Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Wednesday, 4 July 2012

BUNGKUS MANIS UBI

                         ~assalamualaikum~
apa kabar kawan kawan...
hari ni nak N3kan satu resepi iaitu "Bungkus Manis Ubi"
salah satu kuih lama negeri kelantan..lau orang luar panggilnya lepat ubi agaknya..entah la izzah kurang arif sikit..hehe
penyediaannya very the simple..asalkan ada keinginan semuanya akan terhasil..
tak nak banyak ngomel lagi cer tengok resepinya..^_^
Bahan2nya:-
2 ketul ubi (sederhana besar)
(Buang kulit,basuh bersih..parut,masukkan dalam kain kasa yg bersih,perahkan sedikit airnya)
1 mangkuk kecil santan pekat
1 ketul gula Melaka @ 2 sudu makan bumbu gula merah
2 sudu makan gula putih
Daun pisang-(koyak selebar 20 cm,bersihkan dan layukan di atas api yg kecil)
Cara2nya:-
• Gaulkan kesemua bahan..jgn terlalu lembik.
• Tak perlu habiskan santan jika dah cukup lembiknya.
• Rasa manis masinnya..jika dah cukup boleh lah di bungkus.
• Sementara sedang membungkus,jerang air dalam kukusan hingga mendidih.
• Ambil dalam 1 sudu makan adunan,masukkan dalam daun pisang,tutupkan..lipat hujung ke bawah,ulang cara yg sama pada sebelah lagi..buat sampai habis.
• Aturkan dalam kukusan jarang..
• Bila air kukusan sudah mendidih,masukkan kuih,kukuslah sehingga masak
• Untuk pastikan kuih masak,biarkan ia keluar wap seketika..
• Dah masak,boleh la sejukkan.
• Siap untuk dihidangkan..

Hasilnya kurang memuaskan..sebab guna gula merah serbuk..nak cantik gunalah 'nise'sejenis gula merah dari kelantan...



0 ulasan:

Post a Comment