Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Saturday 12 January 2013

SAGU DELIMA


Assalamualaikum...
Salam hujung minggu..
Dah lama tak buat kuih kesukaan keluarga..kuih sagu yg izzah namakan “Sagu Delima”yg ada juga dipanggil dgn nama sagu mutiara dan sagu ghendang..apapun yg pastinya sedapp
Kuih sagu ni sama dgn kuih sagu mata ikan yg pernah izzah N3kan sebelum ini,Cuma cara buatnya je berbeza..
Yg ni banyak sikit guna tenaga,tp cepat siapnya..manakala yg biasa juga izzah buat menggunakan kaedah kukus..rasanya sama je tetap sedappppp..nak resepinya tengok di bawah ya..
Bahan2nya:-
(Untuk loyang sederhana)
1 mug sagu biji
>{Basuh bersih2 toskan airnya)
3 cawan air*
1 cawan gula pasir*(izzah guna ¾ je)
1 sudu kecil paste ros(merah)*
1/3 sudu kecil pewarna merah*
2 helai daun pandan*(dikoyak2 dan disimpul)
Kelapa parut putih(kalau dpt yg muda lg sedap)Sedikit garam
>{Gaulkan keduanya..sementara itu jerang sedikit air dlm periuk kecil hingga mendidih..masukkan kelapa yg dah digaul ke dalam tapis..kukus sekejap kelapa supaya lambat basi}
Cara2nya:-
>Jerang semua bahan * sehingga mendidih & gula hancur.
>Keluarkan daun pandan..masukkan sagu,kacau sehingga kembang & pekat likat.(semasa mengacau,jgn berhenti & gunakan api yg kecil sahaja)
>Untuk pastikan kuih sudah masak elok pastikan tiada lagi kelihatan putih2 biji sagunya..sikit2 tu xpe..
>Sapu sedikit minyak disekeliling loyang,kaupkan kuih dan masukkan ke dalam loyang..sejukkan..
>Potong2 kuih,gaulkan kedalam kelapa parut..siapppp
>Hidangkan semasa makan pagi @ minum petang..mablesss
Nota:-
Nak kan kuih lebih wangi,buat menggunakan air pandan..untuk mencantikkan lagi hijaunya tambah la sedikit pewarna hijau epal.. 


SINGGANG IKAN KEMBONG


Assalamualaikum dan salam jumaat yg mulia..
malah belum terlambat lagi rasanya nk wish “selamat tahun baru 2013”..
Agak lama tak menjengah kemari.. dah naik bersawang dah blog ni..kih kih kih..bukan setakat malas je melanda, kesihatan juga kurang baik..tiba2 kena ‘food poison’..seminggu lebih terlantar di katil hospital..kira sambut tahu baru kt ‘tingkat 6 hotel 4 bintang’ la izzah tahun ni..apa nak buat,tuhan nak uji..Alhamdulillah dah baik dan masih diberi kesempatan untuk bersama kawan2 yg izzah hormati..
Ari ni..sebagai pembuka 2013,izzah nak n3kan satu juadah paling ringkas penyediaannya..namun mampu membangkitkan selera disaat kita kurang selera makan..’’singgang ikan kembong’’@ sesetengah tempat gelarkannya ikan termenung..ntah bila diorang nampak ikan tu termenung entah la..wakakaka(lawak bodo la pulak)
 Bahan-Bahan:-
(A)
3 ekor ikan kembong>bersihkan & potong 2
4 biji bawang besar*
2 ulas bawang merah*
5cm lengkuas*
(dihiris nipis2)
4-5 biji cili api>dibelah 2
3 biji cili merah & hijau>belah 2(jika suka)
2-3 keping asam gelugur
Garam,sedikit serbuk perasa & air untuk kuah(banyak ikut suka)
(B)
Kacang bendi @ kacang panjang @ terung(untuk menyedapkan lagi singgang)

Cara-Cara:-
>>Masukkan semua bahan A,kecuali garam & serbuk perasa(jgn masuk dahulu).
>>Biarkan kuah mendidih sedikit,masukkan bahan B,garam & serbuk perasa.
>>Setelah sayur masak barulah boleh matikan api.
>>Sedia untuk dihidangkan.
NOTA:-
~~Singgang juga sedap di buat menggunakan ikan tongkol @ orang belah timur,terutamanya Kelantan menggelarkan nya ikan Aya~~