Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Friday, 28 September 2012

PUNCH KOKTAIL

                                <<<ASSALAMUALAIKUM>>>
>>Dah lama berhajat nak N3kan juadah kesukaan my hubby ni..tp asyik tak de masa..nak2 baru lepas raya ni banyak yg perlu di uruskan...
>>Walaupun menunya ringkas je..kalau tak di buat betul2 rasanya jadi tak 'kick'..so kena la lengkap semuanya baru la enak je masuk tekak..
>>PUNCH KOKTAIL ni menjadi hidangan wajib sebulan bulan puasa di meja makan kami..tidak boleh tidakkkk..kalau orang lain makan sekali je jadi jemu,tp tidak pada hubbyku..x payah air lain yg sedap2 lagi...cukup dengan punch ni dan Nescafe panasnya...dah memadai bagi dia.. seorang yg tak cerewet ttg makan...
>>So ni la RESEPINYA yg kami gunakan untuk membuat PUNCH KOKTAIL ini.......
PUNCH KOKTAIL
BAHAN2NYA:-
1 TIN SUSU CAIR
1 TIN BUAH LAICI>>AIRNYA DI AMBIL ½ SAHAJA>>(BUAHNYA DI PECAH2 SEDIKIT)
1 TIN LONGAN
1 TIN RAMBUTAN
1 TIN KOKTAIL BUAH BUAHAN TEMPATAN
1 BEKAS NATA DE COCO>>(SEBARANG PERISA)
1 SUDU MAKAN TEPUNG KASTARD
CARA2NYA:-
·         SATUKAN KESEMUA AIR BUAH KECUALI AIR LAICI.
·         JERANG DI ATAS API YG SEDERHANA PANASNYA,MASUKKAN SUSU CAIR.
·         KACAU HINGGA MENDIDIH.
·         MASUKKAN TEPUNG KASTARD YG DAH DI BANCUH DGN SEDIKIT AIR.
·         KACAU LAGI HINGGA SEMUA LARUT.
·         DALAM SATU MANGKUK YG BESAR..SATUKAN KESEMUA BUAH & NATA DE COCO..BERSERTA DGN ½ TIN AIR LAICI TADI(AIR LAICI X PERLU DIMASAK SEKALI BG MENGELAKKAN AIRNYA TERASA MASAM)
·         TUANGKAN SOS KASTARD..GAUL HINGGA SEBATI
·         HIDANGKAN BERSAMA KIUB2 AIS.

>  >>Untuk punch kekal sedap..jangan masukkan terus kiub2 ais ke dalam mangkuknya..gunakan apabila hendak meminumnya..(masukkan kiub hanya dalam gelas @ bowl masing2 baru curahkan punch ke dalamnya)....biarkan sejuk sekejap baru la slurppppppp..hehe<<

0 ulasan:

Post a Comment