~ASSALAMUALAIKUM~
**Bila sebut pasal rojak..ramai sudah tahu membuatnya..dgn bermacam variasi..ikut selera tekak masing2..x ketinggalan juga izzah..ia adalah salah satu menu kesukaan tuk di nikmati waktu santai bersama keluarga..nak2 wekend..lau xde aktiviti lain..
**izzah jenis kurang gemar memasukkan mee kuning ke dalam rojak..rasa cam x feel je..hehe..so setiap kali membuatnya izzah x pernah addkan nya..nt membazir,coz xde yg makan..so rojak izzah kali ni verry the simple ingredients...semua citara my hero....
**So inilah bahan2nya...Bermula dgn bahan untuk kuahnya dahulu..
BAHAN2NYA:-
Bahan A: (untuk kuah)
4 biji kentang>(Buang kulit rebus hingga empuk-nak cpt empuk,belah 4 dulu baru rebus)
1/2 cawan gajus>(Sangai sekejap)
1/2 cawan kacang tanah>(Goreng dgn sedikit minyak)
(Blend dgn air semua bahan di atas hingga hancur)
2 sudu makan bawang merah mesin
3-4 sudu makan lada kering mesin>(jika nak pedas lagi addkan sedikit lagi ladanya)
1/2 cawan gula merah
1 sudu makan gula pasir
2 sudu teh garam
CARA2NYA:-
- Satukan semua bahan dalam satu periuk besar.
- Addkan sebanyak mana air untuk kuahnya mengikut citarasa-(jika izzah..suka bykkan dulu air,biar ia pekat sedikit2 sehingga kepada kepekatan yg kita mahu..ini akan mengenakkan lagi rasa kuah)
- Jerang kuah sehingga mendidih,baru masukkan gula merah,gula pasir & garam..biarkan kuah pekat barulah di matikan api.(Perlu diingatkan..kerapkan mengacau kuah supaya tidak membuak & tertumpah)
- Sejukkan & sediakan bahan sampingannya...
Bahan B:(untuk bahan sampingannya)
Cucur bijan:-(izzah x sempat buat,coz kesuntukan masa)
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu teh baking powder>(Serbuk penaik)
3 sudu makan bijan
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning (jika suka)
Cara2nya:-
- kacau gula & garam didalam satu cawan air panas.
- Masukkan kedua tepung & serbuk penaik ke dalam 1 mangkuk.
- Curahkan air garam tadi kedalamnya..addkan lagi air masak biasa,bancuhkan sehingga menjadi seperti kita membuat cekodok biasa.
- Akhir sekali addkan bijan..perap selama 1 jam baru lah di goreng hingga habis.
- Ketepikan.
- (Boleh juga buatkan cucur sayur,udang & cucur kosong biasa)
4 keping fishcake(kek ikan)
4 keping chicken cake(kek ayam)
4 keping tauhu>(goreng biasa dahulu)
4 keping tempe
4 keping fishfillet(fillet ikan)
12 biji fish ball(bebola ikan)
4 biji vegeball(bebola sayuran)
4-5 biji kentang>(buang kulit..rebus dulu sehingga empuk-jgn terlalu empuk)
3-4 biji telur rebus
(boleh juga guna bahan sampingan mengikut catarasa sendiri-yg izzah tulis ni bahan yg izzah guna)
1 biji timun batang@sayur>(jgn buang kulit,basuh bersih2 & dihiris ikut citarasa)
4-5 biji lada hijau hidup>(hiris2 setebal 1 cm)
Bahan C:(untuk tepung gorengannya)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
sedikit bijan (jika suka-izzah x letak pun habis stock)
Garam & sedikit gula
Cara2nya:-
- Bancuhkan semua bahan seperti membuat bancuhan goreng pisang.
- Panaskan kuali..goreng semua bahan * diatas sehingga masak.
- Sejukkan & hidangkan bersama kuah,timun & lada hijau.
- Selamat menjamu selera....
0 ulasan:
Post a Comment