Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Monday 10 December 2012

ROTI GULUNG RANGUP

ASSALAMUALAIKUM..
Salam kasih mesra untuk semua kawan2..semoga tugasan yg kita galas mendapat keberkatan dunia dan Akhirat..in shaa Allah
 Dapat menikmati sarapan pagi bersama sama seisi keluarga alangkah indahnya..tp bila fikirkan apa nk dibuat untuk menangi selera mereka rasa payah juga..sudahnya tangkap muat je apa yg dah ada di meja makan & dapur..maka inilah yg dapat izzah hasilkan pagi ini iaitu'Roti Gulung Rangup'berintikan kacang pangang telur hancur..sedar x sedar sebungkus kecil roti gardenia dah tinggal serdak..
Bahan-Bahan:-
1 bungkus kecil roti sandwich Gardenia
2 biji telur-Pukul manja(dgn ujung garpu)hingga hancur
1/2 mangkuk kecil serbuk roti(bread crumbs)-izzah guna warna putih
Untuk Inti:-
1 biji telur
{Panaskan sedikit butter dalam kuali..curahkan telur & terus mengacau hingga berketul hancur} 
1/2 tin kacang panggang-toskan dari kuahnya
1/2 biji bawang besar-di mayang nipis
1 ulas  bawang putih-di ketuk hancur
2 sudu makan rempah kari-bancuh dgn sedikit air jdkan pes
1 sudu makan sos cili
Garam,minyak & sedikit serbuk perasa 
Cara-Caranya:-
Buat inti dahulu..
Panaskan kuali..masukkan sedikit minyak dan kedua bawang..tumis hingga naik bau.
Masukkan pes kari..kacau lagi hingga rata.
Masukkan kacang panggang,telur,sos cili,garam,serbuk perasa & sedikit air..
 Kacau sehingga bergaul mesra..biarkan sehingga kering.
Setelah inti kering dan cukup rasanya matikan api dan sejukkan.
Cara membuat roti gulung..
1) - Canaikan sekeping roti sehingga nipis(jangan buang tepinya)
2) - Sapukan sekeliling dengan telur bagi melekatkan nya.sudukan satu sudu kecil inti ditengahnya ratakan.gulung kemas2.
3) - Celupkan ke dalam telur.
 4) - Celupkan pula ke dalam serbuk roti
 5) - Ulang proses membuatnya sehingga habis...bersedia untuk di goreng
 6) - Panaskan minyak yg banyak dalam kuali..goreng roti sehingga garing
7) - Siap satu hidangan sarapan pagi yg sedappppp
 8) - Boleh juga di nikmati dengan sos cili..tp izzah makan camtu je..
 Tips:-
**Boleh pelbagaikan intinya..ikut selera kita**





Friday 7 December 2012

PULUT DURIAN

ASSALAMUALAIKUM dan salam  petang jumaat ..Izzah nk N3kan satu menu tip top..juadah sedap yg enak dinikmati waktu petang ataupan sesuai untuk majlis santai bersama keluarga dan jiran sekampung.. teringat masa kecik2 dulu..asal tiba je musim durian..dah menjadi kemestian hidangan ni ada di meja makan dan kalau boleh dapat makan hari2 pun tak jemu jemu.. 
Boleh dinikmati dalam 2 versi..versi gula pasir putih @ gula merah (nise kata org klantan)..tp izzah lebih gemar nikmatinya dgn gula pasir putih je malah lebih sedap x guna gula lagi coz durian tu sendiri pun dah manis..bercerita pasal 'pulut durian' ni ramai yg luar dari kelantan tak berapa tahu tentang penyediaannya...
Penyediaan nya cukup unik malah bagi sesetengah orang tak boleh terima..kerna untuk menghasilkan sepinggan pulut durian kita kena menggunakan kedua belah tangan..tapi kita yg nk makan so kita dah pastikan kebersihannya..namun sekarang dah modern semua di lakukan dengan sudu dan garpu..tp izah tetap memilih cara lama lebih2 lagi untuk menghidangkannya pada hubby..air tangan kita dapat mengeratkan lagi kasih syg kami..ewahhh..hehe
baiklah izzah share kan resepinya disini mungkin ada yg berminat..
Bahan-Bahannya:-
Isi durian-terpulang selera masing2 suka byk buh la byk..
Untuk pulut-
2 cawan beras pulut-
{Basuh bersih,masukkan air separas pulut dan masak dalam rice cooker hingga masak-sejukkan)
Untuk santan-
1/2 biji kelapa-perah ambil santan pekatnya
1/2 sudu kecil garam
{Satukan dan jerang diatas api sehingga sedikit mendidih(mengelak ia cepat basi)sejukkan}
Untuk pelengkapnya-
Gula pasir @ 
Gula merah-(nise)
Cara-Cara penyediaannya:-
1)-Masukkan isi durian dan santan kedalam pinggan,dengan menggunakan tangan @ sudu asingkan bijinya..masukkan pulut seperti pic di bawah..
2)-Tambahkan dengan gula pasir putih @
3)-Gula merah @ orang kelantan panggil Nise(tp izah guna gula merah serbuk sbb stok nise dah habis)
4)Gaulkan biar rata sehingga gula hancur...(rumah izzah lebih suka guna gula pasir je)maka terhasillah seperti pic di bawah ini..
Nota:-
**Izzah menggunakan durian D24 untuk menghasilkan pulut durian ini..nak kick lagi guna durian kunyit @ musang king...mmg mablessssss..**
~SELAMAT MENCUBA~



