~ASSALAMAUALAIKUM~
Selamat berhujung minggu....
lepas baik demam ni,selera jadi nk makan macam2.....tu yg terRajin sikit ari ni
di tambah dgn geram nengokkan keladi yg besar2 kt kebun tepi rumah..so dtg idea nk masak masakan yg dah lama x di buat..
masakan ni adalah resepi turun temurun keluarga..iaitu TERESEK..x kiralah teresek apa..pastinya sedapppppp
izzah ari ni buat TERESEK KELADI + AYAM TUA......
tak nak byk ngomel la ni nak tempekkan resepinya..silakan la pada yg sudi & berkenan....
kata org Airtangan seseorang tak sama..ha ni hasil air tangan izzah......
BAHAN-BAHAN:-
1 EKOR AYAM TUA-(AMBIL TULANG2 SAJE,PASTU REBUS HINGGA EMPUK
DULU)
2 BATANG KELADI-(POTONG ANGGARAN DALAM 6-7 CM>CELUR SEKEJAP)
1 BIJI KELAPA-(AMBIL SANTAN DALAM 2 MANGKUK SEDANG)
½ BIJI KELAPA (UNTUK JADIKAN KERISEK)
BAHAN KISAR:-
2 BIJI BAWANG BESAR-(YG SEDANG JE)
2 ULAS BAWANG PUTIH
3 CM HALIA
3 CM LENGKUAS
1 SUDU MAKAN KETUMBAR BIJI
6-7 BIJI CILI API
BAHAN PES:-
2 SUDU MAKAN REMPAH KARI
2 SUDU MAKAN LADA KERING MESIN
{GAULKAN KEDUA BAHAN DGN SEDIKIT AIR}
1 KEPING ASAM GELUGUR@KEPING
1/3 GULA MERAH-(NISE)
GARAM & SEDIKIT PERASA(TOK JI TO)
CARA-CARANYA:-
1. REBUS AYAM
DENGAN SANTAN HINGGA BERWAP.
2. MASUKKAN
REMPAH2 YG DIKISAR.
3. KACAU
SEHINGGA MENDIDIH.
4. MASUKKAN BAHAN
PES.KACAU SEHINGGA KUAH HAMPIR PEKAT.
5. MASUKKAN
KELADI..GAUL SEKEJAP BARU DI MASUKKAN KERISIK,GARAM,GULA MERAH & AKHIR
SEKALI TOK JI TO..HEHE.
6. KECILKAN
API,KACAU SEHINGGA PEKAT.
7. SETELAH KUAH
PEKAT..ANGKAT & HIDANGKAN.
8. DAH
SELESAIIIIIIIIIII.
**TERESEK ini boleh juga dibuat menggunakan jantung pisang,kacang panjang,kacang botor & kulat sisir(dipanggil juga dengan cendawan kukur di sesetengah negeri)nak tahan lama..buat biar betul2 pekat**
0 ulasan:
Post a Comment