Akhirnya hajat telah tercapai..walaupun ada sedikit kecacatan...~PUDING MILO OREO~ ku..terhasil jua akhirnya...hmmmm not bad la....nak kata lelebih x boleh coz tak boleh jamah banyak2..tapi anak bujang macam berpuashati la..biasa la bebudak kan??
Kerana warna agar2nya merah...so tengahnya pun jd warna pink..x putih mcm biasa kawan2 buat..hehe
Nak ikutkan kena tangguh lg projek ku hari ni..semuanya gara2 jelly powder yg ku beli berwarna merah(Red colour) bukannya clear seperti yg aku nak...tp bila fikir balik..kalau orang tak buat apa salahnya aku buat..lgpun hanya warna je xde la merubah rasanya...
Apapun saya tetap gunakan resepi yg saya ambil dari google untuk menghasilkan puding ini..TERIMA KASIH Pada pemilk resepi ini(Yg saya lupa namanya)dan MAAF kerana saya SHARE kan kt sini pula...tp saya adjust sikit ikut selera anak...
BAHAN2:
1 bungkus Serbuk Agar-Agar
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
2 sudu makan serbuk coffee mate>>(yg ni sendiri tambah)
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2
lapis
CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu & serbuk coffee mate…kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo
sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak
membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih
tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan
tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan
lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum
nya supaya ia melekat dgn baik.
0 ulasan:
Post a Comment