Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Sunday, 1 January 2012

SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH

~~Assalamualaikum wbt~~
  Selamat tahun baru 2012 pada semua kawan kawan..yg izzah hormati & kasihi..semoga sentiasa di beri kan kesihatan yg baik & dapat menjalani tanggungjawab kita kepada keluarga tersayang dengan sempurnanya...

   
I  izzah nak share 1 lagi resepi yg  izzah masak di hujung minggu ni iaitu SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH.....jom kita tengok resepi mudah izzah.......

 Bahan-bahannya;-
30 biji telur puyuh
(rebus sehingga masak,buang kulitnya,basuh bersih,toskan & goreng sehingga kuning)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 cm halia*
½ mangkuk kecil ikan bilis*
(blend hancur bahan *)
4 senduk kecil lada mesin
2 biji bawang besar>(dimayang bulat)
1 mangkuk kecil daun bawang
1 sudu makan pes asam jawa
Garam,gula & s.perasa
Minyak untuk menumis
Sedikit air
Cara-caranya;-
Ø Panaskan kuali,tumiskan bahan blend hingga naik baunya.
Ø Masukkan lada mesin,kacau sehingga pecah minyak.
Ø Masukkan telur burung puyuh & sedikit air,kacau sekejap.
Ø Masukkan air asam jawa,garam,gula & s.perasa.
Ø Akhir sekali masukkan bawang mayang & daun bawang,kacau sekejap,rasa masin masam & manisnya..setelah cukup matikan api.
Ø Masukkan ke dalam bekas & hidangkan bersama nasi lemak @ nasi putih biasa.
iizzah hidangkan bersama nasi lemak kukus pandan.

>>SAMBAL INI JUGA SEDAP DI MAKAN DENGAN NASI GORENG KAMPUNG<<

0 ulasan:

Post a Comment