<<SAMBAL MANIS AYAM & TEMPE>>
Menu yg izzah n3kan ni izzah masak sebagai lauk sampingan untuk hidangan nasi ayam berempah ala arab...
Lauk ni kesukaan anak bujang izzah..jadi tak payah nak peningkan kepala tuk fikir nak masak lauk apa tuk dilawankan dgn nasi berempah tu...senangkan kije..heheResepinya izzah guna apa yg ada kt dapur je..cekup2 campak2...asal masak dahhhh.....
Bahan-bahannya;-· 10 ketul ayam>(basuh dengan air beras..bersihkan..goreng ayam hingga separuh masak)· 3 keping tempe>(potong 2 cm..goreng hingga kuning)Bahan (A);-· 1 biji bawang besar· 3 ulas bawang putih· 2 cm halia· 1 batang serai(blend hancur semua bahan)Bahan (B);-· 2 senduk kecil lada mesin· 2 sudu makan sos cili· 1 sudu makan sos tomato· 1 sudu makan tomato puri· 1 sudu makan sos tiram· ½ kiub pati ayam· 1 mangkuk kecil air rebusan ayam· 1 sudu makan maduBahan (C);-· 2 biji bawang besar di mayang bulat· Garam..air asam..sedikit perasa· Minyak untuk menumisCara caranya;-¨ Panaskan minyak dalam kuali.¨ Tumis bahan (A) sehingga wangi.¨ Masukkan bahan (B)..dimulakan dengan lada mesin dulu..kacau sehingga naik minyak dulu barulah di masukkan yg lain lainnya.¨ Masukkan ayam..kacau sehingga sebati.¨ Masukkan air jika kuah terlalu pekat.¨ Akhir sekali masukkan bahan (C) masak la sehingga ayam benar empuk.¨ Rasa masin manisnya..setelah semua cukup..masukkan tempe..kacau sekejap..tutup apinya.¨ Hidangkan.
0 ulasan:
Post a Comment