Assalamualaikum dan salam jumaat yg mulia..
malah belum terlambat lagi rasanya nk
wish “selamat tahun baru 2013”..
Agak lama tak menjengah kemari.. dah naik
bersawang dah blog ni..kih kih kih..bukan setakat malas je melanda, kesihatan
juga kurang baik..tiba2 kena ‘food poison’..seminggu lebih terlantar di katil
hospital..kira sambut tahu baru kt ‘tingkat 6 hotel 4 bintang’ la izzah tahun ni..apa
nak buat,tuhan nak uji..Alhamdulillah dah baik dan masih diberi kesempatan
untuk bersama kawan2 yg izzah hormati..
Ari ni..sebagai pembuka 2013,izzah nak
n3kan satu juadah paling ringkas penyediaannya..namun mampu membangkitkan
selera disaat kita kurang selera makan..’’singgang ikan kembong’’@ sesetengah tempat
gelarkannya ikan termenung..ntah bila diorang nampak ikan tu termenung entah
la..wakakaka(lawak bodo la pulak)
(A)
3 ekor ikan kembong>bersihkan &
potong 2
4 biji bawang besar*
2 ulas bawang merah*
5cm lengkuas*
(dihiris nipis2)
4-5 biji cili api>dibelah 2
3 biji cili merah & hijau>belah
2(jika suka)
2-3 keping asam gelugur
Garam,sedikit serbuk perasa & air
untuk kuah(banyak ikut suka)
(B)
Kacang bendi @ kacang panjang @
terung(untuk menyedapkan lagi singgang)
Cara-Cara:-
>>Masukkan semua bahan A,kecuali
garam & serbuk perasa(jgn masuk dahulu).
>>Biarkan kuah mendidih
sedikit,masukkan bahan B,garam & serbuk perasa.
>>Setelah sayur masak barulah
boleh matikan api.
>>Sedia untuk dihidangkan.
NOTA:-
~~Singgang juga sedap di buat menggunakan ikan
tongkol @ orang belah timur,terutamanya Kelantan menggelarkan nya ikan Aya~~
0 ulasan:
Post a Comment