Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Friday 19 August 2011

Ikan Talapia Masam Manis

                                          >>Assalamualaikum<<
>>Dah dekat seminggu nak n3kan resepi ni...tp xde masa...tenet pun x berapa nak OK...jap clear,jap kan meloading je dkt sekerat ari,tu yg malas nk mengn3kan apa2 tu......ni pun redah je,lau dapat dapat la....lau x terpaksa tunda lagi......izzah nak postkan masak ikan talapia masam manis,kegemaran anak bujang izzah....mmg sedap untuk berbuka puasa....
Di bawah ni izzah tulis resepinya......masakan ni juga sedap di tambah dengan kacang peas @ sayuran campur(mix vagi),tapi izzah x buh semua tu,coz stock dah xde.....

Bahan-Bahannya;-
  • 2 ekor ikan talapia>bersihkan,lumur dgn sedikit tpg jagung + garam,goreng hingga masak.
  • 1 biji buah tomato*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • 3 camb lada mesin
  • 5 camb sos cili
  • 3 camb sos tomato
  • 2 camb air asam jawa
  • Garam,gula & serbuk perasa
  • kacang peas @ mix vagi
  • 1 labu bawang besar>di mayang bulat(untuk hiasan)
Cara-Caranya:-
  1. Blend hingga hancur bahan bertanda *.
  2. Tumiskan bahan blend tu hingga wangi,masukkan lada mesin,sos cili,sos tomato,air asam jawa & sedikit air,kacau sehingga semuanya sebati.Jika nak kan kuah lebih,masukkan sedikit lagi air.
  3. Masukkan,garam,gula & sedikit serbuk perasa,kacau hingga sebati.
  4. Akhir sekali masukkan kacang peas & bawang mayang,kacau sekejap ,matikan api.
  5. Susun ikan yg telah di goreng,dalam pinggan,curahkan kuah ke atas ikan.
  6. Sedia untuk di hidangkan.

Sunday 14 August 2011

NASI AYAM PENYET

                          ~~Assalamualaikum~~
>Salam pagi isnin pada kawan2....hari ni izah nak n3kan 1 resepi kegemaran keluarga izzah,iaitu 'nasi ayam penyet'.....tp izah buat x berapa nak lengkap,maklum pestime buat...ni juadah berbuka keluarga izzah yang semalam punya,tapi tenet asyik buat hal je,sekarang baru boleh publishkan....
>Ayam penyet ni,kesedapannya terletak tang sambalnya,lau kurang pada sambalnya,maka cacat lah pada masakan tu..izzah belajar resepi sambal ni dgn org restoran gak,bagi izzah rasanya dah ok,x tau la lau kawan2 ada yg lebih baik lg,boleh kita kongsi bersama.....
>Ayam ni kalau diperap lagi lama lagi sedap,biar semua rempahnya betul2 mesra dan meresap ke isinya....
>Tang sup pula,izzah ikut cara buat sup nasi ayam...sup O kata org...ayamnya pula izzah buat ayam goreng berempah,lau kt kedai tu ayam gorengnya biasa je cam ayam goreng kunyit je....ini la resepinya style izzah.....
Bahan-Bahanya;-
>>Nasi putih secukupnya untuk keluarga<<
{A}>>Bahan Untuk Sup:-
  • 4 biji bawang merah>mayang nipis2
  • 2 ulas bawang putih>mayang nipi2
  • 2 cm halia muda>mayang nipis2
  • 2 batang kecil kulit kayu manis*
  • 2 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 6-7 biji bunga cengkih*
  • 1 biji bunga sireh*
  • 1/2 cm lada hitam*
  • 2 biji kentang>potong kiub
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 liter air
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam,gula,sedikit serbuk perasa & serbuk lada sulah
  • Minyak nutrel untuk menumis
  • Daun sup+daun bawang>hiris2 untuk tabur atas sup{izzah x tabur,coz ank x suka}
  • Bawang goreng>juga untuk tabur atas sup
Cara-Caranya;-
  1. Panaskan minyak dlm periuk,tumiskan set bawang2 dulu hingga kuning.
  2. Masukkan semua bahan bertanda * kacau hingga wangi.
  3. Masukkan air,kentang & sup bunjut.
  4. Biarkan kuah mendidih,masukkan garam,gula & serbuk perasa.
  5. Akhir sekali perahkan asam limau kasturi.
  6. Biarkan dahulu,setelah nak menghidang barulah di masukkan daun2 & bawang goreng.
{B}>>Bahan Untuk Ayam:-
  • 1 ekor ayam>belah 4,rendam dgn sedikit tepung gandum+limau nipis
  • 3 batang serai*
  • 1 cm kunyit hidup*
  • 1 camt kunyit serbuk*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 camt ketumbar biji*
  • 1 camt jintan manis*
  • 1 camb madu*
  • 1 biji limau kasturi
  • Garam & sedikit serbuk perasa 
 Cara-Caranya;-
  1. Blend hingga hancur semua bahan,lumurkan pada ayam,perahkan limau kasturi,masukkan juga garam,sedikit gula & serbuk perasa.
  2. Perapkan selama 5-6 jam>izzah perap dari kul 11 pg hingga 6 ptg
  3. Goreng ayam dlm periuk dgn menggunakan minyak yg banyak.
  4. Goreng hingga masak dengan api sederhana{jgn guna api yg kuat,nt ayam x masak sekata}
  5. Setelah ayam masak,angkat & toskan minyaknya betul2.
  6. Letak ayam diatas papan pemotong daging,dengan menggunakan pisau pemotong daging @ ayam,penyek2 kan ayam.ketepikan.