Tuesday 4 December 2012

PETAI JERUK

SEBUT PASAL PETAI JERUK NI ..BEGITU BANYAK KENANGAN PAHIT MANIS TERPAHAT DI MEMORI..
TERINGAT MASA KECIL2 DULU..SERING AYAH KE HUTAN MENCARI "PETAI HUTAN"..BAWAK BALIK...MAK BERJAJA KELILING KAMPUNG MENJUAL PETAI..JIKA TAK HABIS MAK REBUS JADIKAN JERUK..BERBOTOL BOTOL..KDG2 BERTAHUN TAK HABIS MAKAN..SEDAP BETUL LAWN DENGAN NASI PANAS DAN IKAN KERING @ PEKASAM GORENG..
SELAIN NASI..JERUK PETAI INI JUGA SEDAP DINIKMATI DENGAN REBUSAN UBI,KELEDEK &KELADI  BERSULAMKAN IKAN KERING GORENG..SEBUT JE SEMUA TU KENCUR LIURRRRR..HEHE..DAH ITU MAKANAN KAMI ANAK KAMPUNG...TIADA PIZZA,KFC,MC'D MENEMANI SANTAPAN KAMI..HANYALAH JUADAH RINGKAS INI YG MAMPU KAMI NIKMATI..NAMUN KAMI TAK PERNAH MERUNGUT..MALAH KAMI BANGGA DENGAN MAKANAN RUTIN KAMI..WARISAN NENEK MOYANG KAMI..
DIBAWAH INI IZZAH KONGSIKAN DENGAN KAWAN2 CARA2 PEMBUATAN 'PETAI JERUK' INI..
Bahan dan Cara pembuatan nya:-
1)-Petai (banyak-ikut suka) di rebus@celur separuh masak-buang kulitnya..
2)-Masukkan biji petai ke dalam bekas..
3)-Masukkan air sehingga menutupi biji petai..biarkan semalaman
4)-Basuh petai bersih2..buangkan segala kekotoran yg ada..toskan hingga tiada air
5)-Masukkan balik ke dalam bekas..gaulkan biji petai dengan garam sehingga bergaul mesra dan secukup rasa(biar masin sedikit..ini bg mengelakkan petai cepat rosak)
6)-Perapkan dalam 3-4 jam..
7)-Masukkan dalam botol yg sesuai..
8)-Masukkan air suam sehingga menutupi biji petai tadi..tambah lagi sedikit garam(se eloknya guna garam kasar dalam 1 sudu kecil)
9)-Tutup kemas2 dalam 2 hari..buka dan kacau2 kan supaya bergaul rata..tutup semula.
10)-Dalam 3-5 hari jeruk dah boleh dimakan..
11)-Untuk tahan lama..sebulan sekali tukar air garamnya(jika petainya banyak)
12)-Untuk menukar airnya buat seperti no 8 & 9(tp x perlu tambah lagi garamnya)
13)-Seeloknya masukkan dalam peti sejuk barulah kualitinya tak terjejas..jika kena buatannya boleh tahan berbulan malah bertahun..
NOTA:- 
**SEMOGA KAWAN2 DAPAT MENGENALI LEBIH DEKAT LAGI DGN MAKANAN KESUKAAN IZZAH DARI KECIL SEHINGGA SEKARANG..ANAK KAMPUNG KU ANAK KAMPUNG TIDAK TERPADAM YA YA YA YA..HEHE**



