Sebetulnya
izzah ‘ON DIET’ sekarang..dah lebih 2 minggu tak jamah nasi..kononnya nk
kurangkan berat badan yg dah ‘terover’ ni...btp dek kerana terjumpa ubi yg empuk...izzah
‘KORBANKAN’diet izzah untuk malam ni..hahaha
GULAI
MASAM PEDAS UBI ni adalah makanan kesukaan izah masa budak2 dulu..Arwah mak
suka masakkan masakan ni..kerna dia tahu izzah suka sangat...yalah dulukan kita
susah..so inilah makanan yg kita selalu hadap...
Sekarang
izzah nk kongsikan dengan kawan2 yg tak pernah jamah..mungkin dgr nama pun
pelik kan???masakan izah yg cukup mudah ini...ini izah letakkan
resepinya...kurang lebih la ya...
BAHAN-BAHAN:-
1 ekor ikan patin sedang
>>Di siang,rendamkan dalam air asam
jawa yg bercampur air beras.
2 ketul ubi kayu sederhana besar
>>Diragi cik2 dalam 5
cm,basuh bersih dan toskan.
5 ulas bawang merah#
2 ulas kecil bawang putih#
2 cm kunyit hidup#
5-7 biji cili api#-(bagi yg suka pedas boleh lebihkan)
1 sudu makan nasi#
>>Blend kesemua bahan bertanda # sehingga hancur dan
pekat..
2 helai daun kunyit
>>Di siat siat...
2 keping asam gelugur @ keping
Garam dan sedikit serbuk perasa
Air secukup untuk kuah..
CARA-CARA:-
1. Jerang air dalam periuk..masukkan bahan
blend & daun kunyit.
2. Masukkan ubi & asam keping..kacau bagi
rata..biarkan sehingga ubi separuh empuk.
3. Masukkan ikan..jika kuah terlalu sedikit
tambah lagi sedikit air(masakan tak perlu byk kuah nt kurang sedapnya)sebab
fungsi nasi itupun adalah untuk memekatkan kuah.
4. Kacau kuah sehingga ubi empuk.masukkan
garam & sedikit serbuk perasa.
5. Setelah semua masak boleh lah di matikan
api...sejukkan dan hidangkan.
***MASAKAN YG CUKUP MUDAH UNTUK
DI SEDIAKAN..HANYA MENGAMBIL MASA TAK SAMPAI PUN 30 MINIT..***
0 ulasan:
Post a Comment