{C}>>Bahan Untuk Sambal:-
  • 10 biji cili api>campuran merah hijau{boleh krgkan jika x suka pedas}
  • 2 biji lada hidup hijau
  • 2 biji lada hidup merah
  • 1 camb penuh belacan
  • 7 ulas kecil bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • Garam,gula merah,gula pasir & s.perasa
  • 2 batang serai>ketuk hancur
  • Minyak untuk menumis
 Cara-Caranya;-(Ada dua langkah)
(Pertama)
  1. Blend semua bahan,kecuali serai & minyak masak.
  2. Panaskan minyak dalam kuali,masukkan bahan blend & serai.
  3. Masukkan garam,gula merah,gula pasir & sedikit s.perasa.
  4. Kacau sehingga pecah minyak.
  5. Dah sebati semuanya,boleh lah di angkat.
(Kedua)

  1. Panaskan sedikit minyak..goreng semua bahan(kecuali serai)sehingga semua empuk.
  2. Blend semuanya dengan blender kering hingga lumat.
  3. Masukkan garam,gula,gula merah dan serbuk perasa.
  4. jika suka masam perahkan sebelah limau kasturi ke dalamnya
  5. Sambal sedia di hidangkan.

{D}>>Bahan Untuk Sampingan:-
  • 5 keping tempe>hiris dlm 2 cm,basuh,gaul sedikit garam+s.kunyit{goreng hingga garing}
  • 4 keping tauhu> slices dlm 3 cm,goreng hingga garing
  • 1 ikat daun ulam raja>basuh bersih,toskan
  • 1 ikat kacang panjang>potong dlm 6 cm,basuh bersih,toskan
  • 1 biji timun>potong 6 cm,belah 4{jgn buang kulitnya}
  • 1 kelopak daun salad kobis{sayangnya umah izzah xde so x taruk la}
Cara-Cara Menghidangnya;-
**Hidanglah semua bahan dengan nasi putih biasa.Seperti kita menyediakan hidangan nasi ayam**
    >Nasi ayam penyet ni mmg sesuai untuk masa berbuka,ia membangkitkan selera kita....
    **Jadi,pada kawan2 yg suka ingin mencuba resepi ini,silakan la...dan pada yg lebih arif lg,izzah mohon share la dgn kami semua resepi kawan2.....**