ASAM REBUS KELADI

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM
Salam sejahtera kawan kawan..
Hari ini izzah nak N3kan juadah tengahari izzah hari ini..'Asam Rebus Keladi'..sungguh menyelerakan..makan pula dgn ikan tamban goreng garing dan petai jeruk..hmmmm walahhhhh..berminyak muncung..Hahahaha.. 
Keladi ini hasil dari tanaman di kebun kecil tepi rumah..kata mak mertua jenis 'keladi singapura'..entah la..izzah tahu ngap je bab2 jenis ni blurrrrrrrr..hehe..janji ia sedap di makan kira OK la..
Skodeng resepinya di bawah ini.....

Bahan-Bahan:-
2 batang keladi-
(siang,.potong potong ikut suka dan celurkan separuh empuk-toskan airnya)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 genggam ikan bilis
(tumbuk hingga hancur)-izzah ni malas so mayang nipis je bawang tu..hehe
2 senduk kecil lada kering mesin
1/2 mangkuk kecil air asam jawa @ 2 keping asam gelugur/keping
Garam dan sedikit serbuk perasa
Air secukupnya untuk kuah-ikut citarasa masing2
Cara-Cara:-
Satukan air,bahan tumbuk,lada mesin & air asam jawa @ asam keping..
Biarkan kuah mendidih baru di masukkan keladi rebus tadi
Masukkan garam dan serbuk perasa..biarkan sehingga kuah mendidih lagi sekali
Rasa masam masinnya..dah cukup semuanya boleh la di matikan api.
Hidangkan bersama nasi panas..mablessssss.
 Nota:-
**Jika suka..boleh tambahkan udang dalam sayur ni..lagi sedappppp**


Tuesday 20 November 2012

BUBUR KACANG DURIAN

"Jikalau orang tak suka tak apa..."..yg penting ia pebret keluarga..sana sini sebok orang menjaja durian di tepi tepi jalan..ada yg murah dan ada yg tinggi harganya..pendek kata sekarang musim durian menjadi jadi..izzah cukup suka durian kampung..nak nak yg ada pahit pahit sikit..so hubby belikan 4 biji..ni yg buat bubur kacang buh isi durian..sedap sangatttttttt..lama dah ngidam nk makan..hihi
izzah habiskan sebiji tuk masukkan dalam bubur ni..biar rasa sikit duriannya..alang alang kan..
inilah resepi izzah..izzah tahu semua kawan2 dah pandai buat..saje je nak tulis resepinya..Aura R lebih sikit malam ni..hehehe..
Bahannya:-
2 cawan kacang hijau
>>basuh  bersih..rendam selama 4 jam..rebus sehingga separuh empuk..toskan airnya dan ketepikan dahulu.
1 biji kelapa
>>jadikan 2 mangkuk santan(1 pekat-1 cair)
3 keping nisse(gula merah Kelantan)@
1 ketul gula merah biasa
2 sudu besar gula pasir
4 ulas durian-(suka lebih tambah lagi)
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan-disimpul kemas
Caranya:-
~satukan santan cair,gula nisse,gula pasir dan daun pandan..jerang sehingga mendidih.
~masukkan kacang hijau,durian dan garam..kacau sekejap..masukkan santan pekat dan biarkan sehingga santan masak dan mendidih lagi sekali..kecilkan api...
~rasa lemak manisnya..setelah semua cukup dan kuah pekat..matikan api.
~hidangkan dengan roti @ makan begitu je..sedappppppppBottom of Form
Izzah suka buat pekat pekat bubur nya..nanti bila makan rasa sebati lemak manisnya.. 

