Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Thursday, 1 November 2012

Kerabu Jantung Pisang

Hari ini izzah menyediakan satu hidangan ringkas untuk juadah tengahari kami,iaitu "KERABU JANTUNG PISANG"...dah lama teringin,tp belum berkesempatan membuatnya..so semalam pegi kipmart terjumpa jantung pisang yg masih baru lg,so beli satu dan buatkan kerabu ni...
siap2 je..izzah meratah gitu je dah habis semangkuk..sedappppppp sangat sangatttttt..hilang rasa kempunan..hehe...
Resepinya izzah letakkan di bawah ini..ikut citarasa izzah(asli kelantan)resepi asal dari arwah mak..semoga ada kawan2 yg teringin mencuba...
Bahan-bahan:-
1 biji jantung pisang
>>(potong bulat..ramaskan dgn sedikit garam utk membuang getahnya..celur hingga empuk..toskan airnya)
1 mangkuk santan>>(yg diperah dari 1/2 biji kelapa dengan air suam)
2 ekor ikan selayang>>(dibakar hingga masak..ambil isinya dan tumbuk hancur)
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu teh lada hitam*
>>(tumbuk lumat bahan bertanda *)
1/2 biji kelapa putih>>(jadikan kerisek)
Garam dan gula secukupnya>>(sesetengah orang perahkan sedikit limau nipis tp izzah tak suka)
Cara-cara:-
Satukan jantung pisang,bahan tumbuk,ikan tumbuk kerisek dan santan.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Gaul semuanya sehingga rata dan sebati
Sedia untuk dihidangkan..sungguh mudah...
Sedap di makan dengan nasi panas2 bersama lauk2 sampingan lain..Ringkas dan sedappppppp





0 ulasan:

Post a Comment