Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Monday 2 January 2012

BOKO AKA TALAM UBI

           ~~assalamualaikum wbt~~
Salam isnin yg cerah...hari ini izzah ada masak kuih talam ubi kayu..kuih ‘boko ubi’ kata org klate..kuih kesukaan keluarga izzah....kali ini izzah buat versi perisa pandan lak....biasanya izzah buat  guna nise(iaitu gule merah dari kelantan)....kita tengok resepi yg izah guna tuk membuat kuih talam ubi ni..
Bahan-bahannya;-
(lapisan bawah)
3 ketul ubi kayu yg sederhana>{buang kulit & parut,jika byk airnya perahkan sedikit dgn kain bersih}
5-6 helai daun pandan>{blend dengan sedikit air,tapiskan}
2-3 titik pewarna hijau pandan
3 senduk kecil gula pasir
½ sudu teh garam
Cara-caranya;-
·     Didihkan air dalam pengukus.
·     Sapukan sedikit minyak keseluruh loyang.
·     Masukkan ubi,air pandan.gula & pewarna kedalam satu bekas,gaul hingga rata   semua bahan.rasa dulu manisnya,jika kurang manis tambah sendiri mengikut citarasa masing2.
·     Masukkan ke dalam loyang,tekan tehan hingga rata kedalam loyang.
·     Kukus dulu lapisan bawah dlm 10 minit.sementara menunggu lapisan bawah masak,buatkan lapisan atasnya.
(lapisan atas)
1 mangkuk sedang santan pekat>{dari 1 biji kelapa}
4 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
11/2 sudu teh garam
Cara-caranya;-
·     Masukkan semua bahan,kecuali garam dalam satu bekas,kacau dahulu biar rata & tepung tidak berketul.
·     Masukkan adunan kedalam kuali,kacau dahulu sehingga adunan pekat .
·    Setelah lapisan bawah masak,masukkan lapisan atas,ratakan keseluruh loyang.
·     Kukus selama 20-25 minit lagi.
·    Setelah masak,angkat & sejukkan dahulu barulah boleh di potong & dihidangkan.
Di bawah ini izah postkan kuih yg dibuat menggunakan 'nise'(gula merah kelantan)..tp kuih ni agak terlembek sedikit tepung atasnya..so nampak comot
Perlu di ingatkan..Jika mahu gunakan nise(gula merah)..gula pasir mesti digunakan juga tapi dalam kuantiti sedikit je,bagi hilangkan kelat gula nise..

0 ulasan:

Post a Comment