Thursday 8 November 2012

PUDING ROTI KUKUS

BAGI KITA KAUM IBU NI..PEMBAZIRAN AMAT  TIDAK DI GEMARI..SO BAGI MENGELAKKAN HAL2 MACAM NI KITA KENA PANDAI MENGOLAH MAKANAN YG TAK HABIS DI MAKAN UNTUK MENJADIKANNYA JUADAH YG DI SUKAI...
TAK TERKECUALI IZZAH..MENGADAPTASIKAN ROTI YG DAH TAK TERMAKAN TUK JADIKAN PUDING YG LEMAK DAN SEDAPPPPPP..
DAH JADI PUDING MACAMNI CEPAT PULA HABISNYA..HEHEHE..SO IZZAH LETAKKAN RESEPI YG IZZAH OLAH SENDIRI UNTUK MENGHASILKAN PUDING ROTI KUKUS NI..

BAHAN2NYA:-
1 BUNGKUS KECIL ROTI SANDWICH-(IZZAH GUNA BRAND GARDENIA)
1/2 CAWAN SUSU PEKAT-(BANCUH DENGAN AIR SUAM DAN JADIKAN 3/4 TIN)
1/2 TIN SUSU CAIR
4 BIJI TELUR
1/2 SUDU TEH GARAM
1 PENUTUP BOTOL ESEN VANILLA @ ESEN ROSE

CARA2NYA:-
*KOYAK2 KECIL ROTI
*BLEND KEDUA DUA SUSU DENGAN ROTI,TELUR ,GARAM DAN ESEN.
*TUANGKAN KE DALAM LOYANG @ BEKAS TAHAN PANAS..KUKUS SELAMA 1 JAM.
*SEJUKKAN DULU BARU LAH DIPOTONG POTONG..NAK SEDAP LAGI,MASUKKAN DALAM PETI SEJUK SEKEJAP BARULAH DI MAKAN..
~BAGI YG KREATIF,BOLEH DI PELBAGAIKAN WARNANYA..TP IZZAH SUKA ORI COLOUR~
Bottom of Form
Bottom of Form

BURGER AYAM BOBOY

                               ~BISMILLAHIROHMANIRROHIM~
Resepi asal di ambil dari GOOGLE..izzah olah mengikut selera anak bujang..SNEK kesukaan dia untuk bekpes mahupun minum petang..
Hasil air tangan sendiri tanpa bahan pengawet dan perisa tambahan yg melampau di jamin kebersihannya..sebab tu walau penat macamana pun,izzah selesa sediakan sendiri makanan untuk keluarga..suka dan hilang rasa penat jika hidangan kita berselera dinikmati oleh keluarga..rasa kepuasan yg sukar nak ditafsirkan..hanya yg melaluiya saje yg dapat feel macamni..hihi..melalut pulakkkkkkkk
papun izah bangga dengan hasil airtangan izzah..

~Burger Ayam Boboy~
Ehsan dari Google-tapi izzah tukarkan daging dengan ayam
Bahan-bahan
 ( untuk dagingnya )
• 2 cawan isi ayam-blend kering
• 1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
• 1 labu bawang besar-saiz kecil 
*
• 2 ulas bawang putih
>>{blend kering hingga hancur @ dadukan}
• 1 biji telur
• 1 sudu besar seasoning-(yg ni izzah tambah sendiri)
• ½ sudu teh serbuk lada hitam
• ½ sudu teh serbuk lada sulah
• garam dan gula secukupnya 
(untuk hiasan)
*1 bungkus roti bulat
*1 biji timun-potong nipis
*1 biji tomato-potong nipis
*parutan kobis-(byknya ikut suka)
*mayonis,sos cili & serbuk lada sulah(jika suka extra pedas)

