~~assalamualaikum wbt~~
Salam ceria dipagi kamis ini...
Izzah ingin berkongsi 1 menu tuk sarapan izzah sekeluarga iaitu lempeng kelapa muda...
Aroma kelapanya terbit begitu membangkit kan selera tatkala lempeng ini dibakar...
Nak dapatkan kelapa muda bukannya mudah,sib baik dapat lak hari ni..so izzah lau dgn kelapa tua ni,jrg sgt nk membuat kuih..nak nak cam lempeng ni bkn apa rasanya dah lain...
Tak nak byk ngomel,so izzah nk tulis resepi mudah yg izzah gunakan tuk membuat lempeng kelapa ni...verry the mudah..janji kelapanya kelapa muda........
Bahan-bahannya;-
4 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa muda parut
1 biji telur
1 mug air suam
1 sudu teh garam
Cara-caranya;-
· Kacau garam di dalam air suam sehingga larut.
· Masukkan ke dalam blender.Bersama bahan lain blend adunan hingga hancur & tidak berketul.
· Jika adunan masih terlalu pekat,masukkanlagi air suam sedikit sedikit sehingga adunan sesuai untuk membuat lempeng.
· Panaskan pan(lau boleh yg non-stick punya la)laserkan dgn sedikit minyak tuk permulaan sahaja.
· Sendukkan 1 senduk adunan,masukkan dalam pan,ratakan bulat2,tunggu sehingga tepung menjadi sedikit kering,balikkan ke sebelah lagi.
· Setelah masak,angkat & gulung kemas kemas.buat sehingga habis adunan.
· Setelah semua siap hidangkan bersama kari ayam @ sambal tumis.
>>Coce kt luar pun mendung je..makin bertambah enak makan lempeng ni lwn lak dgn air teh kurang manis.......<<
0 ulasan:
Post a Comment