Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Friday, 12 August 2011

MeE BanDunG

>>Assalamualaikum<<
Hari ini izzah x masak,so byk masa terluang,jd ada masa nak n3kan masakan izzah yg izzah buat 2 hari lepas yg belum sempat di post...mungkin kawan2 semua dah tau buat mee bandung kan,tp izzah saje nak kongsi resepi air tangan izzah kat sini....mungkin ada yg berkenan nak mencuba.....
 resepi ni asalnya dari kawan lama masa kt klantan dulu,dia org muar,so mmg terkenal ngan mee bandungnya,tp izzah ni suka suki ubah nya mengikut citarasa izzah & kluarga...tp rasanya x berubah,malah makin sdp lg....hehe..cam masuk bakul je....maaf gurau je,tp lau bg kluarga izzah mmg sedap la....
Kuah mee yg baru masak.....izah x guna byk hiasan kt atas,coz anak bujang x suka.....jd kena buh simple2 je la....di bawah ni resepinya.....

Bahan_Bahannya;-
  • 1 kg mee kuning>{basuh bersih,celur hingga lembut}
  • 1/2 kg udang sedang>{buang separuh bahagian kepalanya sahaja}
  • 2 dada isi ayam>{potong kiub}>>Izzah suka masukkan tulangnya sekali
  • 1 ikat sawi putih >{asingkan batang & daunnya}
  • 1 batang lobak merah>{slice nipis2 @ potong kiub)
  • 2 biji tomato>{belah 4}
  • 3 keping kek ikan(fishcake)>{slice sedang,goreng sekejap}
  • 1 papan telur puyuh anggaran 12 biji>{rebus & buang kulitnya}
  • 7 tangkai lada kering*>{potong2,rebuskan hingga lembut,toskan airnya}
  • 2 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 camt lada hitam*
  • 1 biji buah keras*
  • 2 camb udang kering*
  • 1 camt jintan manis*
  • 3 keping biskut marie>{ramas hingga hancur}
  • 1 mangkuk sedang air rebusan ayam(chicken stock)
  • Garam,gula merah,gula pasir,pes asam jawa & sedikit serbuk perasa
  • Sedikit minyak untuk menumis & air secukupnya untuk kuah
  • Daun bawang dihiris2,Kacang tanah tumbuk & bawang goreng>{untuk tabur di atasnya}
Cara-Caranya;-
  1. Blend bahan bahan bertanda *hingga hancur.
  2. Panaskan minyak dalam kuali @ periuk{besar sedikit},tumiskan bahan blend hingga wangi & keperangan.
  3. Masukkan isi ayam ,udang & separuh air rebusan ayam.Kacau & biarkan hingga isi ayam & udang separuh masak.
  4. Masukkan lobak merah,batang sawi & fishcake berserta separuh lg air rebusan ayam tadi.
  5. Masukkan juga telur rebus,daun sawi,garam,gula merah,gula pasir,pes asam jawa & serbuk perasa,biarkan hingga kuah mendidih.
  6. Akhir sekali masukkan biskut marie,pekatkan sedikit kuah,rasa garam gulanya,setelah semua ok masukkan tomato,gaul sekejap & matikan api.
  7. Hidangkan bersama mee kuning,& ditaburkan dengan semua bahan taburan di atasnya.

**Biskut marie di gunakan untuk memekatkan kuah disamping boleh menambahkan lemak lagi pada kuah**



0 ulasan:

Post a Comment