Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Tuesday 26 July 2011

MAKARONI BAKAR

                                                >>Assalamualaikum<<
>>salam hujung minggu & salam ceria tuk kwn2 semua...malam ni terajin la sikit,so repeat masak makaroni yg dah buat semalam,tp x dan nk tayang.....esok hari isnin,anak pg sekolah awal,jd nak kejar masa kena msk mlm ni lg,esok tinggal panaskan balik je....
>>Makaroni ni,hanya boleh dilayan sesekali je,al maklum agak high sikit dia punya kolestrol...tp tuk anak,xpe la..bebudak mmg suka masakan western camni....lau ikutkan diorg hari2 nak...tp kita kena kawal sikit,jgn terlebih makanan yg berkalori tinggi,x elok tuk kesihatan diorang...
>>Kat bawah ni ada izzah tempekkan resepinya.....bg mereka yg gemarkan masakan camni boleh la mencuba,dan di harap menjadi.......
 

Bahan-Bahan;-
(A)

300 gm makaroni>rebus hingga empuk,toskan airnya.
500 gm daging cincang>izah guna 2 dada isi ayam je(cincang hancur)
(B)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 kiub pati ayam >izah x guna
(Blend semua hingga hancur)
(C)
1 cawan susu cair @ susu segar>izah guna susu cair
4 biji telur
(Blend sekejap)
(D)
1 pokok daun bawang>potong halus
1 biji lada merah>cincang halus
Garam & serbuk lada sulah>jika suka tambahkan sedikit serbuk perasa(jika x guna kiub ayam)
1 bungkus keju cheddar parut>untuk tabur atas
 

Cara-Cara;-
1. Tumiskan bahan (B) hingga naik bau,masukkan daging @ ayam,kacau hingga daging masak.
2. Tuangkan bahan (C) dalam mangkuk besar,masukkan makaroni,bahan inti,garam,serbuk perasa(jika guna),daun bawang & lada cincang, kacau perlahan2 sehingga semua bergaul mesra.
3. Sapu loyang dengan sedikit butter @ minyak,masukkan adunan,taburkan dengan keju parut.
4. Bakar adunan pada suhu 180'c selama 40-45 minit @ sehingga keju nampak keperangan.
5. Sejukkan betul2 baru la boleh di potong.
6. Hidangkan bersama sos manis @ jika malas membuat sos,guna je sos cili.....
**Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit sebelum membakar**



>>Makaroni yg baru dikeluarkan dari oven........

0 ulasan:

Post a Comment