>Ini percubaan pertama kali izzah,membuat BINGKA LABU,sebelum ni makan yg beli kt kedai je...izzah ni mmg penggemar buah labu,apa saja resepi2 berasaskan labu,izzah layan...teringat masa kecik2 dulu,asal ada kenduri kawin kt kampung,org akan masak labu sira untuk makanan sampingan bersama hidangan nasi...so kita budak2 ni mmg menunggu sira labu tu masak,untuk di makan time panas2....sedapnya...Nostalgik & penuh Sentimental Value...
>Resepi Bingka Labu ni izzah dapat dari seorang kawan... kakcu Suzana Sahamidon namanya,insan yg tak lokek ilmu...Tak banyak yg izzah ubah pada resepi asalnya,cuma quantity gula je izzah kurangkan...dari 2 cawan hanya kepada 1 cawan sahaja,kira manisnya sesedap rasa......sekarang izzah tempekkan kt sini pula tuk kita kongsi bersama....."thanks A lot to my dearest sister"..ini la resepinya izzah copy paste kan kt sini..
Bahan-bahannya;-
350gm labu yg telah di rebus(Izzah guna 1 cawan)
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
200ml santan + 11/2 cawan air
2 cawan gula (saya taruk 11/2 cwn gula,itu pn dh manis..boleh kurangkan lg)>(izzah guna 1 cawan je)
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar butter @ 2 sudu besar minyak masak(untuk sapu loyang)
sedikit bijan ( utk tabur di atas adunan sebelum di bakar)
**{Bijan tu izzah tabur setelah 20 minit dibakar}**
Cara2nya:
semua bahan2 di atas di campurkan dan di kisar hingga sebati
kecuali butter dan minyak.
sebelum adunan di bakar,1 sudu besar butter dan 2 sudu besar minyak masak di panaskan
dalam loyang,(saya guna minyak masak sahaja),supaya adunan tidak melekat di loyang.
kemudian masukkan adunan dlm loyang yg masih panas td dan bakar selama 1 jam 15 minit
atau sehingga masak mengikut suhu oven masing2.
(saya bakar guna api bawah sahaja tp dlm 6-7 minit terakhir saya guna api atas bawah)
>>Kuih yang baru di keluarkan dari oven<<
0 ulasan:
Post a Comment