Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Monday, 12 December 2011

NASI AYAM TERATAK IBUTOK

                            ~~assalamualaikum~~
>Dah 3 hari tenet ni 'mereng'.....dah la tu,wayer USB kamera pun 'heng' juga....macam ada kompromi lak...hehehe..dgn erti kata lain..asal yg berdua ni 'mogok',maka projek ku byk yg tergendala...cam n3 yg Izzah upload ni,sepatutnya dah masuk 3 hari lepas,tp hari ni baru dapat......saje nak tayang resepi "NasiAyam" gaya Izzah....setiap dari kita mesti ada cara masing2 kan....
>hidangan Izzah ringkas je,tp masa penyediaannya je yg agak mengambil masa sikit....tp Alhamdulillah,dapat Izzah siapkan tuk lunch kami di hujung minggu.Izzah biasanya variasikan rasa lauk..izzah tukar2 perasanya supaya keluarga x jemu makan rasa yg sama,izzah pernah buat perasa rempah2,tomyam & tandori....kali ini pula Izzah buat perasa sos2 pula...kita layan......yg pastinya setiap perasa yg izzah buat mesti ada 'madu'.....guna minyak bijan pun sedap.....
Disini izah tempek kan resepi "nasi ayam teratak ibutok"menu kesukaan hubby & anak.......
BAHAN-BAHAN;-
(A)>UNTUK AYAM
  • 1 ekor ayam>(potong ikut suka-<sepatutnya belah 4 je>basuh dgn tpg,bersih & toskan)
  • 4 cm halia>(x perlu buang kulit,basuh bersih2,ketuk kasar)
  • 4 ulas bawang merah>(buang kulit,ketuk biar pecah)
  • 4 ulas bawang merah>(jgn buang kulit,basuh bersih,ketuk kasar)
  • 2 batang serai>(diketuk)
  • 1/2 periuk air bersih + sedikit garam
  • {Rebus ayam dgn semua bahan sehingga mendidih-asingkan ayam dari air rebusan,toskan}
  • 2 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 3 cm halia*
  • 2 batang serai*
  • {blend semua bahan bertanda * hingga hancur}
  • 1/2 mangkuk kecil kicap lemak manis@masin
  • 1/2 mangkuk kecil sos cili
  • 3 camb sos tomato
  • 3 camb sos tiram
  • 3 camb madu
  • 1/2 biji lemon @ 1 biji limau kasturi>(perah,ambil airnya)
  • 3 camb lada mesin>(cili boh)
  • seasoning maggi>(jika suka,izzah x buh coz dah habis stock)
  • garam,gula & sedikit serbuk perasa>(izzah gantikan gula dgn kismis-blend sedikit.
(CARA MEMERAP & MEMASAK AYAM);-
  1. Masukkan ayam kedalam bekas besar.
  2. Di dalam bekas berasingan,gaulkan dulu kesemua bahan biar rata.
  3. Curahkan ke dalam ayam,gaul sebati & perapkan selama 4-5 jam.
  4. Panaskan minyak yg banyak,setelah minyak panas,perlahankan api,goreng ayam sehingga sedikit garing,balik balikkan ayam,setelah garing boleh la di angkat.
  5. menggoreng nya x perlu lama,kerna ayam sudah masak.
  6. Angkat & toskan minyaknya.
  7. Lebihan sos ayam jangan dibuang.
(B)>UNTUK NASI;-{SUKATAN UNTUK KELUARGA IZZAH}
  • 2 pot  beras>(basuh bersih,toskan)
  • 2 cm halia*
  • 3 ulas bawang putih*
  • (blend kedua bahan bertanda * hingga hancur)
  • 2 ketul kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 3 sudu makan butter
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Sedikit garam
(CARA MEMASAK NASI);-
  1. Panaskan kuali besar,masukkan butter & minyak,setelah panas,perlahankan sedikit api,masukkan rempah tumis,seperti kayu manis,bunga lawang,cengkih,buah pelaga & lada hitam..kacau sekejap.