    Saturday 13 August 2011

    TerimA KasiH TuhaN

    >>DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG<<
    Terima Kasih Wahai Tuhanku
    Yang Sentiasa Melimpahkan Rahmat-Nya
    Membenarkan aku Menghadap-Mu
    Tuhan
    Yang Maha Pengasih
    Dan Penyayang
    Untuk Bercakap Dengan-Mu Tuhan
    Mengizinkan Kuminta Pada-Mu
    Memuja Memuji Sepenuh Hatiku
    Memohon Munajat Pada-Mu Ya Rabbi
     Tapi aku Khuatir Ketika Menghadap-Mu
    Tidak Pula Pandai Beradab Dengan-Mu
    Aku Mula Bimbang Kalau Aku Derhaka 
    Dalam Ketaatan Bukan Rahmat Dari-mu
    Yang Kudapat
    Tapi aku Akan Dapat Kemarahan-Mu
    Ya Rabbal Alamin.....
    Maafkanlah aku


    Friday 12 August 2011

    MeE BanDunG

    >>Assalamualaikum<<
    Hari ini izzah x masak,so byk masa terluang,jd ada masa nak n3kan masakan izzah yg izzah buat 2 hari lepas yg belum sempat di post...mungkin kawan2 semua dah tau buat mee bandung kan,tp izzah saje nak kongsi resepi air tangan izzah kat sini....mungkin ada yg berkenan nak mencuba.....
     resepi ni asalnya dari kawan lama masa kt klantan dulu,dia org muar,so mmg terkenal ngan mee bandungnya,tp izzah ni suka suki ubah nya mengikut citarasa izzah & kluarga...tp rasanya x berubah,malah makin sdp lg....hehe..cam masuk bakul je....maaf gurau je,tp lau bg kluarga izzah mmg sedap la....
    Kuah mee yg baru masak.....izah x guna byk hiasan kt atas,coz anak bujang x suka.....jd kena buh simple2 je la....di bawah ni resepinya.....

    Bahan_Bahannya;-
    • 1 kg mee kuning>{basuh bersih,celur hingga lembut}
    • 1/2 kg udang sedang>{buang separuh bahagian kepalanya sahaja}
    • 2 dada isi ayam>{potong kiub}>>Izzah suka masukkan tulangnya sekali
    • 1 ikat sawi putih >{asingkan batang & daunnya}
    • 1 batang lobak merah>{slice nipis2 @ potong kiub)
    • 2 biji tomato>{belah 4}
    • 3 keping kek ikan(fishcake)>{slice sedang,goreng sekejap}
    • 1 papan telur puyuh anggaran 12 biji>{rebus & buang kulitnya}
    • 7 tangkai lada kering*>{potong2,rebuskan hingga lembut,toskan airnya}
    • 2 biji bawang besar*
    • 2 ulas bawang putih*
    • 1 camt lada hitam*
    • 1 biji buah keras*
    • 2 camb udang kering*
    • 1 camt jintan manis*
    • 3 keping biskut marie>{ramas hingga hancur}
    • 1 mangkuk sedang air rebusan ayam(chicken stock)
    • Garam,gula merah,gula pasir,pes asam jawa & sedikit serbuk perasa
    • Sedikit minyak untuk menumis & air secukupnya untuk kuah
    • Daun bawang dihiris2,Kacang tanah tumbuk & bawang goreng>{untuk tabur di atasnya}
    Cara-Caranya;-
    1. Blend bahan bahan bertanda *hingga hancur.
    2. Panaskan minyak dalam kuali @ periuk{besar sedikit},tumiskan bahan blend hingga wangi & keperangan.
    3. Masukkan isi ayam ,udang & separuh air rebusan ayam.Kacau & biarkan hingga isi ayam & udang separuh masak.
    4. Masukkan lobak merah,batang sawi & fishcake berserta separuh lg air rebusan ayam tadi.
    5. Masukkan juga telur rebus,daun sawi,garam,gula merah,gula pasir,pes asam jawa & serbuk perasa,biarkan hingga kuah mendidih.
    6. Akhir sekali masukkan biskut marie,pekatkan sedikit kuah,rasa garam gulanya,setelah semua ok masukkan tomato,gaul sekejap & matikan api.
    7. Hidangkan bersama mee kuning,& ditaburkan dengan semua bahan taburan di atasnya.

