Total Pageviews

SELAMAT DATANG KE TERATAK IBU TOK...TERIMA KASIH KERNA SUDI BERTANDANG...SEBELUM KELUAR SUDILAH KIRANYA TINGGALKAN KOMEN KAWAN2 PADA RESEPI IZZAH

Tuesday, 5 July 2011

PULUT IKAN KERING


Selamat pagi kawan kawan....bussy ke......sarap apa kita pagi ni.....kat luar ujan kemain lebat lagi....tenet pun tersengguk sengguk......ngantuk kut....maklum,izzah guna cap itik je.....tp lau apa terjadi....blog tetap di layannnnnnn......nk N3 sarapan keluarga izzah pg ni....pulut ikan kering.....Sempoiiiiiiiiii

BAHAN-BAHANNYA;-
  • 1/2 kg beras pulut(tak perlu rendam,basuh bersih je)
  • 1 mangkuk kecil santan cair(perah guna air suam)
  • 1 mangkuk kecil kelapa parut putih + sedikit gula & garam(lau boleh guna kelapa muda)
  • 6-7 ekor ikan kering bulu ayam(nak guna ikan lain pun boleh-ikut selera masing masing) 
CARA-CARANYA;-
  1. Masukkan beras pulut yg telah dibasuh bersih tadi,berserta santan cair kedalam rice cooker.
  2. Pastikan santan hanya separas beras sahaja..jika terlebih,nt pulut akan lembik.
  3. Masak seperti kita memasak nasi biasa.Setelah pulut masak,kacau kacau sekejap,tutup balik periuk & biarkan sekejap baru ofkan apinya.
  4. Jerang sedikit air dalam periuk kecil @ kuali sehingga mendidih.
  5. Masukkan kelapa parut yg telah bergaul gula & garam tadi kedalam penapis besi yg halus lubangnya.
  6. Letak kan penapis ke atas periuk tadi.....biarkan sekejap.Angkat & sejukkan.
  7. Sementara itu goreng ikan kering hingga masak,ketepikan.
  8. Ambil sedikit kelapa parut,masukkan ke dalam cawan @ mangkuk kecil(pastikan benar2 kering,jika tidak pulut akan melekat nt).tekan sedikit bagi kemas.
  9. Sendukkan pulut & masukkan kedalam bekas kelapa tadi,tekan padat2.
  10. Keluarkan dari bekas,hidangkan pulut bersama ikan kering goreng tadi.....sempoiiiii kan.
<<Tujuan kita mengukus dulu kelapa parut,adalah bagi mengelakkan kelapa cepat menjadi basi & dapat menambahkan kelembutan lagi pada kelapa itu>>

0 ulasan:

Post a Comment