Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Saturday, 12 January 2013

SAGU DELIMA


Assalamualaikum...
Salam hujung minggu..
Dah lama tak buat kuih kesukaan keluarga..kuih sagu yg izzah namakan “Sagu Delima”yg ada juga dipanggil dgn nama sagu mutiara dan sagu ghendang..apapun yg pastinya sedapp
Kuih sagu ni sama dgn kuih sagu mata ikan yg pernah izzah N3kan sebelum ini,Cuma cara buatnya je berbeza..
Yg ni banyak sikit guna tenaga,tp cepat siapnya..manakala yg biasa juga izzah buat menggunakan kaedah kukus..rasanya sama je tetap sedappppp..nak resepinya tengok di bawah ya..
Bahan2nya:-
(Untuk loyang sederhana)
1 mug sagu biji
>{Basuh bersih2 toskan airnya)
3 cawan air*
1 cawan gula pasir*(izzah guna ¾ je)
1 sudu kecil paste ros(merah)*
1/3 sudu kecil pewarna merah*
2 helai daun pandan*(dikoyak2 dan disimpul)
Kelapa parut putih(kalau dpt yg muda lg sedap)Sedikit garam
>{Gaulkan keduanya..sementara itu jerang sedikit air dlm periuk kecil hingga mendidih..masukkan kelapa yg dah digaul ke dalam tapis..kukus sekejap kelapa supaya lambat basi}
Cara2nya:-
>Jerang semua bahan * sehingga mendidih & gula hancur.
>Keluarkan daun pandan..masukkan sagu,kacau sehingga kembang & pekat likat.(semasa mengacau,jgn berhenti & gunakan api yg kecil sahaja)
>Untuk pastikan kuih sudah masak elok pastikan tiada lagi kelihatan putih2 biji sagunya..sikit2 tu xpe..
>Sapu sedikit minyak disekeliling loyang,kaupkan kuih dan masukkan ke dalam loyang..sejukkan..
>Potong2 kuih,gaulkan kedalam kelapa parut..siapppp
>Hidangkan semasa makan pagi @ minum petang..mablesss
Nota:-
Nak kan kuih lebih wangi,buat menggunakan air pandan..untuk mencantikkan lagi hijaunya tambah la sedikit pewarna hijau epal.. 


0 ulasan:

Post a Comment