Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Tuesday 22 May 2012

BENGKANG ROTI BERJAGUNG

                  >>ASSALAMUALAIKUM<<
~Salam 1 REJAB buat semua kawan kawan...tentu ramai yg ambil kesempatan untuk berpuasa sunat 1 rejab hari ni..Alhamdulillah..izzah pun sama..so terajin la sikit nak N3kan juadah berbuka petang tadi iaitu ~Bengkang Roti Berjagung~lemak berkrim..disukai ramai..hahaha
 ~Sedapnya makan kuih ni panas panas..nak nak time tergigit jagungnya..yummy yummy je..
~Ikut hati nak aje makan banyak banyak...tapi ngenangkan kesihatan perlu di utamakan..so kena la tahan hati sikit hehehe..sesekali boleh la layan..asal jangan lebih lebihh
~So ni izzah tempekkan resepi hasil air tangan izzah..
Bahan-bahan:-
6 keping roti gardenia >Di siat siat kecil
2 cawan santan >{1 cawan gunakan tuk lembutkan roti}><{1 cawan lagi tuk blend semua bahan}
2 cawan jagung dalam tin>(nak guna jagung fresh pun boleh)
½ cawan gula merah
2 camca besar gula putih
2 biji telur 
½ cawan susu pekat
2 ½ cawan tepung gandum 
1 camca teh garam 
2 camca besar buttercup>cairkan
Cara-cara:-
1.Blendkan jagung,kedua dua gula,garam,butter yg telah dicairkan,telur,santan & roti sehingga hancur.
2.Masukkan ke dalam mangkuk..masukkan tepung sedikit2 ,kacau sehingga tepung tidak berketul.kacau sehingga tepung habis.
3.Panaskan oven selama 10 minit.
4.Setelah oven panas.masukkan adunan dalam mould @ loyang biasa yg telah di lanser dgn sedikit marjerin @ minyak masak.. 
5.Bakar adunan selama 1 jam…pada 15 minit terakhir guna api atas bawah untuk menjadikan kuih bengkang sedikit garing.. 
~kuih bingka ni lebih sedap lagi di buat guna 'nise'(gula ketul dari kelantan)yg diracik2 nipis..
    















0 ulasan:

Post a Comment