Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Wednesday, 14 December 2011

MAYONIS HOMEMADE

                                               <<ASSALAMUALAIKUM>>
--Hari ini izzah ada membuat MAYONIS tuk dimakan bersama roti @ di masukkan dalam masakan... semakin dah berumur ni pemakanan kena kawal..so jika teringin makan benda yg pelik2 sikit kena la cari inisiatif tuk buat sendiri....sebagai contohnya MAYONIS ni.....
--Pembuatannya pun x le susah mana...bahannya pun simple je..so izzah buat 1 adunan...simpan dlm botol & masukkan dalam peti sejuk...tahan lama.
--Bukan la izzah nak kata yg beli kt kedai tu x bagus...sebelum pandai dulu pun izzah makan yg beli juga...tp bila dah boleh buat sendiri izah suka buat je dari beli...rasa terjamin sikit dari segi kebersihan..malah yg paling penting tiada bahan sampingan seperti pengawet,garam & gula tambahan.....

Bahan-bahannya;-
  • 450 ml minyak sayuran>(izzah guna minyak NUTREL je)
  • 1 biji telur>(gred A)
  • 1 biji lemon>(perah ambil airnya-jika tidak suka terlalu masam,ambil separuh je)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula

Cara-caranya;-
  1. Pukul telur dahulu sehingga kembang....tambah 'speed' mixer pada setiap 30 saat..sehingga ke laras 5.
  2. Kekalkan 'speed' sekejap....turunkan sedikit sedikit sehingga laras 3.
  3. Masukkan jus lemon sedikit2 berselang seli dengan minyak.
  4. Setelah kedua bahan habis...masukkan pula garam & gula.
  5. Naikkan semula 'speed' satu satu sehingga 5 balik.teruskan putaran sehingga adunan kelihatan pekat & berbentuk seperti mayonis yg kita lihat di kedai.
  6. Setelah adunan kita rasa elok pekatnya...turunkan 'speed' dari 1 tahap ke 1 tahap sampai habis.
  7. Matikan & masukkan mayonis dlm bekas kedap udara...simpan dalam peti sejuk.keluarkan jika mahu digunakan.

 --Mayonis yg baru dimasukkan dalam botol....

**MAYONIS AKAN TAHAN LAMA JIKA SENTIASA BERTUTUP & BERADA DALAM PETI SEJUK.JIKA KAWAN2 SUKA RASA PEDAS,MASUKKAN SEDIKIT CILI SERBUK SEMASA MEMBUATNYA TADI**

0 ulasan:

Post a Comment