4 biji fishball>(Kiub halus halus)
  • 2 keping fishcake>(kiub halus halus)
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 1 ulas bawang putih*
  • (di blend kedua bahan bertanda *)
  • 2 senduk kecil lada kering mesin
  • 3 camb sos cili
  • 2 camb sos tomato
  • 1 camt gula perang
  • 2 camb minyak masak>(izzah guna minyak nutrel)
  • Garam,serbuk perasa & serbuk lada sulah.
Cara membuat inti;-
  1. Panaskan minyak,tumis bahan blend hingga naik bau.
  2. Masukkan lada mesin,kacau lagi hingga bahan hampir garing.
  3. Masukkan fishball & fishcake.kacau lagi hingga sebati.
  4. Masukkan sos cili,sos tomato,serbuk lada sulah,gula,garam & sedikit serbuk perasa,kacau sampai inti kering.
  5. angkat & sejukkan.
Cara membuat lempeng;-
  1. Panaskan kuali leper.sapu sedikit marjerin @ minyak,biarkan kuali panas.
  2. Sendukkan 1 senduk adunan,curahkan atas kuali,letakkan sedikit inti,biarkan sehingga bahagian bawah masak(guna api perlahan).
  3. Jika mahu sedikit garing permukaannya,balikkan sekejap,baru la di angkat.
  4. Buat sampai habis.
 
>Untuk menghidang,curahkan sedikit sos cili di atasnya.

0 ulasan:

Post a Comment