    **Biskut marie di gunakan untuk memekatkan kuah disamping boleh menambahkan lemak lagi pada kuah**



    Thursday 11 August 2011

    ASAM PEDAS AYAM

    >>Assalamualaikum kawan kawan<<
    mulanya bercadang nak masak kari je ayam kampung ni,tp tiba tiba teringat resepi asam pedas yg saya ada ambik ngan kawan fb,'kak faridah jaafar'.cari punya cari,resepinya yg saya tulis dlm kertas hilang,hati dah teringin sesangat nak mencuba masakan ni....memandangkan kengkawan ramai yg dah masak,kata diorang sedapppp....so dengan idea dan kreativiti sendiri saya 'taram' je....so ni la hasilnya....sekali pandang dah cam kari daaaaaa...padahal langsung xde masuk rempah kari pun.....
    xpe la...ni pestime buat,'perabah' pun x lengkap lg...nak masuk byk2 bimbang kut x sedap,membazir je.....bila dah tau sedap,so lain kali kita lengkap kan dia punya sampingan cam sayur bendi,tomato @ terung pun ok kutttt.......

    BAHAN-BAHAN;-
    1 Ekor ayam ( potong ikut suka dan bersihkan )
    2 Cm halia
    1 Cm kunyit hidup
    4 Biji bawang merah
    2 Ulas bawang putih
      ( Blend semua bahan diatas hingga hancur )
    1 Camt ketumbar biji
    1 Camt jintan manis
      ( Sangai rempah di atas dan blend dengan blender kering,hingga hancur )
    2 senduk kecil lada kering mesin
    1 Camb kerisik
    3 Camb air asam jawa
       Sedikit minyak untuk menumis,garam dan serbuk perasa secukupnya.

    CARA-CARA;-
    1). Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan bahan blend td hingga naik bau dan sedikit garing.
    2). Masuk kan lada mesin,kacau lagi hingga pecah minyak.
    3). Masukkan bahan rempah tadi,ayam dan air asam jawa serta sedikit air,kacau hingga rata.biarkan sekejap sehingga kuah sedikit mendidih.
    4). Masuk kan lagi air sehingga cukup untuk buat kuah.kacau sekejap dan biarkan sehingga kuah mendidih.
    5). Perlahankan api,masukkan kerisik,garam dan sedikit serbuk perasa,pekatkan sedikit kuah,rasa garam asamnya,setelah cukup rasanya dan ayam telah empuk,tutupkan api dan biarkan sejuk sedikit baru la di hidangkan.
    **Jika kawan2 suka masukkan sayur sayuran,boleh la berbuat demikian....terpulang pada citarasa masing masing**{izzah belum masukkan apa2 sayur lagi,coz pestime buat,kut x menjadi.... kan membazir lak}.

