Biryani Pakistan
Salam isnin yg cerah...hari ini kaum Chinese sambut tahun baru..izzah lak buat masakan orang arab iaitu biryani Pakistan..lawan lak dengan kari kering ayam kampong...terangkattt..hehehe..
Resepinya izzah letakkan kat bawah ni..cer tengokkkkk.......
Bahan-bahan:-
4 pot beras basmathi
>{basuh bersih..rendam sekejap..buang airnya & toskan}
1 tin susu cair
2 batang serai>{ketuk}
2 sudu makan kismis>{goreng sedikit}
2 sudu makan biji gajus>{goreng sedikit}
1 pax rempah biryani>{izzah guna rempah shan}
5 sudu makan minyak sapi
Sedikit garam & gula
Bahan tumis:-
2 biji bawang besar>{mayang nipis)
2 ulas bawang putih>{mayang nipis}
4 cm halia>{mayang nipis}
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 sudu makan cengkih
2 batang kulit kayu manis
Cara-cara:-
Ø Panaskan minyak sapi dalam kuali..masukkan bawang mayang & diikuti dengan semua rempah menumis.tumis sehingga naik bau.
Ø Masukkan pula halia..rempah biryani & sedikit air..kacau sehingga rempah pekat.
Ø Masukkan beras ..garam & gula..kacau sehingga beras sedikit kering.
Ø Alihkan beras dari dalam kuali ke rice cooker.
Ø Tuang susu cair & air secukupnya..seperti memasak nasi biasa.
Ø Setelah nasi kering..taburkan dgn biji gajus & kismis..kacau rata..tutupkan semula periuk..biarkan sekejap..baru matikan apinya.
Ø Hidangkan bersama lauk kegemaran...
0 ulasan:
Post a Comment