Selamat berhari minggu kawan2.......dah bersarapan ke?????.....@ dalam perjalanan balik kmpg....bestkan dpt balik jumpa kluarga.....tinggal dkt dgn kmpg,boleh la selalu balik,tp lau jauh mcm izzah ni....alamatnya..musim perayaan @ skolah cuti pnjg baru boleh jengah kmpg...bercerita pasal sarapan,hari ni izzah masak roti bakar kismis dgn sos manis....my son suka....so izzah buat la....tp separuh adunan je....
separuh adunan pun dah banyak.....siap leh agih2 kan ngan jiran sebelah menyebelah lg....rezeki,kita kongsi bersama ya x kawan kawan.....
BAHAN-BAHAN;-
{ A }
8 Keping roti wholmeal { di dadu }
1 Tin susu cair
{ B }
1 Biji bawang besar { di cincang halus }
3 Camb lobak merah cincang
2 Camb udang kering { di cincang }
1 Keping isi dada ayam { di cincang }
2 Cm celery { di cincang }
1 Tangkai daun sup { dicincang }
1 Biji lada hijau @ merah { di cincang }
1 Biji telur { di pukul sedikit dengan garpu }
1/2 Camt serbuk lada sulah
1/2 Camt garam bukit { garam biasa pun boleh }
CARA-CARA;-
1}. Rendam bahan A selama 30 minit.
2}. Ramas halus adunan A hingga hancur.
3}. Masukkan bahan B sambil di kacau hingga rata.
4}. Sementara itu jerang pengukus,dan biarkan air mendidih.
5}. Sapu sedikit minyak pada loyang,masukkan bahan roti.
6}.Masukkan loyang ke dalam pengukus dan kukuslah roti selama 30 minit.
7}.Setelah masak,angkat dan sejukkan baru lah di potong.
8}. hidangkan bersama sos manis.
Roti baru masak....masih panas2 lagi.....izzah tersalah loyang,terguna yg agak besar,so nampak nipis je rotinya..jika nak cantik gunakan loyang kecil sahaja jika utk separuh adunan.......
BAHAN SOS MANIS;-
4 Camb cili boh
2 Biji lada merah { blend hancur )
1/2 Biji tomato { blend hancur }
1 Camb kismis { blend hancur }
3 Biji bawang putih { tumbuk kasar }
3 Camb gula pasir
1 Camt garam
11/2 Camt tepung jagung { bancuh dengan sedikit air }
Sedikit air panas
CARA-CARA;-
***Satukan semua bahan { kecuali tpg jgung } ke dalam 1 periuk.kacau hingga sebati.jerangkan di atas api yg sedehhana sehingga mendidih.masukkan bancuhan tepung jagung tadi.pekatkan sos sekejap dan matikan api.sejukkan dan hidangkan bersama dengan roti sayur tadi..........selamat mencuba pada yg sudi***
**Sos ini juga sedap di tambah dengan kacang tanah tumbuk kasar dan bijan**
0 ulasan:
Post a Comment