Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Wednesday, 26 June 2013

LEMAK KUNING LABU

SALAM 18 SYA'ABAN..
Izzah nak N3kan menu kesukaan izah yg izzah masak semalam..'LEMAK KUNING LABU'..izzah ni penggemar LABU..x kiralah dimasak apa sekalipun tetap layan dgn sepenuhnya..hihi..
Sedap kan makan nasi panas2 dgn lauk ni berserta ikan kering goreng dan sambal..tak kiralah apa2 sambal pun..kalau ikutkan selera tekak..mau sebelah piuk nasi boleh habis..tp kena fikirkan buruknya juga..so kena berpada la..
Bahan izzah guna senang je..campak2 je mana ada kt dapur..xyah adakan yg xde..
Bahan2nya :-
1/2 biji labu punggi(labu kuning)-buang kulit,potong dadu
1/2 biji kelapa-jadikan 1 mangkuk sedang santan
2 biji lada merah
2 biji lada hijau
(belah dua )
2 helai daun kunyit disiat siat-izzah x buh sbb xde stock
1 batang serai-diketuk
Bahan kisar :-
2 cm halia
1 cm kunyit hidup
1 sudu teh serbuk kunyit
5 biji bawang kecil @1 biji besar bawang besar
1 ulas bawang putih
(blend hancur semua bahan diatas)
1 genggam ikan bilis yg dah disiang bersih-basuh,toskan & tumbuk kasar
Garam,gula & sedikit perasa
Cara2nya :-
>>Satukan santan dengan serai & bahan kisar ke dalam periuk..jerang sekejap
>>Masukkan labu & ikan bilis tumbuk berserta daun kunyit(jika ada)..kacau sehingga kuah mendidih.
>>Kecilkan api,masukkan lada,garam,gula & s.perasa..masak lah sehingga labu empuk.
>>Siapppp..sedia untuk dihidangkan.
NOTA :
**Masak labu ni juga sedap di masukkan udang..nt kuahnya jd lebih manis**


0 ulasan:

Post a Comment