ASSALAMUALAIKUM
Salam hujung
minggu.......
Di ilhamkan dari ''ROTI JOHN''..diberi rasa kemelayuan maka terhasillah ''ROTI BOBOY'' sempena nama putera ku..roti ini di buat
untuk breakfirst nya di hujung minggu...kombinasi kari dan sos manis seperti
mayonis dan sos cili benar2 memikat seleranya...tak hairanlah dia boleh layan 2
biji sekali jalan..
So tak nak tulis byk2 lagi...jd inilah resepinya yg izzah buat
untuk ROTI BOBOY ni..izzah olah mengikut selera keluarga...
Bahan-bahan
{untuk intinya}:-
1 mangkuk kecil isi ayam>>{diblend
dgn blender kering hingga hancur}
1 biji bawang besar>>{dadukan}
3 ulas bawang putih>>{ketuk hancur}
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh lada mesin>>{tak nak
guna pun xpe}
1 sudu makan mayonis
1-2 sudu makan buttercup>> untuk
menumis
Garam dan sedikit serbuk perasa
{untuk bahan sampingannya}
3-4 titik seasoning
Serbuk lada sulah>>(ikut citarasa)
Mayonis dan sos cili
Telur >>{bergantung pada roti}
Sedikit butter>>{untuk sapu pada
roti
6 keping roti 'finger rolls' >>{roti
john}
Kobis @ salad + tomato
Cara-cara
Panaskann butter dalam kuali
Tumiskan bawang putih yang
dihancurkan,bawang besar yg di potong dadu,lada mesin dan serbuk kari
Masukkan daging ayam dan letakkan garam
dan sedikit serbuk perasa secukupnya hingga masak.
Belah dua roti jangan sampai putus
Masukkan telor dalam daging
cincang Pukul sebentar telur+daging
Panaskan butter dlm kuali Sapukan
aduna daging+telur atas roti Terlangkupkan atas kuali
Terbalikkan adunan jika telah masak dan
biarkan sebentar
Angkat setelah bahagian bawah sudah
sedikit garing
Hiaskan dengan sayuran seperti
kobis,tomato, sos cili dan mayonis .
Sediakan untuk di ngappppppp
Sedap juga di nikmati di waktu petang dengan segelas sirap bandung
0 ulasan:
Post a Comment