Lemak kuning siput sedut dengan keladi
Izzah n3kan resepi ini hanyalah untuk koleksi izzah sahaja..izzah percaya semua kawan2 dah tahu masak siput ni...tp izzah juga percaya..setiap ‘airtangan’antara kita berbeza..laupun menggunakan resepi yg sama...
Masak lemak siput ni sebetulnya bukanlah tuk di makan dengan nasi..malah lebih kepada ‘meratah’ camtu je...izzah sendiri..asal masak je..1 mangkuk langsai dulu...sedap menyedutnya..surrppp surrppp...enak sihhhhh..hehe
Inilah resepi cara izzah...
Bahan – bahan:-
1 kg siput sedut
>(buang bontotnya..basuh bersih & rebus hingga mendidih..toskan airnya)
3 batang keladi
>(siang & potong sepanjang 10cm..celur sekejap..toskan airnya)
2 mangkuk santan
>(dari 1 biji kelapa)
Bahan kisar:-
7 biji ciliapi
3 cm kunyit hidup
3 cm halia
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan sampingan:-
2 batang serai
2 helai daun kunyit<izzah tak buh coz xde stock>
Garam ..gula..serbuk perasa
>(jika mahukan kuah Nampak kuning..masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit-tapi izzah tak buh..coz mahukan kuning original kunyit hidupnya)
Cara – caranya:-
· Jerang santan..serai & bahan kisar sehingga sedikit mendidih.
· Masukkan siput..kacau dulu sekejap.pastikan kuahnya tidak membuak.
· Masukkan garam..gula..serbuk perasa..kecilkan api.teruskan kacau supaya tidak pecah minyak.
· Masukkan keladi..akhir sekali masukkan daun kunyit..kacau sekejap je terus matikan api.
· Sedia untuk dihidangkan.
0 ulasan:
Post a Comment