    MURTABAK PASTA BEREMPAH

                                                 >>Assalamualaikum<<
    Selamat berbuka pose kwn2...buke apa tuuuuuuu...???..izzah nk n3kan resepi berbuka famly izzah ptg ni,'murtabak pasta berempah',so delicious{for me & famly la}.....
    Pada mulanya nak buat 'murtabak mee kuning,tp lately x jd,coz tgk mee dah tinggal ciput je...jd izzah tukarkan dengan pasta 'san remo' yg semestinya pilihan izzah dari dulu lagi.....
    murtabak ni,boleh dimakan dengan sos cili @ dimakan begitu saje.....rasanya mmg mabless...kawan2 cuba la dulu baru tau....
    Bahan-Bahannya;-
    • 1 mangkuk kecil pasta halus san remo>>rebus dgn sedikit minyak hingga lembut,toskan.
    • 1/2 mangkuk isi ayam>>diblend dgn sedikit air,jerangkan atas api hingga kering air.
    • 2 biji bawang besar {yg sedang je}>>diparut
    • 1 biji lada merah hidup>>dicincang
    • 1 biji kentang{besar}>>diparut
    • 1 biji telur
    • 1 camb serbuk kari
    • Garam,gula & serbuk perasa secukupnya
    • Sedikit butter untuk disapu pada kuali
    Cara-Caranya;-
    1. Masukkan pasta dalam sebuah mangkuk,satukan dengan semua bahan2 yg lain.
    2. Perapkan sekejap dalam 5-10 minit.
    3. Panaskan kuali leper,sapu butter ke sekelilingnya.
    4. Sendukkan sesenduk besar adunan,letakkan atas kuali,bakar hingga masak,dgn menggunakan api yang kecil.
    5. Jika suka garing bakar lah lama sedikit.
    6. Buat sampai habis adunan.
    7. Boleh di hidangkan dengan so cili @ di makan begitu saja.
    Inilah bentuk murtabak pasta yg baru masak,belum di hidangkan lg
    Yang ni pula pic yg diambil masa murtabak tgh di bakar.......



    Wednesday 10 August 2011

    STEAM BREAD @ ROTI KUKUS

    >>Assalamualaikum.....selamat berbuka pada kawan2....dah kenyang??,ttu kan,maklum dah penuh 'kantung'....hehe..dah 10 hari kita berpuasa,baru ari ni leh n3kan menu dari dapur izzah,maklum...selama ni byk buat yg dah di n3kan kt sini,so mls la nk ulangtayang....hari ni izzah masak roti sempoi tp sedap,so nk la share kan kt sini...sesuai tuk ank gadis yg x berapa nk rajin kt dapur...jom kita tengok
    >>Ini la ropanya steam bread hasil tangan my lovely hubby...lembut & lemak...gabungan intinya,peanut butter + kaya....cara membuatnya pun ringkas je,sbb tu 10 minit lg nk berbuka baru boleh buat....

    Bahan-Bahan;-
    • 1/2 bungkus roti lemak 4 segi
    • Peanut butter secukupnya
    • Kaya secukupnya
    • Jika suka apa perisa pun boleh...terpulang citarasa masing2
    Cara-Cara;-
    1. Panaskan periuk pengukus sehingga mendidih.
    2. Roti roti di belah 2,susun dlm redai pengukus.
    3. Setelah air kukusan mendidih,letakkan redai pengukus,kukus roti selama 10 minit.
    4. Angkat roti,sapukan sebelah dengan sedikit peanut butter,& sebelah lg dengan kaya,tutupkan.
    5. Kawan2 boleh juga buh apa saje perasa kesukaan kawan2 & anak2 kita.
    6. Buat sampai habis,hidangkan panas2...sedapppp sangat,roti jd lembut je.....yumy3...
    7. Sesuai tuk anak2 buat buke pose.......

    >>Pada kanak kanak,jika roti ini di sapu dgn coklat lg diorang suka,so pancing lah minat anak2...

    >>Inilah rupanya roti lemak 4 segi yg izzah guna buat steam bread<<

    Tuesday 9 August 2011

    KUIH SAGU MATA IKAN

     Assalamualaikum
     >>hai kawan2...apa cer ari ni,bizi ke ngan anak2..maklum sekolah cuti,ank2 semua kt rumah,yg dok kt asrama pun ttunya balik juga,so berdouble2 la kebiziannya kan...yg paling ketara bab masak la....apa x nya semua request yg best2 aje...tp izzah,ank dah mmg dok ngan kite so x terasa la sgt suasana tu.... tp ari ni teringin la plak nk mkn 'kuih sagu mata ikan'so buatla 1 loyang...jamu famly di hujung minggu....jom kita layan.....
    >>Ha kawan2...ini lah 'kuih sagu mata ikan' izzah....biasa buat kaler merah je,tp la ni,dpt idea dari seorang kwn fb juga iaitu kak kam..tgk dia buat warna hijau,nampak menarik pula..so izzah try buat warna hijau...ternyata bau dia lagi wangi dari yg merah..coz izah guna paste asli daun pandan.....jom kita intai resepinya.......

