Salam khamis untuk semua..
Sudah lama benar tidak kemari untuk meng N3kan apa2..bukan malas,tp kesihatan kurang mengizinkan..
Baru selesai menjalani pembedahan pada 26.3.2013..Alhamdulillah sudah beransur baik dan masih diberi kesempatan untuk berkongsi resepi ringkas izzah disini..
Hari ini..buat pertama kalinya dapur rumah berasap setelah sekian lama sejuk dingin sahaja..masakan yg nak izzah share kan hari ini adalah hasil kerjasama denga lovely hubby..dia buat,izzah cuma jadi tukang arah saje..kami masak kari kering ayam kampung dengan ubi itik..sejenis ubi yg terdapat di negeri kelahiran izzah..kelantan..rasanya sedap,lemak seakan kentang juga..pada kawan2 yg kenal dgn ubi ini,boleh la mencuba resepi izzah ini..mudah je..
Tak nak la celoteh lama2..badan masih lemah lagi,so dibawah ini izzah tempekkan resepinya
Bahan-Bahan:-
Bahan
A:-
1
ekor ayam kampung-belah 4 @ 12(basuh bersih rebus hingga separuh empuk)
4
biji ubi itik-Rebus ubi dalam periuk berlainan sehingga empuk..toskan.
2
sudu besar lada mesin
3
sudu besar rempah kari daging-Jadikan pes
1
mangkuk santan pekat dari 1 biji kelapa
1
mangkuk santan cair-(setelah mendapat santan pekat,perah lagi untuk dapatkan
santan cair ini)
1
keping asam gelugur @ keping
¼ keping
nise(sejenis gula merah dari Kelantan)
Bahan
B:-(untuk menumis)
2
batang kulit kayu manis
2
kuntum bunga lawang
5-7
kuntum cengkih
3
biji buah pelaga
4
ulas bawang merah-mayang nipis
2
biji bawang putih-mayang nipis
4
cm halia-mayang nipis
Bahan
C:- (diblend)
1
biji buah keras-blend kering hingga hancur
1
biji bawang besar-blend biasa hingga hancur
Bahan
sampingan:-
Garam,gula,&
sedikit serbuk perasa
(gula
putih tu sedikit saja sebab dah ada nise..kalau x letak pun xpe)
Sedikit
minyak untuk menumis
Cara
caranya:-
>>Toskan
ayam yg telah direbus.
>>Panaskan
minyak dalam kuali,tumis bahan menumis hingga naik bau.
>>Masukkan
lada mesin dan kedua bahan blend..kacau hingga garing..Masukkan pula pes
kari,kacau hingga rempah pecah minyak.
>>Masukkan
ayam,santan cair dan asam keping..gaul hingga rata dan kuah pekat.
>>Masukkan
santan pekat,garam ,nise,gula(jika suka) dan serbuk perasa..kacau hingga sebati..biarkan hingga kuah pekat.
>>Akhir
sekali,masukkan ubi itik yg telah direbus tadi..kacau hingga semuanya bersalut
rempah..biarkan kuah pekat & kering barulah dimatikan api..sejukkan dan
hidangkan dengan nasi putih @ dimakan dengan ketupat nasi pun sedapppp...
**Ubi
itik adalah sejenis ubi yang terdapat di negeri Kelantan..isinya putih dan kecik2 je**
0 ulasan:
Post a Comment