Cara-cara 
(cara membuat dagingnya)
1. Gaul semua bahan-bahan di atas kecuali telur.
2. Pukul telur sekejap. Masukkan sikit demi sedikit. Agak-agak boleh bentuk, berhenti dari masukkan telur.
3. Ambik sedikit dan buat bentuk bulat. Kemudian leperkan/ nipis. Buat sampai habis
4. Lepas tu bolehlah digoreng.
5. Lagi nipis lagi sedap.. untuk dapatkan bentuk yang nipis boleh disimpan dulu dalam freezer. Kemudian potonglah nipis-nipis.masak diatas kuali sehingga daging ayam berubah rupa dan garing.
(cara menyediakan burger)
Buatlah mengikut kreativiti masing masing seperti kita membuat burger biasa..yg izzah tunjuk ni versi xde hiasan..maklum si bujang ni kureng mesra sikit dgn sayur2 ni..hehehe

Thursday 1 November 2012

Kerabu Jantung Pisang

Hari ini izzah menyediakan satu hidangan ringkas untuk juadah tengahari kami,iaitu "KERABU JANTUNG PISANG"...dah lama teringin,tp belum berkesempatan membuatnya..so semalam pegi kipmart terjumpa jantung pisang yg masih baru lg,so beli satu dan buatkan kerabu ni...
siap2 je..izzah meratah gitu je dah habis semangkuk..sedappppppp sangat sangatttttt..hilang rasa kempunan..hehe...
Resepinya izzah letakkan di bawah ini..ikut citarasa izzah(asli kelantan)resepi asal dari arwah mak..semoga ada kawan2 yg teringin mencuba...
Bahan-bahan:-
1 biji jantung pisang
>>(potong bulat..ramaskan dgn sedikit garam utk membuang getahnya..celur hingga empuk..toskan airnya)
1 mangkuk santan>>(yg diperah dari 1/2 biji kelapa dengan air suam)
2 ekor ikan selayang>>(dibakar hingga masak..ambil isinya dan tumbuk hancur)
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu teh lada hitam*
>>(tumbuk lumat bahan bertanda *)
1/2 biji kelapa putih>>(jadikan kerisek)
Garam dan gula secukupnya>>(sesetengah orang perahkan sedikit limau nipis tp izzah tak suka)
Cara-cara:-
Satukan jantung pisang,bahan tumbuk,ikan tumbuk kerisek dan santan.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Gaul semuanya sehingga rata dan sebati
Sedia untuk dihidangkan..sungguh mudah...
Sedap di makan dengan nasi panas2 bersama lauk2 sampingan lain..Ringkas dan sedappppppp





Monday 29 October 2012

ROTI BOBOY


ASSALAMUALAIKUM

Salam hujung minggu.......
Di ilhamkan dari ''ROTI JOHN''..diberi rasa kemelayuan maka terhasillah ''ROTI BOBOY'' sempena nama putera ku..roti ini di buat untuk breakfirst nya di hujung minggu...kombinasi kari dan sos manis seperti mayonis dan sos cili benar2 memikat seleranya...tak hairanlah dia boleh layan 2 biji sekali jalan..

So tak nak tulis byk2 lagi...jd inilah resepinya yg izzah buat untuk ROTI BOBOY ni..izzah olah mengikut selera keluarga...

Bahan-bahan

{untuk intinya}:-

1 mangkuk kecil isi ayam>>{diblend dgn blender kering hingga hancur}

1 biji bawang besar>>{dadukan}

3 ulas bawang putih>>{ketuk hancur}

1 sudu makan serbuk kari

1 sudu teh lada mesin>>{tak nak guna pun xpe}

1 sudu makan mayonis

1-2 sudu makan buttercup>> untuk menumis

Garam dan sedikit serbuk perasa
{untuk bahan sampingannya}

3-4 titik seasoning

Serbuk lada sulah>>(ikut citarasa)

Mayonis dan sos cili

Telur >>{bergantung pada roti}

Sedikit butter>>{untuk sapu pada roti

6 keping roti 'finger rolls' >>{roti john}

Kobis @ salad + tomato

Cara-cara


Panaskann butter dalam kuali

Tumiskan bawang putih yang dihancurkan,bawang besar yg di potong dadu,lada mesin dan serbuk kari

Masukkan daging ayam dan letakkan garam dan sedikit serbuk perasa secukupnya hingga masak.

Belah dua roti jangan sampai putus 

Masukkan telor dalam daging cincang Pukul sebentar telur+daging

Panaskan butter dlm kuali Sapukan aduna daging+telur atas roti Terlangkupkan atas kuali

Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar

Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing 

Hiaskan dengan sayuran seperti kobis,tomato, sos cili dan mayonis .

