ASSALAMUALAIKUM..
Salam kasih mesra untuk semua kawan2..semoga tugasan yg kita galas mendapat keberkatan dunia dan Akhirat..in shaa Allah
Dapat menikmati sarapan pagi bersama sama seisi keluarga alangkah indahnya..tp bila fikirkan apa nk dibuat untuk menangi selera mereka rasa payah juga..sudahnya tangkap muat je apa yg dah ada di meja makan & dapur..maka inilah yg dapat izzah hasilkan pagi ini iaitu'Roti Gulung Rangup'berintikan kacang pangang telur hancur..sedar x sedar sebungkus kecil roti gardenia dah tinggal serdak..Bahan-Bahan:-
1 bungkus kecil roti sandwich Gardenia
2 biji telur-Pukul manja(dgn ujung garpu)hingga hancur
1/2 mangkuk kecil serbuk roti(bread crumbs)-izzah guna warna putih
Untuk Inti:-
1 biji telur
{Panaskan sedikit butter dalam kuali..curahkan telur & terus mengacau hingga berketul hancur}
1/2 tin kacang panggang-toskan dari kuahnya
1/2 biji bawang besar-di mayang nipis
1 ulas bawang putih-di ketuk hancur
2 sudu makan rempah kari-bancuh dgn sedikit air jdkan pes
1 sudu makan sos cili
Garam,minyak & sedikit serbuk perasa
Cara-Caranya:-
Buat inti dahulu..
Panaskan kuali..masukkan sedikit minyak dan kedua bawang..tumis hingga naik bau.
Masukkan pes kari..kacau lagi hingga rata.
Masukkan kacang panggang,telur,sos cili,garam,serbuk perasa & sedikit air..
Kacau sehingga bergaul mesra..biarkan sehingga kering.
Setelah inti kering dan cukup rasanya matikan api dan sejukkan.
Cara membuat roti gulung..
1) - Canaikan sekeping roti sehingga nipis(jangan buang tepinya)
2) - Sapukan sekeliling dengan telur bagi melekatkan nya.sudukan satu sudu kecil inti ditengahnya ratakan.gulung kemas2.
3) - Celupkan ke dalam telur.
4) - Celupkan pula ke dalam serbuk roti
5) - Ulang proses membuatnya sehingga habis...bersedia untuk di goreng
6) - Panaskan minyak yg banyak dalam kuali..goreng roti sehingga garing
7) - Siap satu hidangan sarapan pagi yg sedappppp
8) - Boleh juga di nikmati dengan sos cili..tp izzah makan camtu je..Tips:-
**Boleh pelbagaikan intinya..ikut selera kita**
0 ulasan:
Post a Comment