  2. Masukkan bahan blend,kacau sehingga berbau wangi.
  3. Masukkan beras & sedikit garam,goreng sehingga beras kering.
  4. Pindahkan beras ke dalam rice cooker,tambahkan 3 senduk kecil stock ayam dicampur dgn air masak,jerang la seperti kita memasak nasi biasa.
  • (C)>UNTUK SUP
  • Air rebusan ayam>(chicken stock)
  • Tulang2 ayam yg di potong kecil>(jika suka)
  • 2 ketul kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 ulas bawang putih>(2 ulas di mayang,2 ulas lagi di blend)
  • 2 cm halia>(buang kuliit & blend hancur)
  • 4 ulas bawang merah @ 1 labu bawang besar>(di blend)
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 biji limau kasturi>(perah ambil airnya)
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai daun bawang
  • Garam,serbuk perasa & minyak untuk menumis.
  • (izzah masukkan sedikit kismis blend ke dalam kuah,untuk menyedapkan rasa sup)
  • Air biasa>(jika kuahnya x cukup)
(CARA MEMASAK SUP);-
  1. Panaskan minyak,tumis semua rempah menumis seperti kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga & hirisan bawang putih.kacau hingga naik bau & bawang kekuningan.
  2. Curahkan bahan blend,kacau sekejap.masukkansedikit air rebusan,masukkan tulang2 ayam(jika guna),kacau hingga sebati.
  3. Masukkan rempah sup bunjut & semua air stock.jika masih kurang air,masukkan lagi air biasa.
  4. Biarkan sup mendidih.masukkan garam,serbuk perasa & air perahan limau.rasa masin masamnya,setelah semua cukup,matikan api.
  5. Daun sup & bawang,ditabur semasa menghidang.
(D)>UNTUK SOS MERAH-(SAMBAL)
  • 7 biji cili api merah*
  • 2 biji lada merah*
  • 2 cm halia*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sudu teh tepung jagung + sedikit air>(bancuhkan)
  • 1 sudu makan air asam jawa>(sederhana pekat)
  • Garam,gula merah,gula pasir & sedikit serbuk perasa.
  • Air secukupnya.
(CARA MEMASAK SOS);-
  1. Blend semua bahan bertanda * hingga hancur.
  2. Masukkan dalam periuk kecil.masukkan juga air.
  3. Jerang diatas api hingga mendidih.
  4. Masukkan garam,kedua2 gula,serbuk perasa,air asam jawa.kacau sehingga rata.
  5. Akhir sekali,untuk pekatkan sos,curahkan sedikit dulu bancuhan tepung jagung.tengok,jika rasa dah cukup pekatnya,tak perlu habiskan bancuhan itu.
  6. Matikan api & sejukkan untuk dihidangkan dengan nasi ayam tadi.
(E)>UNTUK SOS HITAM
  • Rempah lebihan perapan ayam & kicap lemak manis @ masin secukupnya.
  • Air masak secukupnya>(terpulang citarasa kita tuk kepekatannya)
  • (Campurkan semua bahan,jerang diatas api sehingga sos mendidih,matika api & sejukkan)
(F)>BAHAN SAMPINGAN
  • Timun,tomato & salad kobis.
  • (izzah x guna bahan sampingan kali ini coz izah buat sup sayur campur).
CARA-CARA MENGHIDANG;-
Ayam jika dipotong 4 bahagian je hendak lah dipotong2 dahulu.jika sudah kecil biarkan je begitu. hidanglah seperti biasa .

**BAGI MENYENANGKAN KERJA....IZZAH BLEND ASING BANYAK2 DULU HALIA & BAWANG PUTIH....SEBAB BAHAN ASAS PEMBUATAN NASI AYAM NI BANYAK GUNAKAN BAHAN2 ITU**

    0 ulasan:

    Post a Comment