    BAHAN-BAHAN:-
    2 cawan sagu biji mata ikan* (basuh bersih,toskan airnya)
    3/4 cawan gula perang*
    2 cawan air*
    3 helai daun pandan* (basuh bersih,hiris kasar & blend dengan sedikit air biar pekat,tapis & ambil jusnya)
    1/4 penutup pewarna hijau*
    kelapa putih parut + sedikit garam(gaul rata2,masukkan dlm loyang,kukus sekejap,elak dari cpt basi)
    2 helai daun pandan(koyak koyakkan,masukkan dlm air kukusan)
    CARA-CARA:-
    Jerang pengukus sehingga mendidih.
    1. Masukkan bahan bertanda* dalam 1 mangkuk,gaulkan hingga rata.
    2. Jerang bahan2 diatas api sederhana sehingga separuh masak.
    3. Masukkan pula ke dalam loyang yg telah di sapu sedikit minyak.
    4. kukus lah selama 30-40 minit @ sehingga kuih betul2 masak.Sejukkan.
    5. Potong kuih dan golek golekkan dalam kelapa yg telah di kukus sedikit tadi.
    6. Sedap di nikmati semasa minum pagi @ minum petang......
     >>Kuih sagu mata ikan yg baru dikeluarkan dari pengukus,lihat warna hijaunya yg cantik,meleleh liur..xpe jap lg dah gaul ngan kelapa,boleh la di ngap....hehehe.....
    **Hari ini kamis {09/02/2012} izzah buat lagi kuih sagu mata ikan ni tp versi biasa iaitu merah..juadah ni izah buat tuk hidangan berbuka puasa sunat kamis...enak sangat**

    YANG DI TUNGGU DAH TIBA.....

     ~~Assalamualaikum w.b.t~~
    >>Syukur ke hadrat Allah subhanahuata'ala,atas limpah kurnianya,memberiku kesempatan untuk bernafas lagi di bumi bertuah ini....hari ini 09.08.2011 aku mendapat sebuah bungkusan kiriman dari kakak fbku yg budiman iaitu kak Zainal Akma...sebuah bungkusan yg begitu bermakna bagiku.......
    >>Inilah bungkusan yg aku maksudkan.....isinya merupakan daun ubat yg dikenali sebagai 'ular sabah'. Selama ini aku belum melihat lg pokok ni,jauh sekali untuk merasanya...ia bermanafaat untuk aku..... biarlah aku sahaja yg tahu......
    >>Ini la rupanya daun ular sabah yg aku terima dr kak akma siang td...jap lg nk cuba blend dgn apple hijau, nk tgk apa rasanya...harap2 x le teruk( hehe )....muka kureng ngan ubat ubatan.
    >>Yg ni pula,pic pokok 'ular sabah' dr dalam pasu kt rumah kak Akma,aku pun nak semai juga batangnya,harap2 akan tumbuh,dapat la aku jadikan minuman untuk mengubat penyakitku....

    >>Daun 'ular sabah',setelah di ceraikan dari batangnya,berserta dengan sebiji epal....aku akan blend & jadikan jus...mudah mudahan boleh ku jadikan amalan harianku,bila pokoknya yg ku semai,hidup subur, insyaAllah dengan izinnya.....
    >>Ha inilah rupanya jus daun 'ular sabah' + 1/2 biji epal hijau....rasanya sedap,xde rasa pahit @ maung.... nampaknya akan menjadi amalanku ......InsyaAllah...semoga tuhan merahmati usahaku..Aminnnnnn.