Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Wednesday, 14 December 2011

TeLuR bUnGkuS

                                                       ~~ASSALAMUALAIKUM~~
>>SALAM ceria untuk kawan-kawan....<<
>>Hari ini izzah entrykan lagi satu projek tertangguh....''TELUR BUNGKUS''....salah satu menu kegemaran anak bujang...percaya tak jika izzah katakan,dia boleh habiskan 1 hidangan di atas hanya memakan begitu sahaja tanpa nasi...macam biasa la...izzah akan variasikan intinya supaya x jemu di makan... yg ni izzah buat inti sweet sour sauce...izzah letak resepinya di bawah berserta dgn langkah2 pembuatannya....

BAHAN-BAHANNYA;-
  • {A}>{untuk kulit}
  • 3 biji telur>(kalau boleh yg gred A)
  • 1/2 sudu makan garam>(bg menggelakkan telur lekat di kuali)
  • 1 sudu teh butter
  • 1 sudu teh minyak masak>(jika x suka butter boleh gunakan minyak sahaja)
  • {B}>{untuk inti}
  • 1 bungkus kecil mix vage>(sayur campur)
  • 1 mangkuk kecil isi ayam>(di cincang-basuh bersih,rebuskan sekejap..asingkan..airnya jgn dibuang)
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas kecil bawang putih*
  • 1 cm halia*
  • 1 biji tomato*
  • ( Bahan bertanda * diblend )
  • 2 sudu makan lada mesin
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan mayonis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam@ lada sulah
  • 1 tangkai daun bawang>(dihiris2)
  • Garam,gula perang & serbuk perasa.
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara membuat inti;-
  1. Panaskan minyak dalam kuali..tumiskan bahan blend hingga naik baunya.
  2. Masukkan lada mesin,kacau hingga pecah minyak.
  3. Masukkan mix vage & sedikit stock ayam(air rebusan ayam tadi),kacau rata.
  4. Masukkan ayam,semua sos & mayonis..kacau hingga rata.
  5. Masukkan lebihan chicken stock,garam,gula & serbuk perasa..kacau hingga inti kering.
  6. Akhir sekali..matikan api,masukkan daun bawang & serbuk lada sulah..gaulkan hingga sebati & sejukkan.
 >Ini lah rupanya inti yg telah siap......

CARA-CARANYA;-
  • Panaskan kuali..masukkan butter & minyak,serakkan kemerata kuali.
  • Curahkan telur...dadarkan lebar2 & setebal kira2..1/2 cm.
  • Masukkan inti ditengah tengahnya......

  • Lipatkan 4 penjuru,seeloknya menutupi inti..tp disebabkan izzah guna banyak inti,so agak terkeluar sikit....

  • matikan api.letakkan 1 pinggan ke dalam kuali...tangan kiri menekan pada pinggan dgn kemas..tangan kanan pegang tangkai kuali..dengan cepat..terbalikkan..kuali..biar telur terjatuh dalam pinggan..kemaskan betul2 baru la dihidangkan.....

  • Ini lah hasilnya bila telur di balikkan dalam pinggan....izzah punya x berapa kemas,coz tgn x berapa kuat menahan.....apapun mablesssss
**Untuk menghasilkan telur bungkus yg cantik,seeloknya bahannya dibuat separuh dari yg diatas,dgn kata lain,bahan INTI diatas boleh digunakan untuk 2 hidangan telur bungkus**

 

0 ulasan:

Post a Comment