Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Friday, 8 July 2011

TEMPE GORENG TEPUNG

Salam pagi jumaat........izzah nk n3 1 bekpes yg sempoi je tuk tatapan kawan2 pg ni...tempe goreng tepung...rangup & menyelerakan....laupun ni makanan org jawa tp izzah lak yg terlebih minat...sebut je apa resepi dari tempe ni,semuanya sedap..nak2 tempe sira pedas,buat kudapan time tgk tv....mablesssssss..tp tu cite lain yg kita nk tgk la ni adalah tempe goreng tepung ni....muga ada kawan yg sudi mencuba resepi ini....kita tgk bahannya.....ni resepi izzah sendiri,x cedok dari mana2 resepi.....
BAHAN-BAHAN;-
( A )
5 Keping tempe ( potong 2 )
( B )
3 Senduk kecil tepung beras
1 Cambtepung ubi
1 Camb tepung jagung
2 Camb tepung blue key @ gandum
2 Keping biskut marie @ cream crackers ( blend kering hingga hancur )
1/2 Camt kunyit serbuk
1 Biji telur
  Garam secukupnya dan sedikit serbuk lada sulah
( C )
7 biji cili api
2 biji lada hidup (hijau dan merah )
5 ulas bawang putih
3 biji buah kurma ( buang biji,potong kecil2 )
1/2 cawan kicap pekat manis
CARA-CARA;-
1). basuh tempe dan toskan airnya.
2). Campurkan kesemua tepung dan biskut blend dlm 1 bekas,gaul rata.
3). Blend telur,serbuk kunyit,garam dan sedikit air suam,hingga berbuih.
4). Satukan semua bahan (B),bancuh hingga sebati( jika adunan terlalu pekat,tambahkan sedikit air suam )
5). Panaskan kuali,masukkan tempe ke dalam tepung dan goreng hingga kekuningan.
6). Angkat dan toskan.( ketepikan dahulu )
7). Blend kering semua bahan (C) sehingga hancur>kecuali kicap.
8). Masukkan bahan blend dan kicap ke dalam mangkuk,gaul hingga rata.
9).Hidangkan bersama tempe goreng tadi.
**Jika bg mereka yg sukakan rasa yg lebih manis pada sambal kicap,boleh la tambahkan gula sesedap rasa**

0 ulasan:

Post a Comment