Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Sunday 15 July 2012

SINGGANG AYAM IBUTOK

                 ~assalamualaikum~
>>Masakan yg izzah N3kan ini adalah salah satu daripada masakan yg izzah gemari masa kecik2 dulu.....terbayang jelas di ingatan...rumah kami byk bela ayam kampung & itik serati...so setiap kali ayah sembelih ayam kampung,mak akan masakkan lauk 'SINGGANG AYAM' ni untuk saya...nt sah2 makan bertambah tambah..
>>Tapi sekarang semuanya dah menjadi memori yg indah..Arwah mak pun dah lama tiada...tiada lagi ayam itik yg di bela..ayah pun dah tua....
>>Jadi,jika ingin makan masakan macam ni terpaksa la beli ayam bandar @ ayam kampung kt pasar @ pasaraya sahaja..janji boleh layannnnn...dan semestinya pembuka selera time kita tak lalu makan..resepinya cukup 
mudah...so kita intai ya..hehe
~Singgang ayam ibutok~
Bahan2nya:-
1 /2 ekor ayam>(potong kecil2 & bersihkan)
2-3 keping asam gelugur1 sudu teh rempah biji(ketumbar)
>(sangai sekejap & blend kering)
Bahan2 di hiris:-
1 ketul lengkuas sebesar ibu jari
2 biji bawang besar yg kecil
2 ulas bawang putih
5-7 biji lada burung(cili api)
>(basuh bersih2 dahulu barulah dihiris)
Air secukupnya untuk kuah
Garam & sedikit serbuk perasa
        Cara2nya:-
  1.  Masukkan semua bahan hiris ,asam keping & secukupnya air  kedalam periuk.
2.  Masak sehingga kuah mendidih.
3.  Masukkan ayam & rempah ketumbar..biarkan sehingga kuah mendidih lagi.
4.  Masukkan garam & serbuk perasa .
5.  Masaklah sehingga ayam empuk.
6.  Rasa masam masinnya..bila dah cukup,matikan api..sejukkan.
7.  Hidangkan bersama nasi putih & lauk2 sampingan lainnya.
>>bagi menghilangkan bau hanyir ayam..rendam ayam di dalam bancuhan sedikit tepung gandum,limau nipis@kasturi & sedikit garam kasar beberapa minit..basuh bersih & toskan airnya<<


0 ulasan:

Post a Comment