Sediakan untuk di ngappppppp

Sedap juga di nikmati di waktu petang dengan segelas sirap bandung




BAKSO AYAM


Buat untuk makan petang tadi...lately ni badan asyik tak sehat je..selera makan pun tak menentu..so kena cari jalan la untuk menaikkan balik selera..maka terhasil lah BAKSO AYAM ni....
Biasanya kita dengar bakso diperbuat dari bebola daging sapi @ lembu..tp izzah tak makan daging..so kena la olah sendiri menggunakan ayam..
Tapi feel dia tetap juga mengujakan..perghhh masuk bakul pulakkkk..hahahaha..tp yg syoknya ttg bakso ku ini ialah tang kuahnya..biasanya bakso yg ku makan kuahnya xde la pekat..cair je..tp aku suka suki je buat ikut tekak kami sekeluarga lebih2 lg putera ku..dia cukup suka cara camni..baru rasa rempahnya(katanya)hehe…hmmmm perasan lagi aku…ada aku kesahhhhhhhhh
So ni la resepi citarasa kami sekeluarga..
Bahan2nya:-
1 bungkus bihun>>(rebus hingga lembut dan toskan)
(A)-(untuk bebola ayam)
1 mangkuk kecil isi ayam>>(blend dgn blender kering hingga hancur)
1 biji bawang besar>>(diblend)
2 biji bawang putih>>(diblend)
1 sudu makan tepung ubi
1/2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu kecil seasoning
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam
Cara membuatnya:-
-Gaul semua bahan2 hingga menjadi doh.
-Doh kelihatan lembik dan melekat di tangan..tak mengapa..jika doh keras nt bila bebola masak juga akan keras. (Cuma jika terlalu lembik tambahkan sedikit  je tepung jagung).
-Jerang air dalam periuk setengah penuh..biarkan mendidih..
-Bulat2kan doh menjadi bebola kecil..masukkan ke dalam air mendidih..biarkan sehingga ia timbul di permukaan boleh la di angkat..itu menandakan ia telah masak.
-Masukkan ke dalam air sejuk sekejap barulah di toskan airnya..buat sehingga habis doh..
(B)-(untuk kuah):-
Tulang2 ayam di potong kecil2..di rebus dengan sedikit halia & bawang putih hingga empuk..ketepikan (airnya jangan dibuang untuk dijadikan stock)
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
5 cm halia*
>>(semua bahan * dimayang nipis)
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
10 biji cengkih
>>(4 sekawan)
1 bunjut rempah sup
2 sudu makan rempah kurma
1 kiub pati ayam
Minyak untuk menumis,garam,gula dan sedikit serbuk perasa
Cara  membuat nya:-
- Panaskan minyak dalam periuk..tumis bahan mayang dan 4 sekawan hingga wangi dan sedikit garing.masukkan rempah kurma..kacau sehingga sebati.
-Masukkan air stock,air biasa,rempah bunjut dan ayam..biarkan mendidih.
-Masukkan kiub ayam,garam,gula dan serbuk perasa..kacau sehingga sebati.
-Akhir sekali..masukkan bebola ayam..biarkan sekejap..setelah cukup rasanya boleh lah di angkat..
(C)-(untuk sambal kicap):-
Cili api
Lada basah
Bawang besar
Bawang putih
Kicap manis ABC
>>(kuantitinya ikut selera masing masing)
Cara membuatnya:-
-Goreng semua bahan(kecuali kicap)hingga layu dgn sedikit minyak.
-Tumbuk @ blend kering semua bahan kecuali kicap.
-Dah lumat barulah di bancuhkan dengan kicap..sedia untuk dinikmati.
(D)-(bahan sampingan lain):-
Taugeh >>(celur sedikit)
Kobis>>(di hiris rampai)
Daun sup/bawang-jika suka>>(izzah tak letak pun)
Cara2 menghidangnya:-
- Masukkan sedikit bihun ke dalam mangkuk..curahkan kuah berserta bebola ayam..masukkan sambal dan sayur2..Siapppppppp..boleh di ngappppp..
~SELAMAT MENCUBA~